Isnin, 25 April 2016

Nasi Beriyani Pakistan dari Euro Ibrahim, Power Woih!





Bungkusan ini saya terima minggu lepas lagi. Dari Puan pemilik kepada produk yang datang dari Pakistan ini. Antara produk yang saya terima ialah, sebungkus beras beriyani (Beras Basmati Nawab), beberapa kotak rempah dan sejenis garam juga dari Pakistan.

Saya mulakan memasak nasi ini dengan merendamnya dahulu. Kemudian barulah saya olah sedikit supaya rasanya lebih enak, cewah nak juga.

Beras ini panjang. Lembut dan sedap. Ia tidak melekit juga mudah untuk dimasak. Jika kita masak dengan betul, maka beras ini akan berbutir-butir dan enak dimakan. Ala-ala makan kat kedai Pakistan woih. Sedap!

Kau tahu kawan, bukan sahaja boleh masak nasi. Boleh buat ayam beriyani juga rempahnya ni. (Tengok gambar kotak di atas). Nanti saya kongsikan resipinya ya!

Semua rempah ini boleh didapati di Euro Ibrahim Shop, Lot G14-G15A, Plaza City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Tiada jualan online, kalian perlu ke sana untuk dapatkannya.


Jujurnya, sedap! Mari kita ke dapur. 

Bahan-bahannya ialah:

1 pek Beras Basmati Nawab (1KG =  7 pot beras), rendam dahulu sekurang-kurangnya 1 jam,
1 kotak rempah National Chicken Beriyani dari EURO IBRAHIM.** 
3 sudu besar minyak sapi
3 batang kayu manis**
2 kuntum bunga lawang **
3 biji buah pelaga **
1 biji bawang besar India **
1 inci halia muda **
1 sudu besar badam kisar halus 
1 sudu besar rempah campuran halus (biji sawi, jintan manis, halba) **
7-8 ketul ayam.
1 tin susu cair
11 pot air (gunakan pot beras yang sama).

**sedikit daun ketumbar dan bawang goreng untuk ditabur di selepas masak.

Cara-caranya ialah:

Panaskan kuali, kemudian masukkan minyak sapi.  Kemudian tumiskan bawang besar, halia, semua rempah ratus yang bertanda ** hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam hingga ayam separuh masak. Kemudian masukkan susu cair dan badam hancur. Kacau rata hingga ia mendidih.

Kemudian tuangkan ke dalam beras yang telah dicuci dan di toskan airnya. Kacau rata, barulah masukkan air. 

Masak dalam periuk (jika guna periuk biasa atas dapur dengan api kecil) selama 20 minit) atau guna periuk nasi. 

Selepas masak, gaulkan rata dan taburkan daun ketumbar serta daun bawang. Gaul sekali lagi. Siap!

Selamat mencuba dan dapatkan rempah ini di EURO IBRAHIM ya!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)