Jumaat, 1 Januari 2016

Mathanga Erissery! (Selamat datang 2016!)


Berakhir sudah tahun 2015 yang penuh dengan warna warni. Kadang-kadang gelap gelita, kadang-kadang cerah bukan main. Alhamdulillah. Macam-macam yang kami tempuhi dalam tahun 2015 yang mana ada masa menguatkan ada masa memang down dibuatnya.

Antara yang menguatkan perjalanan kami ialah manuskrip Emak Rindu Mathanga Erissery diterima dan lulus terbit. Syukur ya Allah. Masakan Mathanga Erissery ini ialah masakan India yang biasa terdapat di Kerala, India. Di sebalik perjalanan saya ke India pada tahun 2014, kisah masakan ini saya bawakan kepada kalian nanti dalam bentuk buku.

Masakan ini disediakan dari labu manis (labu kuning) yang dimasak bersama dengan kacang merah dan beberapa rempah dan daun kari. Ia menjadi santapan dengan regu nasi atau roti (capatti, tosai atau dosai). Memang sedap ya Tuhan.

Banyak rencah dan resipi kehidupan yang Tuhan sediakan untuk kami sekeluarga. Walaupun ramai yang bertanya kenapa saya tidak lagi mahu bercerita tentang dunia saya di sini, saya hanya dapat jawab lihatlah di FB dan Instagram sahaja, di sana saya ada cerita sedikit untuk panduan hidup saya juga.

Antara perkara yang saya cuba elak ialah tidak lagi bercerita di sini, ia mungkin beri impak buruk kepada saya sendiri. Ada beberapa orang yang akhirnya terkesan dan merasakan tulisan saya itu menuju terus kepadanya sedangkan ia hanya pengalaman kecil saya yang saya ingin kongsi. Terpulang kepada kalian mahu menambah apa dalam fikiran, sama ada ia baik atau buruk, itu hak kalian. Dan saya juga amat-amat berharap, mereka ini tidak lagi berkunjung di blog ini.

Saya dan keluarga sudah tidak mahu lagi perkara sebegitu terjadi. Kita hanya boleh kawal diri kita, bukan orang lain. Banyak perkara yang berlaku setahun ini sudah cukup beri pengajaran besar buat kami. Hidup kena terus dan perlu matang untuk menerima segala kebaikan Tuhan dalam bentuk susah atau senang.

Banyak perkara yang berubah, dan kami juga mahu berubah ke arah yang lebih baik insya-Allah. 

Insya-Allah saya akan buka tirai 2016 dengan buku Terkenal di Langit, terbitan Legacy Publishing. Buku ini insya-Allah akan mengumpulkan status di FB saya yang mana saya kerap kali bercerita kisah-kisah yang saya jumpa semasa menunggang siput gondang ke tempat kerja. Insya-Allah buku tersebut akan ada di kedai buku seluruh negara.

Saya juga amat berharap pada tahun 2016, buku inggeris saya (resipi) yang saya rancang bersama penerbit luar negara juga dapat disiapkan dengan sempurna dan dipasarkan ke outlet seluruh dunia seperti yang dirancangkan pada awal tahun 2015 lalu. 

Ada beberapa lagi projek buku yang sedang dalam perancangan dan saya harapkan ia berjalan dengan sebaiknya. Moga-moga tulisan kecil saya itu bolehlah meninggalkan serba sedikit pahala yang berpanjangan untuk saya nanti. Mati itu pasti kawan, banyaknya dosa yang tak terkira ini moga-moga terhapus dengan tulisan-tulisan ringkas seperti itu.

Dan yang paling penting ialah studio saya. Agak besar harapan untuk studio ini kekal teguh berdiri pada tahun-tahun mendatang. Banyak cabaran nak kekalkan ia di situ. Semoga baik-baik sahaja ya insya-Allah.

Oh sudah jauh perginya! ha ha ha, baiklah, kita kembali ke Mathanga Erissery!

Baiklah, ini resipinya yang saya ubah sedikit.

Bahan-bahannya ialah:

1/2 biji labu - dipotong dadu dan direbus hingga lembut
1 cawan kacang merah - direndam semalaman kemudian direbus hingga lembut
1 biji bawang merah - diracik halus
3 tangkai daun kari
3 tangkai cili kering
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil jintan manis
1 cawan kelapa parut yang telah digoreng garing - ala buat kerisik
1 sudu kecil garam 

Cara-caranya ialah:

Masukkan 2-3 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan panaskan. Kemudian tumis bawang kecil bersama dengan biji sawi dan jintan manis, masukkan juga daun kari dan cili kering yang telah digunting. Kacau rata hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari bersama garam dan gaul rata. Angkat dan ketepikan.

Ambil mangkuk dan masukkan labu dan kacang merah yang telah direbus tadi (toskan airnya dulu ya). Kemudian gaul rata. Masukkan bahan tumis tadi dan gaul rata. Kemudian masukkan kelapa dan gaul sekali lagi.

Siap dan sedia untuk dihidang bersama nasi atau capatti. Selamat mencuba ya!

Selamat datang 2016!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)