Selasa, 1 Disember 2015

Sedapnya Kek Hummingbird!




Dari hari ke hari mahu bikin kek ini tak sempat-sempat. Kebetulan sabtu lalu ada beberapa orang anak saudara dan adik saya di studio, sempatlah saya buat sekejap sambil mereka membantu saya mengemas.

Kek ini antara yang viral di kalangan rakan-rakan bakers saya. Kata mereka sedap ya ampun. Apa lagi saya juga mahu terjebak. Resipi saya google sahaja, dan jumpa link ini. Saya olah sedikit mengikut apa yang saya suka dan cuba pastikan ia tidak terlalu manis. Percubaan pertama ini sememangnya saya berpuas hati apabila saya hidangkan pada isteri dan kemudiannya saya bawa ke kelas asas brownies dan semua peserta kelas memuji rasa kek ini. Subhanallah, memang saya juga teruja. Alhamdulillah.

Kek ini mempunyai elemen rempah seperti kek lobak merah. Cuma saya tak pasti kenapa nama kek ini diberi nama burung, hummingbird. Ha ha, yeke nama burung? kah kah kah. Saya pun tak pasti. Hak itu malas nak google. Mungkin juga sebabkan bahan paling asas ialah nanas dan juga pisang. Mungkin kan? Baiklah, menyembang memang tak akan habis, moh kita ke dapur.

Bahan-bahannya ialah: (Dulang 10 inci untuk tinggi 1 1/2 inci, dulang 8 inci untuk tinggi kek 3 inci dan boleh dipotong tengah, saya guna 10 inci).

3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula galus
1 cawan minyak masak
1 cawan nanas manis yang telah dicincang halus
2 cawan pisang berangan yang telah masak ranum dan dilenyek
1 sudu besar serbuk halus kayu manis
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan kacang pecan yang telah dicincang kasar- saya guna walnut. ha ha tak ada stok
3 biji telur gred A

Untuk krim keju - 250gm krim keju, 5 sudu besar gula halus dan 1/2 biji perahan lemon.

Cara-caranya ialah:

Pukul telur bersama minyak masak dan gula halus sehingga berkrim. Kemudian masukkan esen vanilla. Pukul kembali. Oh ya, saya tak guna mixer, guna whisk sahaja.

Kemudian masukkan pisang dan nanas dan kembali pukul rata. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik dan serbuk kayu manis dan gaulkan bersama walnut yang telah dicincang kasar. Kemudian masukkan ke dalam bekas tadi. Kali ini tinggalkan whisk, dan guna spatula untuk kaup. Kaup perlahan-lahan sehingga semuanya sebati.

Panaskan ketuhar selama 16 minit dengan suhu 180'. Kemudian masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 45-55 minit api atas bawah dan pasangkan kipas. 

Cucukkan dengan lidi sate dan sekiranya ia bersih maka sudah masak. Sejukkan sebentar (lebih kurang 1-2 jam) kemudian barulah pukul krim keju bersama dengan gula halus dan perahan lemon hingga sebati.

letakkan krim keju di atas kek dan sapu rata. Hidangkan bersama kopi panas. Peh melekat. Sedapnya ya Tuhan.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)