Isnin, 21 Disember 2015

Sedapnya Banofee Chocolate Brownies!


Asalnya mahu mencuba resipi Chef Adu, Brownies Pisang Salai beliau. Tetapi yang ini juga saya buat terlebih dahulu. Dapatlah saya mengambil 3 keping untuk diambil gambar dan ngap sendiri. Rasanya lebih lembut dan sedikit 'basah' berbanding brownies biasa yang kita makan. Sedap sungguh. Masya-Allah.

Banofee yang saya katakan di sini ialah gabungan Banana (pisang) dan Coffee (Serbuk Kopi - saya guna Nescafe). Kemudiannya saya adun dengan beberapa seleksi coklat Berryls yang mana ia bersatu dengan rangup-rangup walnut. Memang pisang dan walnut sungguh serasi di mana-mana.

Bakarnya agak lama berbanding brownies lain, dan yang menariknya ialah bahagian atas menjadi sedikit berkerak (rangup) manakala dibahagian dalam brownies ini sungguh lembut. Baiklah, jom kita masak.

Bahan-bahannya ialah (1 Adunan dapat 2 dulang 8 x 8).

180gm Dark Choc - Saya guna Berryls
80gm Milk Choc - Saya guna Berryls
80gm White Choc - Saya guna Berryls
80gm Serbuk koko - Saya guna Berryls
250gm butter - saya guna Buttercup
250gm gula halus
2 sudu besar gula perang
180gm tepung gandum
9 biji pisang berangan yang sudah masak ranum
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan kacang walnut - dicincang kasar
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar serbuk Nescafe
5 sudu besar susu - yang dipanaskan sebentar dan digaul bersama 1 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya ialah:

Panaskan oven dengan suhu 180' selama 15-20 minit.

Ambil mangkuk untuk dibuat bain marie. Kemudian masukkan semua coklat (kecuali serbuk koko) dan butter. Cairkan. Kemudian dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang bersama gula perang dan susu suam yang telah dibancuh dengan 1 sudu tepung gandum. Gaul rata. Kemudian masukkan serbuk nescafe. Gaul rata dan ketepikan.

Gunakan mangkuk yang lain, pukul gula bersama telur hingga kembang (guna whisk sahaja). Kemudian masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Kemudian, tuangkan coklat yang telah cair tadi ke dalam mangkuk ini. Pukul lagi menggunakan whish hingga adunan menjadi pekat likat dan berat. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko bersama dengan kacang walnut. Gaulkan semuanya menggunakan spatula.

Ambil dua dulang bersaiz lapan inci. Kemudian tuangkan sedikit adunan (lebih kurang 1-1/2 senduk) dan ratakan. Kemudian tuangkan 1 senduk pisang tadi dan gaulkan menggunakan garfu. Kemudian tuangkan sekali lagi adunan brownies dan gaul rata. Buat untuk dua dulang.

Bakar dengan suhu 180' selama 40 minit. Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)