Rabu, 2 Disember 2015

Oh My Chicken Stromboli!






Jika kalian tanya resipi barat yang saya suka buat, ha inilah dia. Saya sangat sukakan stromboli. Lebih pula saya tambah elemen kari. Kahkahkah. Apa ingat keju dan kari tak boleh bersama? ha dalam stromboli mereka bertemu juga, cewah. Ha ha.

Baiklah, stromboli ini adalah makanan barat yang dibuat dari doh pizza. Ada banyak jenis stromboli di seberang sana, tetapi untuk lidah saya, saya lebih suka masukkan elemen kari. Inti ayam yang dimasak diatas dapur kemudiannya dibungkus bersama keju mozarella dan kemudian di bakar di dalam ketuhar. Apabila kita mahu makan, hanya potong dan hidangkan. Seolah ia adalah pizza yang berinti. Aha boleh faham kan? Baiklah, jom kita masak.

Untuk dohnya, saya gunakan resipi doh pizza pada isnin lepas.

Bahan-bahan doh ialah: (3 biji stromboli)

500gm tepung high protin atau tepung roti
220ml air suam
1 paket yis (11gm)
1 sudu kecil bread improver
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
75gm butter
secubit garam

Masukkan yis ke dalam air suam dan ketepikan sebentar. Kemudian gunakan mangkuk besar untuk satukan semua bahan-bahan kecuali butter dan gula. Kemudian masukkan yis dan air tadi dan gaul kembali menggunakan tangan, pecahkan telur dan gaul kembali. Masukkan butter dan teruskan menguli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

Tutup dengan kain bersih yang dibasahkan selama 20-30 minit. Doh akan mengembang dua kali ganda.


Sementara menanti doh kembang, bolehlah disiapkan inti stromboli. Ia boleh ditukar kepada daging, sosej, kambing dan sebagainya. Ikut citarasa kalian.

Bahan-bahan inti ialah:

2 cawan ayam kisar
1 buku bawang Holland
1 biji capsicum
1 biji tomato
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar rempah kari ayam / daging
1 sudu besar serbuk oregano
1 sudu kecil serbuk thyme
1 cawan keju mozarella
secubit pepper
secubit garam

Cara-caranya ialah:

Panaskan kuali dan letakkan 5-7 sudu besar minyak masak. Kemudian cincang halus bawang Holland dan terus masukkan ke dalam kuali. Kemudian masukkan serbuk kari dan gaul rata. Masukkan capsicum dan diikuti oleh ayam kisar. Gaul rata. Masukkan tomato buah yang telah dipotong dadu. Masukkan sos tomato dan sos cili dan diikuti oleh serbuk oregano dan serbuk thyme. Kacau rata dan masukkan pepper dan garam. Tutupkan api dan biarkan sejuk lebih kurang 10 minit.

Bahagikan doh kepada tiga. Kemudian canaikan doh terus di atas dulang pembakar (supaya senang tak perlu diangkat untuk masukkan ke dalam ketuhar nanti). Canaikan dengan bentuk oval (bulat melunjung). Kemudian sapukan 2 sudu besar sos tomato dan diikuti dengan 1 senduk inti. Kemudian masukkan keju mozarella dan mulakan balutan stromboli.

Ambil sisi kanan dan tutupkan hingga ke tengah, kemudian diikuti dengan sisi kiri. Kemudian ambil sisi atas dan dikuti dengan sisi bawah. Tutupkan rapat-rapat, Tuang sedikit sos di bahagian atas stromboli dan taburkan sedikit keju mozarella.

Bakar dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio
 


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)