Isnin, 23 November 2015

Sedapnya Red Velvet Truffle Brownies!


Saya duk perhati masakan ini dalam insta kawan-kawan, disitu bermula pencarian dan eksperimen. Hinggalah saya jumpa resipi dari blog ini dan kemudiannya saya olah dengan bahan-bahan yang mudah didapati di Bandar Baru Bangi. Ikutkan, penulis ini mengemaskini blog tentang resipi ini ialah pada April, 2013. Kuang-kuang-kuang, lama benor baru nak sampai Malaysia, naik basikal pun sampai lebih cepat. Ha ha.

Cuma, dalam resipi asal lapisan red velvet diletakkan di bahagian tengah brownies. Kali ini, saya akan buat lapisan tersebut berada di bahagian bawah. 

Kalian akan dapat rasa satu pencuci mulut yang sungguh indah saat ia masuk ke dalam mulut. Sungguh, sedapnya bukan main. He he he.




Bahan-bahannya bagi lapisan bawah (red velvet) ialah:  - boleh dapat 2 loyang saiz 8 inci x 8 inci.

2 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
2 cawan susu segar
1 sudu besar yogurt
1/4 cawan serbuk koko - saya guna Berryls
1/2 cawan dark coklat chip
2/3 cawan minyak masak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil serbuk penaik  (ayak bersama dengan tepung gandum dan serbuk koko)
2 sudu besar pewarna merah hati

Cara-caranya ialah:

Pukul gula halus bersama dengan telur hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan pukul rata. Kemudian masukkan pewarna merah hati,  susu segar, yogurt dan minyak masak. Pukul kembali hingga semuanya berkrim. Oh ya, saya hanya pukul menggunakan whisk sahaja, tak guna mesin (mixer) langsung.

Kemudian, sesudah ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Gaulkan dengan coklat chip dan masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan telur tadi. Kaupkan menggunakan spatula hingga semuanya sebati. 

Tuangkan dalam loyang sehingga separuh aras sahaja. Biarkan ia naik sama tinggi dengan loyang. Oleh yang demikian, akan dapat dua loyang bersaiz lapan inci (8 x 8). Bakar dalam ketuhar selama 25-35 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing) dengan suhu 170. Cucuk dengan lidi satay untuk tentukan ia sudah masak atau belum. Jika bersih, tandanya sudah masak. 

Kemudian untuk lapisan atasnya pula kisar 20 keping biskut Cream-O (atau Oreo) dengan pengisar makanan bersama 2 sudu besar butter yang dicairkan. Kemudian tuang ke atas red velvet dan tekankan sedikit supaya ia rata.

Bahagian paling atas pula, cairkan 100gm dark choc (saya guna Berryls), bersama 80gm milk choc (saya guna Berryls) dan 2 sudu besar butter dengan kaedah Bain Marie (double boiler). Kemudian tuangkan di atas brownies. Hiaskan dengan biskut yang dipecah-pecahkan dan beberapa nuget coklat milo. Sedia untuk dihidang. Sedaaaaaap!


 Jika kalian malas nak buat, pesan sahajalah dengan saya. Ha ha WhatsApp ke 012 946 7994 untuk membuat tempahan ya. Self collect di Bandar Baru Bangi.

Selamat mencuba!


Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio,
Bapa Brownies Kebangsaan, cewah. Ha ha.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)