Jumaat, 6 November 2015

Sarapan Kari Kambing India Dengan Roti Whole Grain





Malam tadi sempat memasak kari kambing, jadi pagi ini bolehlah dibuat sarapan bersama roti yang ada di rumah. Untuk menyediakan kari kambing, bahagian yang paling saya suka ialah bahagian bahu kambing, shoulders kata orang putih. Memang sedap dan lembut. Dipotong pula dengan agak kecil supaya lebih senang empuk.

Semasa di India, ada satu perkara yang saya belajar memasak kari dan ianya memang menjadi senjata rahsia untuk menyedapkan masakan berasaskan rempah kari menggunakan ayam, daging atau kambing. Ia ialah tidak tumis rempah kari. Aha, pelik kan? sungguh. Teknik yang akan saya ceritakan dalam bahagian cara-cara selepas ini akan memudahkan kalian memasak kari dan pastinya menyedapkan juadah anda insya-Allah.

Bahan-bahannya ialah:

2kg Daging Kambing - Shoulders
5 biji bawang besar India
3 inci halia muda
7 biji tomato - yang lebih muda lagi bagus
5 biji kentang - potong empat
5 biji cili hijau
3 tangkas daun kari
5 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar rempah campur  - halba, biji sawi, jintan
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 batang kayu manis
2 sudu besar pes asam jawa
5-7 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecil garam

Cara-caranya ialah, masukkan minyak ke dalam kuali dan hidupkan api. Racik halus bawang besar dan masukkan bersama bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun kari serta rempah campur. Kacau hingga betul-betul naik bau dan bawang mula kekuningan. 

Kemudian masukkan kambing (ini teknik yang dipelajari di India). Kacau rata hingga kambing mengeluarkan air. Reneh lebih kurang 15 minit dan kacau selang 2-3 minit. Kambing akan mengeluarkan jus dan waktu ini cairkan rempah kari bersama serbuk cili bersama 1 cawan air dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata. Masukkan kentang yang telah dipotong empat dan kacau lagi.

Biarkan kari kambing mendidih lebih kurang 20 minit dan barulah dimasukkan cili hijau yang telah dipotong dua, dan tomato yang dipotong empat. Sesudah itu, masukkan sedikit lagi air supaya tidak terlalu pekat. Masukkan pes asam jawa yang dicairkan dengan satu cawan air. Ambil sebiji kentang dan lihat terlebih dahulu sama ada sudah empuk atau tidak, jika belum, jangan masukkan garam lagi. Tunggu kentang empuk, jika masuk garam terlalu awal, kentang akan susah untuk masak.

Masukkan air sedikit jika kari terlalu pekat. Masukkan garam dan sedia untuk dihidang bersama roti whole grain. Dietlah katakan. Ha ha ha.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.


 
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)