Isnin, 16 November 2015

Roti Buahan Campuran Dengan Kopi Hazelnut, Fuh sedapnya!




Macam tak percaya pula resipi ini belum lagi disiarkan di sini. Saya sakit gigi dua minggu ini, jadi mood memasak sedikit ke laut. Cari punya cari resipi mana yang belum disiarkan, jumpalah dua tiga. Haa.. alhamdulillah. Penyelamat kepada kuahkari.com yang mahu maintain satu resipi sehari insya-Allah.

Resipi ini jarang kali saya buat. Remeh dan kadang-kadang tak menjadi. Perlu suasana panas dan tak boleh buka penyaman udara langsung. Jika tidak, roti susah nak naik cantik. 

Roti ini sedikit padat, sedap dimakan bersama kopi hazelnut. Cewah. Ha ha ha. Macammana nak buat kopi hazelnut? kahkahkah, saya beli yang 3 in 1 sahaja. Ha  ha ha ha jangan marah aa. Baiklah, jom meroti.

Bahan-bahannya ialah:

3 cawan tepung high protin
2 cawan gula halus
2 cawan air suam yang dicampur dengan 1 paket yis (11gm) - saya guna yis mauripan
3 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk kayu manis halus 
2 cawan buah-buahan campuran - mix fruit
1 sudu besar kulit oren yang disagat

Cara-caranya ialah:

Gunakan periuk sos, gunakan api kecil. Masukkan butter dan cairkan. Kemudian masukkan serbuk kayu manis dan buah-buahan campuran. Kacau rata. Kemudian masukkan kulit oren dan tutup api. Ketepikan.

Gunakan mangkuk besar. Masukkan tepung ke dalam mangkuk dan buatkan ruang kosong di tengah-tengah tepung (seakan kawah gunung berapi). Kemudian tuangkan air suam bersama yis tadi sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan hingga habis. Masukkan gula dan terus gaulkan sebati. Kemudian masukkan bahan buah campuran tadi dan gaul menggunakan tangan sekali lagi. 

Gaul dan hempas-hempaskan doh tersebut. Sekiranya masih melekat, ambil sedikit tepung dan gaulkan kembali. Pastikan doh sudah tidak melekat di jari.

Kemudian masukkan doh ke dalam bekas roti dan biarkan 20 minit (tutup dengan kain bersih). Sesudah itu terus bakar dalam ketuhar dengan suhu 180' selama 50 minit.

Siap dan hidangkan bersama kopi hazelnut. Sedap bak hang!

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad.
Abuain Kitchen Studio


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)