Selasa, 17 November 2015

Kuah Dhal Kuning India



Saya bukan penggemar dhal. Antara masakan yang menggunakan dhal yang saya boleh makan dengan gembira ialah vadai sahaja. Kuah-kuah begini, entah kenapa saya elak. Saya sememangnya mamat kari. He he.

Kuah dhal ini punya ramai peminat di rumah emak. Berkahwin pula, saya tak sangka isteri saya sangat gemarkan dhal. Siap beliau pernah buat sup dhal masa mula-mula kahwin dulu. Ha ha tak termakan saya dibuatnya. Baiklah, untuk kuah dhal kali ini, saya akan siapkan kuah dhal biasa yang dimakan bersama nasi atau roti canai. Mudah sahaja, jom ke dapur.

Bahan-bahannya ialah:

2 cawan kacang dhal kuning  yang telah direndam sekurang-kurangnya dua jam
1 cawan ayam - saya ambil bahagian tulang dan dipotong kecil
1 biji bawang besar India - diracik halus
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk kunyit 
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
1 sudu besar rempah campuran - biji sawi, jintan manis, halba
1 batang lobak merah
3 biji kentang
2 biji cili hijau
3 tangkai daun kari
3-5 cawan air 
5 sudu besar minyak masak
secubit garam

Cara-caranya ialah:

Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang besar bersama dengan rempah campuran, daun kari, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari daging dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan kentang dan lobak merah yang dipotong besar. Kacau rata dan masukkan kacang dhal. Jika terlalu pekat, masukkan air lagi dan biarkan ia mendidih. Kacau rata dan masukkan sedikit air lagi supaya tidak terlalu pekat. Akhir sekali masukkan cili hijau dan kacau rata.

Kemudian, ambil dua senduk kacang dhal yang sedang dimasak tersebut, dan kisar hingga hancur. Masukkan kembali ke dalam periuk. Ia akan memekatkan kuah dhal. Biarkan mendidih dan masukkan garam. Siap.

Senang bukan? Selamat mencuba!

 Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)