Selasa, 6 Oktober 2015

Sedapnya Apple Crumble!





Apple Crumble adalah salah satu pencuci mulut kegemaran saya, lebih-lebih lagi jika yang dihidang itu mempunyai rasa masam yang agak kuat. Mana-mana Apple Crumble yang saya rasa pernah diadun bersama elemen yang tersendiri, antaranya saya pernah rasa dari Chef Izyan Hani yang menyediakan juadah ini bersama dengan serai yang diracik halus. 

Ada sebuah hotel terkemuka tanah air pernah menyediakannya dengan menggunakan elemen buah pelaga. Masya-Allah bau dia punya kuat. he he he, saya pula sukakan rasa original, kayu manis!

Bahan-bahannya ialah:

10 biji epal hijau
2 cawan gula perang halus
1 sudu besar serbuk kayu manis
1 sudu besar butter

Untuk Crumble:

3 cawan tepung gandum
125gm butter -sejukkan (bukan beku).
1/2 cawan gula perang
2 sudu besar gula halus
1/2 sudu besar serbuk kayu manis

Cara-caranya ialah:

Buang kulit semua epal, kemudian potong dadu. Selepas dipotong jangan basuh atau jangan kena air langsung. Kemudian terus sahaja masuk ke dalam kuali dan hidupkan api. Apabila sudah nampak air epal mula keluar masukkan gula dan serbuk kayu manis, kacau sebati sehingga air epal keluar dan menjadi kuah yang agak banyak. Jangan tambah air langsung, Apabila sudah semakin pekat, masukkan butter dan kacau rata, kecilkan api dan biarkan ia mereneh sehingga semuanya jadi betul-betul pekat.

Dalam bekas berlainan, masukkan dua cawan tepung gandum dan 125gm butter yang telah dipotong dadu. Gaul menggunakan tangan dan picit-picitkan butter bersama dengan tepung sehingga adunan ini menjadi pasir kasar. Masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, sekiranya adunan ini tidak menjadi seperti pasir kasar, masukkan sedikit lagi tepung gandum dan pastikan ia tidak melekat langsung pada jari.

Kemudian ambil 1 cawan adunan ini dan letakkan di dalam dulang pembakar. Tekan menggunakan jari dan biarkan ia seperti pastri pai dibahagian bawah. Kemudian tuang semua epal tadi dan ratakan. Akhir sekali taburkan lebihan crumble diatas epal tadi, kali ini tak perlu tekan, hanya tabur sahaja.

Bakar dalam ketuhar selama 20 minit dengan suhu 180'.

Sedia dihidang bersama aiskrim vanilla, sedapnya!

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)