Khamis, 8 Oktober 2015

Pulut Kuning dengan Rendang Tradisi Emak



Ha, sesekali ada juga rasa mahu makan pulut. Maka emak saya pun buatlah semasa raya haji yang lepas. Abah saya punya suka, kerana ini antara juadah kegemarannya. Orang kata, Orang Pahang sememangnya suka pulut, saya juga begitu. 

Sudah jadi kebiasaan, pulut kuning ini dibuat selepas kami khatam quran, ada juga yang buat untuk hantaran bertunang atau perkahwinan, bukan main cantik gubahan mereka.

Baiklah, bahan-bahan bagi pulut kuning ialah:

3 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Daun pisang untuk mengukus

Cara-caranya ialah,

Basuh bersih beras pulut, kemudian rendam ia dengan air yang sama paras dengan beras pulut. Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata. Rendam semalaman atau sekurang-kurangnya empat jam.

Kemudian didihkan kukusan dan letakkan daun pisang supaya beras tidak jatuh. Masukkan garam dan gula di dalam santan, gaul sebati dan jangan masukkan ke dalam beras pulut terlebih dahulu. Kukus selama 10 minit, kemudian masukkan santan serta kacau rata dan kukus lagi selama 20 minit. Siap.

 Bahan-bahan Rendang Tradisi Emak ialah:

1kg daging lembu atau kerbau
10 biji bawang merah India
3 biji bawang besar India
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu besar kerisik
10 sudu besar cili kisar
2 batang serai
500ml santan pekat
2 helai daun kunyit
2 keping asam keping
2 sudu besar gula kabong
2 biji buah keras
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar ketumbar
1 cawan minyak masak
1/2 sudu besar garam

Basuh daging dengan bersih (saya bilas kali pertama dengan 1 senduk tepung gandum, kemudian bilas lagi dengan air bersih). Toskan dan ketepikan sebentar. Kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, dan lengkuas dengan sedikit air. Panaskan minyak dan kemudian tumis semua bahan ini bersama dengan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan ketumbar. Tumis sehingga naik bau dan ramuan ini mendidih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili tersebut masak. 

Kacau sesekali supaya tidak hangit. Kemudian masukkan daging dan kacau sebati. Daging akan mengeluarkan air lebih kurang 10-15 minit selepas itu, teruskan kacau supaya tidak melekat. Masukkan buah keras yang telah diketuk bersama dengan serai juga telah diketuk. 

Masukkan santan, gula kabong dan daun kunyit. Kacau rata dan biarkannya mendidih sehingga semuanya sudah sebati dan hampir kering, masukkan garam. Biarkan mereneh dengan api kecil dan hidangkan dengan pulut kuning. Siap.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.

 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)