Sabtu, 3 Oktober 2015

Nasi Arab Morasa Polo





Minggu lalu semasa masih di Mentakab, emak meminta saya memasak nasi arab buat kali ke seterusnya. Saya pun menekan-nekan remote tv dan tiba-tiba keluar pula rancangan Arianna Kitchen dari Nat Geo People kan? Channel baru rasanya.

Minah arab ini bercerita tentang nasi morasa polo yang sememangnya menjadi nasi kegemaran di bumi Parsi (Iran). Hangpa jangan nak kata aku syiah pula ya, heh!.

Saya pun sempat melihat semua resipi dan berazam mahu cuba nasi ini, nampak sedap dan menyegarkan. Terus sahaja dapatkan semua barang-barang dan masak pada waktu pagi semasa semua orang masih belum sibuk-sibuk. Alhamdulillah, percubaan pertama agak menjadi dan ramai yang sukakannya.

Bahan-bahannya ialah:

Bahan-bahan  Nasi Arab Morasa Polo:

5 cawan beras basmathi (super panjang lagi bagus)
1/2 cawan minyak sapi
1 buku bawang besar India (dicincang halus)
1 inci halia (dicincang halus)
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
10 ulas buah pelaga
3 biji oren (kulitnya di cincang halus dan airya diperah) **
2 batang lobak merah (disagat halus) **
1 tin susu cair
1/2 cawan kismis hitam
1 cekak daun ketumbar
1 cekak daun sup
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
5 cawan air.

Cara-caranya ialah:

Gunakan periuk sos untuk merebus kulit limau. Rebusan pertama - bersama 1 cawan air (yang sudah mendidih dibuang airnya dan diganti dengan 1 cawan air baru, dan direbus kembali hingga kulit oren itu betul-betul lembut. Kemudian dimasukkan lobak merah yang telah disagat bersama dengan perahan oren tadi. Biarkan mendidih dan ketepikan.

Panaskan kuali, kemudian masukkan minyak sapi, kemudian tumis bawang besar bersama dengan halia. Tumis sehingga naik bau kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sebati dan masukkan serbuk jintan manis. Kacau rata kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan, kacau rata dan pastikan semua beras dibaluti dengan minyak sapi, Kemudian kecilkan api dan masukkan susu cair dan kismis. Kacau rata dan masukkan ke dalam periuk nasi.

Masukkan 5 cawan air dan kacau rata. Masak menggunakan periuk nasi. Sesudah masak, buka tutup periuk dan tapis kulit limau dan lobak tadi dan letakkan dipermukaan nasi, tutup kembali selama 10-15 minit barulah digaul rata. Taburkan daun ketumbar dan daun sup.

Bahan-bahan Ayam Morasa Polo.

1 ekor ayam - dipotong 16
2 biji bawang besar Holland

3 biji lemon
5 biji kentang
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
3-5 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
1 sudu besar tyme
1 helai daun bay

Cara-caranya ialah:

Bersihkan ayam, kemudian lumurkan ayam dengan serbuk jintan manis, serbuk kunyit, garam, gula perang, minyak masak dan tyme. Kemudian potong empat bawang besar dan kentang. Lumurkan semuanya.

Letakkan di dalam mangkuk tahan panas dan kemudiannya di bakar di dalam ketuhar selama satu jam dengan suhu 180'.

Bahan-bahan Sambal Arab Morasa Polo.


1 cekak daun ketumbar
1 cekak daun sup
5 biji tomato
1 biji bawang besar holland
3 ulas bawang putih
5 biji cili hijau
10 biji cili padi
2 sudu besar gula
2 biji perahan lemon
1 sudu kecil garam

Cara-caranya ialah:

Kisar semua bahan sehingga hancur dan masakkan semuanya hingga mendidih. Sejukkan.

Bahan-bahan Salad Arab


1 cekak daun ketumbar
1 cekak daun sup
3 biji tomato
1 biji cili hijau
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji perahan lemon

Cara-caranya ialah:

Potong halus daun ketumbar dan daun sup, kemudian potong juga cili hijau dan tomato. Gaulkan sebati dan masukkan garam, gula dan perahan lemon. Sejukkan sebelum dihidang.

Siap dan selamat mencuba kawan-kawan!

Oh ya, hari ini adalah hari lahir saya, selamat cuba nasi arab ini sempena hari lahir saya ya, ha ha ha.

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.






Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)