Ahad, 18 Oktober 2015

Kenangan Keindahan di Guilin, China


Sampai lupa dibuatnya mahu kemaskini tentang perjalanan singkat ke Guilin, Ogos lalu. Asalnya perjalanan ini tujuh hari bersama dengan beberapa orang rakan, tetapi masuk hari ke-dua saya dikhabarkan oleh isteri yang keadaan anak saya semakin tidak sihat dan saya mengambil keputusan untuk pulang pada hari berikutnya.

Semasa di Guilin, kami sampai lebih kurang jam 11 pagi. Cuaca pada waktu itu baik sekali, dari atas penerbangan Guilin ini memangnya satu syurga alam yang sangat indah, dipenuhi bukit bukau yang sungguh unik, serta sungai-sungai yang sangat bersih.

Kebanyakkan tempat menjual buah-buahan  dan sayur-sayuran yang masya-Allah hebat dan lazat. Semuanya segar dan murah. 














Di Guilin, pengangkutan paling banyak ialah dengan menggunakan motorsikal atau skuter. Malah mereka ini suka sahaja menciluk dimana-mana jalan yang ada, pejalan kaki pun mereka belasah. Untuk berjalan di bahu jalan pun perlu berhati-hati. 

Uniknya tempat ini ialah kerajaan mereka menyediakan ruang pejalan kaki yang super besar dan luas. Boleh sahaja lori balak melalui pejalan kaki disini. Hebat kan? Selain itu, terdapat juga basikal untuk disewa. Hebat!





Saya suka cadangkan kepada kawan-kawan, jika mahu ke Guilin, pastikan kalian memilih tempat tinggal yang berdekatan dengan Masjid. Ini kerana jika kalian hanya mahu duduk di bandarnya sahaja, memang agak susah mahu mencari makanan yang halal. Lagi parah apabila masyarakat disini sangat kurang untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Mengetahui sikit-sikit bahasa cina adalah satu bonus!

Alhamdulillah, kami sempat merasa masakan di Guilin pada hari ke-dua, hari pertama hanya kepenatan berpusing-pusing dan gagal. Akhirnya balik bilik dan makan megi. Betapa besarnya jasa megi kepada kita semua. Ha ha ha.

Di Guilin, masakan mereka agak kurang rasa. Ha ha ha sekali lagi. Tetapi ini mungkin cara mereka, sebab itu saya tak jumpa orang gebu dan comel disini. Semua kurus dan sihat masya-Allah. Sejak beberapa hari disana, saya merasakan sayalah makhluk paling besar yang ada pada waktu tersebut.

Sempatlah kami merasa nasi goreng disana, beberapa masakan yang dimasak dalam sup herba, pau dan cakoi. Semua ini boleh didapati dengan mudah di kawasan Masjid di Guilin. 






Jika sudah sampai Guilin, tetapi tidak menyusuri sungai antara yang terbersih didunia ini, seakan tidak sahlah perjalanan. Sungai yang diberi nama Li ini mempunyai sejarah yang unik. Sungai ini mempunyai kepanjangan 83kilometer yang mana menyusuri beratus perkampungan dan kawasan. Bermula dari Gunung Mao'er, ianya bersambung dengan beberapa sungai lain selepas itu. Sungai ini dianggap air dari syurga oleh penduduk tempatan kerana kejernihan dan kebersihannya. Maka jika kalian kesana, jangan sesekali mahu membuang sampah ke dalam air.

Uniknya dari kuala ke muara, sungai ini dijaga rapi oleh pihak kerajaan dan orang awam untuk terus kekal sebagai sungai yang bersih. Bayangkan, sungai besar seperti Sungai Pahang, tetapi tahap kebersihannya sangat tinggi hingga masih bewarna hijau dan jernih!

Terdapat beberapa aktiviti menarik di sungai ini, antaranya ialah kita boleh menaiki perahu (yang boleh dinaiki oleh 4 orang sahaja) atau menaiki feri. Sepanjang perjalanan dari Guilin ke Yangshou, kita akan dapat lihat beberapa aktiviti di pesisir sungai malah aktiviti memancing menggunakan burung juga dapat dilihat, seronok!


















Saya mengambil penerbangan balik ke Malaysia sehari selepas itu. Walaupun saya tidak sempat untuk mengambil kelas masakan di Yangshou Cooking School, saya fikir pastinya Tuhan akan beri saya rezeki yang lain selepas ini. Anak jauh lebih penting.

Alhamdulillah, anak saya semakin sihat walau hingga kini masih lagi mengambil rawatan. Syukur. Terima kasih buat rakan-rakan dan sahabat, juga semua ahli keluarga yang masih terus ziarah, beri sokongan, dorongan dan kekuatan buat kami sekeluarga. Juga yang mendoakan kami, kami amat-amat hargainya.

Insya-Allah, saya akan perlahankan aktiviti menjelajah dan akan fokus kepada dunia masakan dalam satu tahun ini. Jika ada, saya hanya akan pergi untuk mengambil kelas masakan sahaja. Buat masa ini, saya akan fokus kepada masakan India (rempah ratus) dan kemahiran kulinari yang perlu saya dapatkan di Perancis. 

Doakan saya semoga semua yang saya buat ini akan memberi manfaat kepada orang lain. Orang boleh kata kita macam-macam. Semoga apa sahaja perubahan dalam hidup kita sekarang terus sahaja jadi pahala walau kita ini terlalu banyak melakukan kesilapan. Taubat dan semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.

Terima kasih semua keluarga dan kawan-kawan, saya amat-amat hargai kalian yang sentiasa terus di sisi saya sama ada saya sedang susah atau senang. 


Khairul Hakimin. Muhammad,
Abuain Kitchen Studio
instagram: kh4irulh4kimin
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)