Jumaat, 11 September 2015

Tips Konsisten Menulis Blog


Bila saya kena perli kerana blog saya ini agak aktif kerana postingnya ada sahaja pada setiap hari, saya hanya mampu senyum sahaja. Ya, mereka ini mengikuti blog saya dengan baik dan agak pelik bagaimana saya boleh kemaskini blog ini pada setiap hari. Sebenarnya ia tak berlaku seperti mana yang kalian fikir.

Saya sebenarnya hanya kemaskini blog pada satu kali seminggu sahaja iaitu pada hari sabtu atau ahad. Kemudiannya saya akan jadualkan setiap posting saya itu dipublish pada hari yang mana saya suka. Saya akan susun dan aturkan waktu, masa, hari dan tarikh yang sesuai dengan mana-mana posting yang saya mahu buat, lihat gambar dibawah.




Lihat yang bertulis 'schedule'. Itu ialah posting yang saya telah jadualkan dan ia akan keluar secara otomatik pada tarikh yang saya telah setkan. Mudah kan? Baiklah. Berikut adalah beberapa tips yang boleh kalian ikut untuk pastikan blog kalian terus mendapat hati di kalangan pembaca:

1. Fokus Kepada Tema Blog

Sekiranya kalian sudah ada blog, maka fokus sahaja dengan apa yang telah dimaktubkan dalam tema blog kalian. Sebagai contoh, kalian ingin membuka blog bagi perkongsian resipi, maka kalian perlu fokus kepada perkongsian resipi dengan nisbah 5:1. Nisbah tersebut bermaksud, 5 perkongsian resipi manakala 1 lagi kalian boleh masukkan iklan atau mana-mana posting yang kalian mahu kongsi (bukan resipi) kepada umum di blog. Saya biasanya akan kongsi tentang pengembaraan, tips kembara, iklan kelas memasak, iklan penggunaan studio, tips penulisan atau kisah kehidupan.

2. Susun Atur Penulisan Dengan Sebaiknya.

Setiap kali mahu menulis, sebaiknya membuat susun atur dengan sebaik-baiknya. Sebagai contoh, kita mahu menulis tentang kehidupan berbasikal. Maka penulisan kita itu boleh dibahagikan dengan pelbagai tajuk-tajuk kecil dan di posting pada hari berlainan. Kalian tidak perlu menulis semuanya dengan serentak dan di publishkan pula dengan sepanjang-panjangnya, buat dalam bentuk bersiri dan ia akan menarik pembaca pada setiap hari ke blog kalian. Contohnya:

* Tips penjagaan basikal
* Tips keselamatan
* Gadget dan aksesori basikal
* Kenali jenis basikal
* Kedai basikal yang sesuai

Semua ini boleh dijadikan tajuk besar dan kemudiannya dibahagikan pula kepada tajuk-tajuk kecil. Semua tajuk-tajuk kecil itu pula dijadikan dalam satu posting sahaja untuk dipublishkan.

3. Banyakkan Membaca dan Hadam Info dan Maklumat 

Untuk kita hadam dan mahir dalam sesuatu perkara, kita perlu belajar dan mendapatkan ilmu tersebut dengan membaca. Ambil mana-mana bacaan yang sesuai dengan apa yang kita mahu kongsi, ia akan membantu kita lebih berdaya profesional dalam menulis di blog. 

Sekiranya kita menulis tentang apa yang kita tidak tahu, posting di blog tersebut akan menimbulkan syak wasangka dan boleh menimbulkan pergaduhan. Elakkan dan tulislah perkara yang kita sudah pun hadam.

Dengan banyak membaca, kita akan beroleh dengan banyaknya idea. Itu kelebihan besar bagi yang suka dan cintakan dunia pembacaan.

4. Jadualkan Penulisan

Jadualkan penulisan untuk setiap posting. Terus sahaja tulis 5-10 posting dalam satu hari kemudian jadualkan mengikut setiap satu tajuk. Cukup satu posting pada satu hari untuk dipublishkan, tak perlu banyak. 

Untuk membuat jadual, bagi pengguna blogspot, ada di sebelah kanan, click pada schedule dan click tarikh dan masa yang anda ingin postkan.

Posting di Malaysia mempunyai pembaca yang pelbagai, saya ikut kata guru-guru saya mengenai jadual pembaca ini, waktu ini adalah waktu premium bagi pembaca di blog:

Isnin - 11.30 pagi atau 12.30 tengah hari.
Selasa - 2.30 petang atau 4.00 petang.
Rabu - 11.30 pagi atau 12.30 tengah hari.
Khamis - 2.30 petang atau 4.00 petang.
Jumaat - 10.00 pagi atau 12.45 tengah hari atau 2.00 petang.
Sabtu - 10.00 pagi.
Ahad - 10.00 pagi.

Setakat ini saya jadualkan mengikut waktu-waktu ini dan alhamdulillah pembaca saya masih lagi di paras 650-1,000 view sehari.


5. Gunakan Ayat dan Perkataan Penuh

 Antara sebab untuk kita terus menulis dan mendapat pembaca yang membaca dan juga konsisten dengan apa yang kita  tulis ialah kita menjaga adab dalam penulisan. Tulislah dengan ayat-ayat dengan mengunakan perkataan sebenar, bukan short form atau bukan perkataan yang direka-reka.

Tak perlu juga menggunakan perkataan yang bombastik sehingga pembaca keliru tentang makna dan maksud perkataan tersebut.

Relaks dan kool sahaja, perlu untuk kita berada di minda pembaca supaya penulisan kita tidak syok sendiri.

Selamat menulis dan terus konsisten ya kawan-kawan. Semoga tips ini memberi manfaat kepada kalian.

Terima kasih, Wassalam.


Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio
www.kuahkari.com

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)