Jumaat, 25 September 2015

Korean Bapsang: Dakgangjeung (Ayam Rangup dan Manis)



Entah apalah angin yang datang, tiba-tiba rasa mahu cuba masakan Korea dari blog Korean Bapsang ini. Blog ini saya telah ikut beberapa tahun, sememangnya sangat banyak info, maklumat dan ilmu yang boleh dipelajari dari sudut masakan di negara yang disukai ramai wanita di Malaysia.

Sebut sahaja Korea, pasti terbayang kimci kan? Ke terbayang Kwang So? haih kau orang ni. Baiklah, kali ini saya akan masak tiga jenis masakan Korea yang agak senang untuk dicuba. Walaupun resipi terakhir nanti agak susah untuk dibuat, tetapi kalian boleh cuba insya-Allah.

Saya akan susun setiap resipi ini mengikut hari, hari ini satu resipi, esok satu dan lusa satu, boleh? He he he.

Resipi yang pertama ialah Dakgangjeung. Resipi ini menggunakan ayam yang direndam didalam susu kemudiannya disalut dengan tepung jagung. Kemudiannya akan digoreng rangup dan digaul bersama dengan sos istimewa. Rasanya super duper sedap, saya suka! Jom kita masak.

Bahan-bahannya ialah:

4 keping dada ayam dipotong dadu
2 cawan susu segar
1 biji lemon
2 ulas bawang putih di hancurkan
1/2 inci halia dihancurkan
1/4 sudu kecil lada hitam
2 sudu kecil cuka - saya guna cuka epal
2 cawan tepung jagung
sedikit garam

Bahan-bahan sos pula ialah:

1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar cuka epal
1 sudu besar gochujang (saya gantikan dengan cili boh)
3 sudu besar madu - saya guna madu Australia
2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar gula perang halus
1 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam
sedikit bijan 
2-5 sudu besar minyak masak.

Cara-caranya ialah:

Basuh ayam dengan bersih kemudian masukkan ke dalam mangkuk bersama dengan 2 cawan susu dan separuh perahan lemon, kemudian masukkan bawang putih, lada hitam, cuka dan halia, gaul menggunakan tangan. Rendam semuanya selama dua jam di dalam peti ais (bukan di tempat beku).

Teruskan dengan membuat sos, panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Kemudian cincang hancur bawang putih dan halia dan tumis bersama dengan cili boh. Kemudian masukkan gula perang, madu, kicap pekat dan kacau sebati. Masukkan bijan, cuka epal dan minyak bijan. Biarkan ia mendidih dan tutupkan api.

Selepas siap rendaman ayam tadi, keluarkan ayam dan terus  golekkan di dalam tepung jagung. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Ulang sehingga semuanya siap dan terus gaulkan bersama sos tadi. Siap.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)