Isnin, 14 September 2015

15 Perkara Menarik Tentang Chef Adu Amran di Mata Kami










Pada ahad lepas (13hb September 2015), Adu Amran Management and Services mengadakan sesi Hi-Tea bersama dengan peminat-peminat di Restoran Rebung milik Dato Chef Ismail. Chef Adu yang sangat terkenal dengan kerendahan diri dan kemurahan hati ini bersembang dengan kami semua tentang dunia populariti, dunia makanan dan masakan serta dunia fesyen yang amat-amat diminatinya sejak zaman muda beliau.

Ada banyak perkara tentang beliau yang ramai tidak ketahui, antaranya beliau adalah anak jati Johor, sangat sukakan kopi dan pernah menetap di Kota London satu masa dahulu. Maka dengan ini saya cuba memperkenalkan Chef Adu Amran (guru saya) kepada semua 10 perkara yang kalian perlu tahu tentang beliau.

1.       Pengasas Champor-Champor, Pulau Langkawi.

Chef Adu ialah pengasas Restoran Champor-champor di Pulau Langkawi. Beliau juga pernah menjadi Chef Eksekutif selama lebih tiga tahun disana (1994-1997). Restoran ini kemudiannya membuka langkah dengan pembukaan Champor-Champor di Kota London.

2.       Pastry Chef, London.

Beliau juga pernah menjadi Chef Pastri di The Birdcage, Whitfield Street, London pada tahun 1998 hingga tahun 2000.

3.       Beraya 10 tahun di Kota London

Chef Adu menetap di Kota London selama lebih 10 tahun, oleh yang demikian beliau pernah merasai suasana raya di perantauan selama 10 tahun di Kota London. Setiap kali beliau ingin merasa kemeriahan hari raya, beliau akan mengunjungi Malaysian Hall.

4.       Selepas SPM, Beliau Pernah Mahu Jadi Penari.

Adakah anda tahu Chef Adu pernah bercita-cita menjadi penari selepas menghabiskan Peperiksaan SPM? Ya, beliau pernah menjadi penari semasa menyertai Petronas Performing Arts Group.

5.       Part Time Teacher - Asian and Oriental School of Cookery, Hackney College, London.

Chef Adu juga pernah menjadi guru sambilan di Asian and Oriental School of Cookery, Hackney College London pada tahun 2001 hingga 2002. Beliau yang mempunyai pendidikan dalam dunia kulinari menjadi guru di kolej ini dan kini menjadi duta pula di salah sebuah kolej di Malaysia.

6.       Champor-Champor, Kota London.

Pada tahun 2000, Chef Adu menjadi ‘orang kuat’ di dapur Champor-Champor, Kota London. Bertugas sebagai Chef Eksekutif merangkap Pengarah bagi restoran itu bukanlah perkara senang. Restoran ini dikunjungi oleh ramai selebriti malah Chef-Chef di seluruh England. Antaranya ialah Pelakon Harry Potter, Daniel Radcliffe, TV presenter and fashionista Gok Wan, Penulis Tash Aw, Penyanyi Marc Almond, TV ‘domestic goddess’ Nigella Lawson, fashion designer Zandra Rhodes, artist/sculptor Andrew Logan, TV presenter and naturalist Sir David Attenborough, dan  Bekas Mayor of London, Ken Livingstone.

7.       Memenangi Anugerah di London.

Chef Adu, pernah memenangi anugerah UK Best Dishes Award bagi kategori masakan kari untuk Restaurant Magazine Awards, seluruh United Kingdom pada tahun 2007. Kini selepas lebih 16 tahun menonjolkan bakatnya di London, Chef Adu kembali ke bumi kelahirannya. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah sepanjang bersama dengan Champor-Champor di London.

 
8           8. Sangat Sukakan Dunia Fesyen.

Dari awal lagi mengenali Chef Adu, saya fikir ramai yang akan menyedari insan peramah ini sangat gemarkan dunia fesyen. Semasa kami menyertai tim beliau dalam pelancaran Adunan pada tahun 2014, Chef Adu mengeluarkan seleksi Aduh! By Adu yang mana beliau sendiri mereka dan mendesain semua koleksi baju dan tudung-tudung. Malah, beliau juga sangat arif tentang dunia fabriks, kain, padanan warna dan koleksi-koleksi dari jenama terkenal.
9
9           9.       Aduh! By Adu.

Aduh! By Adu adalah koleksi baju dan pakaian dari ilham Chef Adu sendiri. Beliau mendapatkan padanan kain dan material terbaik dari seluruh dunia untuk menjadikan seleksi baju tradisional dan kontemporari lebih sedap dan selesai untuk dipakai. 

1           10.   Penggemar Kopi Nombor Satu!

“Janji ada kopi”. Itu antara perkataan yang akan keluar dari mulut Chef Adu jika bersembang-sembang dengannya, beliau boleh dikatakan penggemar kopi tegar di Malaysia. 

1             11.   Juri Masterchef Malaysia.

Oleh kerana beliau mempunyai pengalaman besar dalam indusri masakan dan makanan, tidak hairanlah beliau terpilih untuk menjadi salah seorang dari Juri Masterchef Malaysia. Beliau sentiasa menjadi daya penarik di Masterchef Malaysia dengan komen ‘luar kotak’ dan sangat bersahaja.

1              12.   Ikan di Laut Asam Di Darat.

Buku pertama beliau bersama penerbit di Malaysia yang sudahpun berada di pasaran sejak 2013. Buku ini menampilkan ilmu dan maklumat berpuluh resipi turun temurun dengan cara dan gaya masakan yang dicampur elemen timur dan barat. Saya antara peminatnya yang berjaya menyiapkan kesemua resipi dalam buku Chef Adu ini pada tahun 2014 dan kesemua resipi dalam buku itu memang menjadi dan boleh dijadikan hidangan kepada umum. Sedap.
1
                 13.   ‘World Traveler’

Jika dizaman ini ramai antara kita yang mengaku menjadi backpackers, tourist, traveller, oh Chef Adu sudah lebih awal dari itu. Beliau merantau ke seluruh dunia dan menjadi ‘duta’ kecil Malaysia secara diam-diam. Banyak tempat dan negara yang pernah beliau lawati dan beliau akan mencuba seleksi masakan dan makanan. 

1              14.   Sangat Menjaga Kesihatan

Chef Adu antara Chef di Malaysia yang sangat gemarkan aktiviti bersukan untuk kekal sihat dan cergas. Lihat sahaja aktiviti jogging, gym dan senaman beliau di Instagram dan Facebook beliau. Beliau juga tidak lokek bercerita tentang bagaimana beliau menjaga kesihatan diri dari sudut makanan juga aktiviti sihat yang beliau jalankan sendiri.

1              15.   Seorang ‘Food Researcher’.

Ramai yang tidak ketahui rahsia ini. Chef Adu boleh dikatakan sebagai ‘Food Researcher’ yang ada di Malaysia. Beliau bukan sahaja mengetahui beberapa seleksi masakan dan makanan dari turun temurun nenek moyang kita, malah beliau juga mengkaji dengan terperinci satu-satu masakan itu dari mana dan bagaimana untuk memasaknya. Beliau berpengalaman bersama dengan beberapa agensi juga badan-badan syarikat untuk menjayakan resipi-resipi turun temurun ini untuk mendalami dan menerokai bagaimana resipi itu terhasil. Menarik bukan?


Itulah Chef Adu. Pemilik nama Amran Bin Hassan yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Abdul Jalil Kluang ini sebenarnya mempunyai kekuatan dan kelebihan yang luar biasa. Anak jati Johor ini sememangnya senang didekati dan sangat pemurah berkongsi ilmu dunia masakan dan makanan dengan sesiapapun.

Apapun, yang tetap menjadi rahsia dan misteri ialah nama ADU. Nak tahu bagaimana adanya ADU tersebut diawal namanya, perlu tanya tuan badan sendiri. Terus sahaja ke Website beliau untuk mendapatkan beliau bagi sebarang sesi masakan, makanan, sembang-sembang, fesyen juga dunia travel!
Moga kita berjumpa lagi si sesi Hi-Tea akan datang ya Chef Adu!


Khairul Hakimin. Muhammad,
Pemegang Sijil Pencapaian Memasak Semua Resipi Ikan di Laut Asam Di Darat, 2014.
Abuain Kitchen Studio.



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)