Isnin, 24 Ogos 2015

Nasi Beriyani Kambing


Sempat juga saya mengambil gambar. Ikutkan masakan ini saya sediakan selepas ada sebuah syarikat menempahnya dari saya. Syukur alhamdulillah.

Masakan ini antara masakan yang saya yakin untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Selepas belajar dengan emak dan juga bersama dengan tenaga pengajar di India tahun lepas, alhamdulillah saya dapat perbaiki dan cuba memasak dengan menepati citarasa kita semua. 

Resipi Nasi Beriyani


Bahan-bahannya ialah:

7 cawan beras basmathi
3 sudu besar rempah kurma
1 tin susu cair
½ cawan kismis
5 sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
7 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
*Beberapa titik pewarna merah dan kuning dan sedikit daun ketumbar untuk hiasan

Cara-caranya ialah:

Basuh beras dengan bersih kemudian toskan. Kemudian masukkan minyak sapi diatas kuali dan tumis buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kurma dan susu cair. Masukkan beras dan kacau rata. Kemudian masukkan gula dan garam diikuti dengan kismis dan gajus. Kacau semuanya sehingga sebati kemudian pindahkan semua bahan ini ke dalam periuk nasi. 

Resipi Kari Kambing



Bahan-bahannya:

2kg kambing
8 sudu besar serbuk kari daging
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 batang kayu manis
2 sudu besar rempah halus (biji sawi, halba dan jintan manis)
7 biji tomato
5 biji kentang
2 sudu besar pes asam jawa
2 cawan air
1 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 batang daun kari
3 biji bawang besar india
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji cili hijau

Cara-caranya ialah:

Basuh kambing hingga bersih, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga halus. Kemudian masukkan semua rempah kasar danteruskan menumis. Masukkan kambing dan biarkan sehingga kambing mengeluarkan air. Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama satu cawan air.  Masukkan asam jawa yang dibancuh bersama secawan air, diikuti dengan kentang, daun kari, cili hijau dan buah tomato. Kacau dan biarkan mendidih. Tunggu sehingga kentang sudah empuk barulah dimasukkan garam. Biarkan mendidih dan tunggu sehingga kambing empuk, tutupkan api dan sedia untuk dihidang.


Resipi Acar Timun dan Nanas 



Bahan-bahannya ialah:

1 biji nanas
2 biji timun
2 biji cili merah
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara-caranya ialah:

Potong semuanya dengan halus dan gaulkan bersama gula dan garam.





Untuk hadiri kelas Nasi Beriyani, terus whatsapp ke 012 946 7994 ya. Kelas terdekat ialah pada 12hb September 10am-1pm. RM250/pax.


Selamat mencuba ya.

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio

 



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)