Isnin, 6 Julai 2015

Tom-Yam Kung Bangkok


Pada sabtu lepas saya terima WhatsApp dari seorang pembaca di blog ini bertanyakan tentang resipi tomyam. Kebetulan, memang saya sudah lama teringin untuk berbuka dengan masakan ini. Sejak pulang dari Bangkok hujung tahun lepas (dan sempat mengambil kelas masakan ini disana) saya masih tidak berpeluang memasak juadah ini kerana beberapa halangan. Oleh yang demikian, semalam saya dan isteri mengerjakan dapur dan menyediakan beberapa jenis juadah hebat dari negara jiran, Thailand.

Di Thailand, ada beberapa jenis tom yam mengikut kawasan dan daerah masing-masing. Ada kalanya memang sangat berbeza dari segi penyediaan bahan dan tahap masam dan pedas. Untuk kali ini saya sediakan dengan cara memasak di Bangkok. 

Tomyam ini saya tidak gunakan pes atau kiub seperti biasa, kali ini saya kongsikan bagaimana mahu menyiapkan tomyam kung yang umph dan best tanpa perasa tambahan.Walaupun agak remeh dan leceh, tetapi kesedapannya ketara dan sangat berbeza dengan menggunakan pes atau kiub. Jom kita cuba.

Resipi Cili Thai

100gm cili kering
5 biji bawang besar
2 buku bawang putih (bukan ulas, tetapi sebuku)
1/2 keping gula melaka
2 sudu besar udang kering
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil cuka makanan
1 cawan minyak masak

Cara-caranya ialah:

Rebus cili kering sehingga lembik, kemudian toskan. Ambil kuali dan panaskan minyak, kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga keperangan. Kemudian masukkan cili kering dan goreng bersama dengan bawang tadi. Masukkan  udang kering, gula melaka, garam dan gula dan kacau sebati. Biarkan sehingga masak.

Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam pengisar, dan kisar semuanya hingga hancur. Dan tuang kembali ke dalam kuali dan biarkan mendidih dan pecah minyak, kacau sekali sekala. Tutup api dan sejukkan. Bahan ini boleh digunakan untuk memasak masakan Thai yang lain selain dari tomyam.

Kemudian, kita mula masak tomyam. Antara tips yang saya boleh cadangkan kepada kalian ialah, jika mahu masak tomyam, tak perlu campurkan semua bahan mentah (contohnya, jika mahu tomyam ayam dan daging, hanya masukkan ayam dan daging, jika mahu seafood, hanya seafood sahaja). Nanti rasa akan berbeza, jadi kali ini saya hanya mahu buat tomyam seafood, saya gunakan udang dan sotong sahaja.

Resipi Tom Yam Kung Bangkok.

3 liter air
1/2kg udang
1/2kg sotong
3 inci lengkuas muda
5 batang serai muda
9 helai daun limau purut
7 biji tomato (separa masak, muda lagi baik)
2 sudu besar sos ikan
11 biji limau nipis
15 biji cili padi hijau
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 sudu besar cili thai (yang dibuat sebentar tadi)
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam

 Cara-caranya ialah:

Didihkan air. Kemudian potong lengkuas muda setiap satu inci, kemudian ketuk bersama dengan serai (juga dipotong 1 inci), masukkan dalam air didihan, dan biarkan mendidih selama 5-10 minit (perlu dibiar dalam air mendidih untuk mengelak perut sakit, lengkuas agak tajam). Apabila air sudah mula bertukar kekuningan, masukkan tomato yang telah dipotong empat. Masukkan daun limau purut.

Kemudian perah semua limau nipis dan letakkan di dalam mangkuk. Ambil cili padi, bawang putih dan bawang besar, tumbuk menggunakan lesung batu. Ketepikan. Kemudian masukkan udang dan sotong dan kacau sebati. Lebih kurang 5-10 minit akan ada buih-buih putih (lemak udang) akan naik di permukaan, ambil dan buang (untuk lapisan pertama sahaja), lemak ini jika tidak dibuang akan ada rasa pahit di hujung lidah.

Kemudian, masukkan cili yang telah ditumbuk tadi bersama dengan bawang ke dalam periuk bersama sos ikan, kacau sebati. Masukkan air perahan limau nipis bersama garam dan gula.

Tutup api, kemudian masukkan susu cair dan cili thai dan kacau sebati. (Tips untuk tom yam kung yang sedap ialah tidak biarkan susu mendidih bersama dengan kuah, oleh itu tutup api baru masukkan).

Jika limau nipis masih tidak berapa nak masam, boleh ditambah dengan air jus limau nipis yang memang dijual untuk memasak tomyam. Sedap juga.

Selamat mencuba.

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)