Selasa, 14 Julai 2015

Tips Gembirakan Semua Orang di Hari Raya


Tips Gembirakan Semua Orang di Hari Raya

Setiap kali musim raya, kita ada beberapa perasaan yang menyelubungi diri. Cewah, antaranya; ialah gembira dapat balik kampung, sedih sebab iklan raya banyak nangis-nangis, dan kecewa tidak dapat duit raya. Oleh yang demikian, apa kata hari ini saya ceritakan sedikit bagaimana mahu ceria meria di hari raya bersama semua orang.

1.       Bawa hadiah untuk ibu-bapa dan keluarga. – Setiap kali balik raya ke kampung, bawalah buah tangan untuk seisi keluarga. Senang sahaja dan tidak perlu fikir sampai pecah kepala. Bawa sahaja kerepek-kerepek yang dijual dimana-mana, setiap hadiah yang dibawa sudah tentu memeriahkan suasana.

2.       Sabar. – Ini antara perkara yang amat susah untuk dibuat, tetapi kena buat. Ibu bapa sangat mengharapkan anak-anak pulang ke rumahnya, jika dahulu kita bujang, agak mudah untuk berehat dan bersama keluarga. Kini, semua orang sudah beranak pinak, jadi sabar dengan karenah keluarga, isteri, biras, ipar duai dan ibu bapa mertua. Relaks dan kool okey.

3.       Menolong mana yang patut . – Setiap kali raya, inilah masa ‘gotong royong kecil’ seisi keluarga. Ambillah bahagian dalam mana-mana aktiviti. Buat kuih, menganyam ketupat, melemang, mengacau dodol, mengejar ayam kampung dan menghantar juadah kepada jiran-jiran dan saudara mara. Keindahan dapat dirasai dengan segala aktiviti ini, silaturrahim dan ukhuwwah juga terjalin kemas.

4.       Takbir Raya. – Jika semua perkara sudah tersedia, buat pengumuman untuk mengadakan takbir raya bagi seisi keluarga pada malam raya. Bertakbirlah dengan semangat dan bersama-sama seluruh ahli keluarga. Pakai baju raya, ambil gambar dan makan bersama.

5.       Hidupkan keindahan solat raya. – Bangun awal pagi, siapkan juadah dan hidangkan sebelum menunaikan solat raya. Kemudian berwangi-wangian dan bersama-sama menuju ke masjid atau surau untuk menunaikan solat aidilfitri. Pulang juga bersama-sama keluarga, masing-masing saling mengingati tentang keindahan solat raya.

6.       Elakkan dari makan berlebihan. – Makan dengan sederhana. Jika kita teruskan dengan makan juadah dengan banyak, maka kita mudah letih dan lesu. Oleh yang demikian, kita akan beraya dengan gadjet dan television. Elakkan dan tekadkan diri untuk menjamah juadah-juadah untuk memberi masa dan ruang kepada perut untuk menerima juadah lain di rumah-rumah lain pula.

7.       Elakkan dari bertanya soalan sensitive. – Ada banyak soalan yang bakal mengundang kekecewaan saudara mara dan rakan-rakan. Antaranya jika masih bujang, bertanya tentang bila mahu kahwin, jika sudah kahwin ditanya bila mahu dapat anak, jika sudah anak dua, ditanya bila mahu tiga, jika sudah anak sepuloh ditanya bila mahu berhenti produksi anak, jika isteri baru satu, ditanya tak berani ke nak tambah lagi? He he he bahaya-bahaya.

8.       Elakkan juga dari menyindir adik beradik dan ipar duai – sesekali apabila adik beradik berkumpul, mulalah aktiviti sindir menyindir berlaku. Yang si A rajin di dapur, si B rajin jaga anak saudara, maka ramailah yang akan menyokong mana yang lebih baik. Orang ini kata dia lebih rajin, orang ini pula kata begitu begini. Oleh yang demikian pergaduhan boleh berlaku. Kita semua boleh elokkanlah hati dan baiki pertuturan setiap kali pulang berhari raya, fikir hati ibu bapa. Relaks  dan kool dan lihatlah kebaikan di setiap ahli keluarga kita semua.

9.       Bersederhana. – Seeloknya untuk balik berhari raya bersama keluarga, kita semua perlu bersederhana. Dalam adik-beradik, ada yang berjaya sampai tangga Everest, ada juga yang baru sampai Broga, oleh yang demikian sebaiknya bersederhana sahaja di hadapan ibu bapa. Itu lebih menceriakan suasana daripada bersaing siapa beri duit raya lebih banyak dan siapa lagi lip lap baju raya.

10.   Utamakan keluarga. – Untuk hari raya, utamakanlah keluarga. Ambil masa untuk bersama keluarga sepuasnya dan barulah memulakan langkah berhari raya bersama rakan-rakan. Keluarga tidak ada ganti walau kawan kalian ada kereta best, motor besar dan kegembiraan berkonvoi semasa raya. Ibu bapa dan keluarga tetap nombor satu.

Semoga bermanfaat.
Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain, www.kuahkari.com
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)