Khamis, 30 Julai 2015

Raya Kita, Raya Keluarga


Tahun ini persiapan raya kami ala kadar, alhamdulillah. Memang yang diutamakan ialah puteri kesayangan kami, hal kami di lewat-lewatkan. Baru kami faham apabila ada anak perempuan, memang beliaulah yang didahulukan dalam semua perkara, baju, kelengkapan, segala yang sedondon dengan mamanya semua perlu diambil kira. Jika berbeza, azablah nak memujuknya. (Gambar atas diambil oleh Nurul 'Ain)

Tahun ini kami bertiga sekeluarga beraya di kedua-dua belah keluarga, seronoknya subhanallah! Syukur juga kerana Nurul 'Ain sihat dan bacaan 'urine' kekal negatif hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Kami bertakbir raya pada malam raya selepas menunaikan solat isyak berjemaah. Usai sahaja berbuka, kami semacam sudah beraya, lupa terus mahu tonton pengumuman raya di television. Dapat sahaja mengesahkan raya itu memang betul jatuh pada 17hb Julai, Jumaat maka anak-anak semuanya melompat gembira. 

Menyiapkan Rendang Dendeng

Kak Long saya (disebelah isteri) menyediakan sup tulang dan rendang daging, manakala saya hanya menyiapkan dua kilogram rendang dendeng, kacang sahaja. Kahkahkah. Kami bergotong rotong membersihkan rumah, abang-abang ipar dan biras sibuk dengan mengecat rumah dan mengemas apa yang patut, manakala saya satu-satunya jejaka kacak yang bersama dengan kakak-kakak di dapur. 

Penyediaan rendang dendeng tidaklah sesusah mana, hanya perlu perap daging dengan kicap dan beberapa rempah, kemudian goreng garing dan tumbuk dan kemudian tumis dan jadikan rendang. Sedapnya subhanallah. 

Di sebelah keluarga mertua, ada berbagai-bagai citarasa yang berbeza tetapi masing-masing dapat menerima masakan dan gaya juadah yang disediakan. Biras saya yang sulong dari Melaka, manakala yang ke-dua dari Banting, yang ke-tiga dari Negeri Sembilan, manakala dua biras dibawah kami ialah dari Bandar Baru Bangi dan Gombak, aha menarik bukan? Itu belum kira Ibu mertua saya dari Johor Bharu dan Abah mertua dari Pahang.

Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyediakan kelengkapan dan juadah hari raya, seronok dibuatnya melihat juadah yang berbeza di meja makan.

Menanti Mertua Balik Menunaikan Umrah

Emak dan abah mertua pulang dari menunaikan umrah pada malam raya, sesudah menonton Hyun Su di Cheongdamdong Scandal, kami mula tersengguk-sengguk. Masing-masing tidur sekejapan sementara menanti mereka sampai ke rumah.

Emak dan abah mertua sampai lebih kurang jam 1.30 pagi. Maka kami bangun dan menyambut beliau sambil makan lemang dan rendang. Lihat kedua ibu bapa kami sudah pulang adalah satu kelegaan yang amat sangat. Pastinya raya lebih meriah dengan adanya ibu bapa bersama kita.

Alhamdulillah kedua-dua ibu bapa kami sihat usai pulang dari tanah haram. Kedua-duanya terus sahaja bercerita tentang keindahan bumi Mekah dan Madinah, lebih-lebih lagi kisah bertarawih berimamkan dua masjid yang dipenuhi manusia dari seluruh pelusuk dunia itu. Seperti biasa, kami dihadiahkan dengan sehelai jubah setiap seorang, seronok bukan main. Alhamdulillah.

Raya Pertama.

Pagi itu isteri saya kejutkan untuk menunaikan solat subuh, kemudian terus sahaja beliau minta saya siapkan Nurul 'Ain memandangkan beliau sibuk di dapur. Jika di rumah mertua, raya pertama mereka sudah biasa dengan Lontong, Rendang dan Sup Tulang, semua juadah ini perlu disediakan sebelum semua berbondong-bondong ke surau untuk menunaikan solat aidilfitri.

Selesai sahaja memandikan puteri saya, menyiapkan dan memastikan beliau segar bugar, saya pula bersiap. Seperti tahun lepas, raya tahun ini saya masih mengekalkan rekaan dan jahitan dari Abang Dzull dan Dzulldeclassique. Agak berbeza sedikit baju saya tahun ini, ala artis kata pak mertua. ha ha ha. Ya memang nampak selebritinya bila memakai baju tersebut, saya relaks dan kool sahaja sepanjang raya pertama diusik sana sini, sungguh baju itu cantik, yang memakainya apatah lagi. kikikiki.

Kami menunaikan solat raya di Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Solat Aidilfitri bermula jam 8.30 pagi dan Khutbah Raya selesai lebih kurang jam 9.00 pagi. Kami pergi dan balik ke surau dengan berpegang tangan, udah rasa macam cerita hindustan pun ya juga. 

Selepas sahaja semua sudah ada dirumah, bermulalah sesi bergambar seisi keluarga. Satu demi satu keluarga bergambar, kami juga tidak ketinggalan. Alhamdulillah. 


Rata-rata semua dapat bergambar sekeluarga kecuali keluarga adik ipar yang beraya di Gombak, tetapi beliau juga berjaya pulang pada petang raya dan kami bergambar sekali lagi pada malamnya dengan bertemakan pakaian arab, jubah. He he he.


Berbagai-bagai wajah saya dapat simpan dan jadikan kenangan paling indah dalam hidup. Lihatlah pada dua-dua gambar, ada sahaja keletah anak-anak yang menghiburkan semua orang. Ada sahaja yang tidak fokus dan bermain-main, tapi itulah momen best yang dapat ditangkap dan memberi senyum kepada yang melihat.

Kami sempat berhari raya ke tiga buah rumah pada raya pertama. Alhamdulillah, syukur.





Raya Ke-dua

Kami bertolak lebih awal ke Mentakab kerana keluarga mertua mahu singgah di rumah ibu bapa saya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, ibu saya pastinya menyediakan nasi beriyani untuk dihidangkan kepada keluarga mertua. 

Sempat juga kami mengambil gambar kedua-dua abah saya ini untuk dijadikan kenangan kepada kami. 

Abah saya (berbaju hijau) bersama bapa mertua (Haji Wan Muhammad Bin Haji Wan Abdullah dan Dato' Dr. Abdul Wahab Haji Ismail)


Berpisahlah kami di rumah abah saya, mertua balik ke Temerloh manakala kami meneruskan raya di rumah ibu bapa kami pula. Ada beberapa agenda wajib jika balik ke rumah emak abah saya, yang utamanya ialah menanti semua pulang dan selepas itu berkonvoi ke Kampung Kelahiran Abah saya, Kampung Relong, Kuala Lipis untuk menziarahi ibu dan bapa saudara juga menziarahi pusara ibu dan ayahnya.



Ke Kuala Lipis

Kami berkonvoi ke Kuala Lipis dengan empat kereta, menariknya mertua juga menuju ke sana dengan tiga kereta. Kami kemudiannya terus ke Kampung Telang bagi menziarahi ibu saudara yang masih menetap di rumah Almarhum Atuk kami, Allahyarham Tok Telang. Kemudian terus sahaja ke Kampung Relong menziarahi kubur dan menjamah juadah tengah hari dari ibu saudara kesayangan abang saya. Sempat juga kami mencari durian di belakang rumah Mak Anjang ini dan akhirnya dapatlah menunaikan hajat yang lama terpendam mahu makan durian. Alhamdulillah.


di rumah Al-Marhum Tok Telang

Selesai sahaja beraya di rumah Mak Anjang, kami bertiga memohon untuk mengundur diri dan mahu menyertai rombongan keluarga mertua pula di Padang Tengku. Usai sahaja bersalam dengan seluruh ahli keluarga, kami memecut ke rumah Cik Mah.
Kami menyambung raya di rumah saudara mara di sebelah mertua pula (keluarga mertua ada keluarga di Kuala Lipis juga). Perut yang semakin berat ini terus sahaja dihulur dengan pelbagai lagi juadah yang sedap sedap. Masya-Allah. Malam itu sebelum kami semua pulang ke Mentakab dan Temerloh, Cik Mah menyediakan pula masakan kegemaran ramai, Masak Tempoyak Ikan Patin, hu hu hu beramai-ramailah kami malam itu. Sedap ya amat.

Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Emak dan Abah ke-46 



Kebetulan semua adik beradik sudah pun ada di rumah emak dan abah di Mentakab, maka adik saya mengambil inisiatif untuk membeli kek dan menyambut ulang tahun perkahwinan emak dan abah kali ke-46. Kek yang dibeli menepati citarasa dunia, kek turki katanya. 

Buat masa ini abah dan emak dianugerahkan keletah sembilan orang cucu, marilah kita sama-sama doakan supaya cucu cicitnya bertambah dengan lebih ramai dan lebih meriah. Amin.



Dua Keluarga, Raya Bersama

Itulah sedikit sebanyak kisah raya kami. Sudah berkahwin inilah rencana suka ria kami sekeluarga. Alhamdulillah. 

Ada banyak posting di mana-mana media sosial mengenai keriuhan beraya di rumah mertua dan rumah sendiri, pelbagai-bagai masalah yang dihamburkan, ada yang jadi bagus ada yang menimbulkan pergaduhan yang maha dasyat. 

Kawan-kawan, ini raya. Semuanya nak seronok dan meraikan hari yang Tuhan beri istimewa kepada kita untuk kita ambil dan hayati sebaik-baiknya. Namapun raya, jadikan ia sebagai raya, bukan menangis dan bergaduh sini sana.

Tahun ini tahun ke-9 saya berkahwin dan juga 'berkahwin' dengan keluarga mertua. Begitu juga dengan isteri saya. Sungguh, macam-macam hal seronok dan tidak kami lalui baik-baik, ada perkara kita boleh kongsi, ada perkara eloklah telan sahaja. Ada sebab mengapa Tuhan letakkan ibu bapa mertua setaraf dengan ibu bapa kita, eloklah kita beraya dengan menghormati kedua-duanya. Ambillah masa untuk ziarah dan beri mereka keseronokan bersama dengan kita.

Kadang-kadang kita tak sedar kita mengusik hati mereka, dan mereka juga seperti biasa telan sahaja tanpa banyak soal. Malah kadang-kadang mereka senyum supaya kita tidak tahu apa yang terbuku dihati mereka.

Masa pulang ke kampung dan berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga, sama-samalah kita manfaatkan dengan sebaiknya. Semoga saya juga semua kawan-kawan pembaca sekalian mendapat hari raya yang penuh makna tahun ini juga tahun-tahun akan datang. Amin.



Syukur alhamdulillah.

Raya kita, Raya Keluarga!

Selamat hari raya ke-14. he he he, saya belum mula puasa enam lagi. heee jom kita mula esok!

Wassalam. 

Wan Khairul Hakimin Bin Haji Wan Muhammad dan Keluarga,
Bandar Baru Bangi.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)