Selasa, 7 Julai 2015

Ketam Biru Masak Telur Masin


Pada bulan Mac lalu, saya menjalani pembedahan kecil. Waktu itu memang tidak dapat melihat telefon dan tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling. Antara whatsapp yang saya tidak boleh lupa ialah tentang seorang rakan yang bertanya kenapa beliau tidak boleh lagi melihat saya di Facebook, saya lihat kembali memang kami tidak 'friends' di Facebook. 

Beliau hantar whatsapp tersebut betul-betul hari saya memasuki dewan bedah. Oleh yang demikian (mungkin) soalan beliau saya tidak jawab, maka beliau terus memadamkan akaun whatsapp dan tidak lagi berada dalam group kami. Saya juga ada bertanya khabar melalui mesej, tetapi tidak berbalas.

Ada ramai kawan yang telah ter'unfirends' pada minggu tersebut. Saya sendiri tidak ada jawapan mengenai itu. Beliau antara kawan yang menjadi mangsa 'unfriends' ini. Saya ada berbincang dengan beberapa rakan 'internet marketer', ada yang mengatakan ini adalah disebabkan mereka tidak aktif, jadi proses pembuangan akan berlaku dalam senarai rakan kita.

Beliau antara yang sangat sukakan masakan ini. Malah, pernah bertanya kepada saya bagaimana mahu memasak makanan ini tahun lalu. Semalam, masa mahu membeli bahan mentah untuk masak berbuka saya ternampak ada lagi beberapa ekor ketam biru yang masih segar. Terus saya ambil dan dapatkan telur masin. Dan masak masakan ini. 

Harapnya beliau membaca post ini dan kembali muncul dari tempat persembunyian. He he he.

Bahan-bahannya ialah:

5 ekor ketam biru - dipotong empat
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
3 biji telur masin
5 batang daun sup
5 batang daun ketumbar
2 biji tomato
1/2 cawan susu segar
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula

Cara-caranya ialah:

Basuh bersih ketam kemudian potong empat, masukkan dalam bekas dan kemudian ditaburkan serbuk kunyir dan garam. Goreng ketam  dalam minyak panas lebih kurang 3-5 minit dan angkat. 

Rebus telur masin sehingga masak. Ketepikan. Kemudian tumbuk cili merah, bawang besar dan bawang putih sehingga hancur menggunakan lesung batu. Tumis bahan tersebut sehingga naik bau. Kemudian hancurkan telur masin tadi dan masukkan ke dalam tumisan. Masukkan daun bawang dan daun ketumbar yang telah diracik halus dan tuang susu segar bersama gula dan tomato yang telah dipotong lapan.

Biarkan semuanya bersatu dan kemudian masukkan ketam. Kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan semasa berbuka.

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)