Isnin, 13 Julai 2015

7 Tips Balik Kampung Berhari Raya





Alhamdulillah, kita sudah masuk ke minggu akhir puasa. Syukur, dan waktu ini mood raya sudah datang dekat dan kita pun mula berjinak-jinak mahu menyanyi lagu raya. Oleh yang demikian ada perkara yang kita boleh lakukan sebelum pulang berhari raya tahun ini, sama ada bujang atau sudah berkahwin, kepulangan kita nanti pasti akan dinanti-nanti oleh ibu bapa kita.


1.       Tinggalkan Rumah – Jika kalian pulang berhari raya, tidak kiralah sama ada sekejap atau lama, pastikan rumah kita semua sudah dikemaskini tahap keselamatannya. Bukan sahaja kita bimbang tentang kes kecurian, tetapi perlu juga bimbang tentang plug, suis eletrik, mesin, atau gas pemasak api semuanya sudah ditutup dan dicabut dalam palam dengan kemas. Kemaskini satu demi satu supaya tidak berlaku ada yang tertinggal. Terutama di bilik anak-anak.

Selain itu juga, salinglah memaklumkan kepada jiran yang anda akan tiada dalam berapa jumlah hari. Ini bagus untuk memastikan rumah anda sentiasa diawasi oleh jiran anda.

2.       Periksa Kenderaan. – Pemeriksaan kenderaan amat penting untuk memulakan perjalanan sempena hari raya. Kalian akan berhadapan dengan kesesakan teruk, mungkin juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, malah perlu bertahan lebih 10 jam di kenderaan masing-masing. Oleh yang demikian, kenderaan kalian perlu diperiksan dengan teliti supaya perjalanan ke kampung halaman lancar dan baik.


3.  Kesesakan Jalan Raya -  Bagi yang pulang berhari raya ke kampung halaman, kesesakan jalan raya tidak akan mematahkan semangat. Setiap tahun kalian akan berhadapan dengan situasi ini dan ia memang betul-betul menguji ketahanan fizikal dan mental. Lebih-lebih lagi apabila membawa anak kecil. Kasihan duduk di dalam kereta lebih 10 jam.

Antara perkara yang boleh membantu anda ialah, menggunakan sepenuhnya fungsi Kad Touch & Go dan Smart Tag. Ia boleh membantu anda mengurangkan kepenatan kesesakan. Merancang perjalanan juga amat perlu, jika penat ambillah masa sekejap untuk rehat. Tidak perlu bergegas untuk sampai, yang penting selamat sampai.

Ada banyak jalan raya yang terpaksa menembusi pekan atau bandar untuk sampai ke kampung halaman masing-masing, ini pastinya akan mengundang kesesakan teruk. Oleh yang demikian, perkara paling asas ialah bersabar dan menuruti kenderaan lain yang sedang beratur, tidak perlu potong barisan, memotong di ‘double line’ dan mengasak-asak kenderaan lain, semuanya ada matlamat sama iaitu mahu pulang beraya.

Oh ya, sebelum memulakan perjalanan, tidak lupa baca doa ya,

سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَاكُنَّالَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاِنَّآ اِلَى رَبّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ      

Maha suci Allah yang memudahkan ini (kenderaan) bagi kami dan tiada kami mempersekutukan bagi-Nya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Bawa juga gadget lain seperti charger telefon yang boleh digunakan dalam kereta atau powerbank bagi membantu kalian sekiranya ada musibah di dalam perjalanan yang panjang tersebut.
Disamping itu juga, bawa bekalan makanan terutama kepada anak-anak. Bimbang jika perjalanan terpaksa menempuh kesesakan teruk hingga menyebabkan anak-anak pula kelaparan dan kehausan.

Disamping itu juga, bawa bekalan makanan terutama kepada anak-anak. Bimbang jika perjalanan terpaksa menempuh kesesakan teruk hingga menyebabkan anak-anak pula kelaparan dan kehausan.

4.       Sampah – Antara kekecewaan selepas pulang berhari raya ialah terlupa membuang sampai sebelum pulang ke kampung halaman. Oleh yang demikian, saling beringat antara satu sama lain untuk membuang sampah terlebih dahulu sebelum menaiki kenderaan. Ini sangat penting bagi mengelak sebarang bakteria dan ulat berada di dalam rumah semasa ketiadaan kalian.

5.       Tidur dan Rehat yang cukup. – Sebelum melangkah pulang berhari raya, ambillah waktu senggang untuk rehat. Pastikan pemandu sudah mendapat rehat dan tidur yang cukup untuk memulakan perjalanan. Jika mempunyai lebih pemandu (suami atau isteri), maka tukar dan bergilirlah supaya pemandu tidak penat dan keletihan.

Yang duduk di sebelah pemandu pula tidak kerap tidur, bantulah pemandu dengan bersembang dan memberi galakan supaya pemandu tidak terlelap sepanjang perjalanan.

6.       Ringkaskan Beg – Untuk pulang berhari raya, sudah semestinya kita akan membawa pulang baju-baju yang siap sedia baru-baru belaka. Oleh yang demikian, kita boleh rancang baju mana yang mahu dipakai dan mana yang perlu ditinggalkan. Tak perlu sumbat semuanya dalam satu beg dan kemudiannya tidak gunakannya pun semasa di kampung. Rata-rata kaum wanita akan mempunyai masalah ini. Suami perlu kemaskini juga beg isteri supaya muatan tidak berlebih.

7.       Hadiah buat Ibu Bapa – Jadikanlah kepulangan hari raya sebagai hadiah paling berharga buat ibu bapa. Sediakan apa yang patut untuk mereka menyambut bersama kalian. Antara kelengkapan yang boleh disediakan ialah membeli sepersalinan baju raya untuk ibu bapa, kuih muih raya, kain batik, kain pelikat dan semestinya akhlak dan adab yang baik-baik. Semestinya kepulangan kalian dinanti-nanti dan suasana ceria hari raya semestinya menjadi penguat silaturrahim di kalangan keluarga.

Pesan dan nasihat anak-anak supaya mengekalkan adab dan Bahasa yang baik-baik buat ibu bapa anda. Antaranya ialah:

-          Tidak memarahi anak-anak dihadapan mereka (ibu bapa anda)
-          Tidak memberi gadget / tab kepada anak-anak – bawa mainan anak dan kongsi dengan sepupu lain.
-          Tidak menggalakkan anak-anak mengadap tv sepanjang masa – gantikan dengan perkara lain.
-          Membawa anak-anak beraya ke rumah saudara mara
-          Mendidik anak-anak supaya terus menyantuni dan menghormati ibu bapa anda.

Itu sahaja dari saya. Semoga perkongsian kali ini memudahkan kalian pulang berhari raya. Selamat menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin dari kami, keluarga Abuain.

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.

           

 


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)