Selasa, 16 Jun 2015

Kebertuahan Anak-Anak Zaman Ini



Alhamdulillah, selesai sudah modul Long-life bagi kategori Masterchef untuk anak-anak dari Khalifah Model School. Modul Masterchef ini memuatkan tujuh sesi kelas yang mana mereka akan berkongsi cara dan teknik memasak beberapa jenis masakan. Antara modul yang telah dijalankan ialah:

1. Kelas Masakan Melayu
2. Kelas Masakan Sarapan Pagi
3. Kelas Masakan Minum Petang
4. Kelas Pencuci Mulut
5. Kelas Pastri dan Kek
6. Kelas Kuih Melayu
7. Kelas Masakan India

Kesemua kelas ini dihadiri oleh 18 anak-anak dari sekolah ini. Mereka dengan jayanya memasak lebih 30 resipi dengan tunjuk ajar oleh Kak Aja dan saya sendiri. Apa yang menyeronokkan ialah mereka dapat berkongsi cara dan gaya ibu bapa mereka memasak di rumah. Ada antara mereka yang memeranjatkan kami dengan pelbagai kemahiran memasak dan amat mahir dengan kelengkapan di dapur.

Banyak momen yang menarik perhatian kami, antaranya ialah acara mengenali jenis pisau, bagaimana mengupas bawang dan mengenali bahan-bahan mentah. Betapa bertuahnya anak-anak sekarang mempunyai kelas sebegini, kami dahulu jika tidak belajar dengan ibu, sudah tentu hingga berkahwin masih tidak kenal bawang india dan bawang holland.

Selain itu juga, kesungguhan mereka belajar dari satu step ke satu step amat-amat saya puji, mereka berusaha menyiapkan satu-satu hidangan dengan gerak kerja berkumpulan. Paling saya ingat setiap tiga ke lima minit, mereka akan panggil Chef! Chef! Lepas ini buat apa? (Ha ha ha) Sangkaan saya mereka ini akan memanggil hanya kerana tidak siap, rupanya memanggil kerana sudah siap! Hebat! Mubarako!

Alhamdulillah, kelas untuk semester pendek tahun ini berakhir pada hari ini. Dengan ini pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil kerana sudi memilih Abuain Kitchen Studio sebagai lokasi pembelajaran anak-anak dari Khalifah Model School. Kami amat-amat berbesar hati.

Juga kepada dua guru pengiring yang sentiasa berada di lokasi untuk mengawal selia anak-anak, nak diikutkan saya sendiri memang tak terkawal juga. Mereka cukup aktif dan sangat cepat tangkap, oleh itu kelas banyak berakhir dengan lebih awal. Tahniah!

Juga kepada semua anak-anak, tahniah dah syabas. Kalian bertuah kerana dapat belajar semua modul ini dengan lancar dan baik. Subhanallah, cuaca, kebaikan dan kesantunan Tuhan dalam memberi jalan mudah kepada tujuh kelas ini, alhamdulillah semuanya sebaik yang dijangkakan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini juga saya memohon maaf kepada kalian jika ada kesilapan dan kesalahan dari pihak kami. Semoga saya diberi keampunan dari Allah diatas segala kekurangan dari saya sepanjang kelas ini berlangsung. Terima kasih semua. Moga kita berjumpa lagi insya-Allah.

Wassalam.

Khairul
Abuain Kitchen Studio. 







Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)