Sabtu, 20 Jun 2015

5 Teknik Pemasaran dari CTDK






Ada ramai ikon tanah air yang sudah mempunyai kerusinya yang tersendiri untuk kita belajar bagaimana mereka boleh berada di kedudukan sekarang. Menjadi suatu sejarah hebat mana-mana individu yang bermula dengan sesuatu yang kecil dan kini membawa satu empayar yang cukup tegap untuk bersama dengan masyarakat dalam dan luar negara. 


Dalam dunia pemasaran hari ini, ada satu nama yang kekal terpahat di bibir anak Malaysia tentang kekuatan dan pengaruhnya dalam industry seni suara dan kini dalam industry kosmetik. Beliau pada mulanya pernah digelar sebagai ‘minah’ kampung kini menjadi ikon dan kegemaran setiap segenap lapisan masyarakat. Tanyalah pada yang muda atau tua, semuanya mengenali insan ini yang sudah pun menjadi kesayangan kita semua, beliau ialah Dato’ Siti Nurhaliza (CTDK).


CTDK memulakan rentak memasarkan suaranya dengan memenangi bintang HMI pada tahun 1995, pada ketika beliau baru berusia 16 tahun dan selepas itu beliau mengharumkan nama negara di Anugerah Emas Asia New Singer Competition di Shanghai Asia Music Festival, yang di adakan di Shanghai, China pada tahun 1999. Selepas itu, berturutlah anugerah dan piala yang dimenangi oleh beliau sehingga kini yang sudah mencecah 200 anugerah.


CTDK meneruskan rentak dengan alunan berbagai muzik dan menunjukkan dengan jelas minatnya terhadap hampir semua genre muzik. Jika dilihat dalam kekuatan vokalnya, CTDK sangat pragmatic dalam mencuba satu-satu genre baru. Antara yang pernah menjadi kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia ialah dengan fenomena lagu Cindai (lagu tradisional) yang sehingga kini menjadi lagu ‘hantu’ beliau. 


Ada banyak perkara yang boleh kita pelajari dari sudut pemasaran gaya dan ala CTDK, lima perkara yang saya nyatakan ini ialah yang mana kita semua boleh belajar bagaimana ikon ini menjadi ikutan masyarakat hari ini:


i)                  Konsisten – CTDK sangat konsisten dalam melakukan perkara yang diminatinya. Jika pada tahun 1995, beliau sudah menyebut yang beliau suka menyanyi, memasak dan pernah menanam hajat menjadi seorang polis, begitulah beliau sekarang. Beliau sangat konsisten dengan apa yang beliau sukai.

Ada beberapa situasi CTDK menunjukkan kekuasaan vokalnya dengan menyanyikan lagu berat, pernah suatu ketika dulu CTDK telah membuat persembahan di satu anugerah di Singapura dengan menyanyikan lagu Amy Search, walaupun ketika itu berlaku sedikit masalah teknikal yang melibatkan mikrofon, CTDK tetap relaks, kool, konsisten dalam memberi persembahan yang sangat hebat.

Dalam konteks konsisten juga, CTDK tak penah mengalah dengan mencuba dan mengikut rentak dan alunan muzik-muzik baru, lihat sahaja semasa Malaysia digegarkan dengan alunan world music, CTDK lantas mengeluarkan single Lagu Rindu yang dikeluarkan pada tahun 2005. Kelunakan suara CTDK yang tidak asing lagi menjadikan world music pada waktu itu sungguh meriah.

ii)                   Kekuatan Album dan Pemilihan Lagu – Walaupun (mungkin) saya sendiri tidak membaca mengenai ini, tetapi gaya lantunan semua music dan alunan seni setiap lirik dan tempo lagu-lagu CTDK tidak pernah mengecewakan. Beliau menggunakan suaranya sebagai asset paling berharga yang mana setiap lagu yang dipasarkan di corong-corong radio bakal menjadi halwa telinga hampir seluruh rakyat Malaysia.

Suara beliau yang sudah lunak digabungkan dengan elemen music, lirik yang indah-indah dan ketepatan tempo menyebabkan CTDK terus sahaja diminati oleh segenap lapisan masyarakat.Pada tahun 2009, CTDK telah mengeluarkan album ketuhanan yang berjudul Tahajjud Cinta yang mempunyai variasi lagu-lagu yang mendekatkan kita pada Tuhan. Keseronokan mendengar kelunakan CTDK pada waktu itu memang tidak perlu dipertikai, pada waktu ini juga, ramai yang sudah bermohon dan berdoa yang beliau akan bertudung sedikit masa lagi.

iii)                 Kekuatan Sosial. – CTDK mempunyai aura yang sangat hebat. Figura ini terkenal dengan keprihatinan dalam apa sahaja masalah sosial yang pernah dialami dan menjadi duri dikalangan masyarakat. Beliau juga pernah menyampaikan sebuah lagu yang ditujukan kepada golongan yang pernah terlibat dalam kancah dadah.

Perkara sebegini memperlihatkan kekuatan CTDK dalam arus media bukan sahaja sebagai figura yang hanya memasarkan seni suara, tetapi membawa peribadinya sendiri ke hadapan. Beliau sangat utuh dan teguh dengan menjaga hati masyarakat dengan mengambil berat masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh segenap lapisan masyarakat.

iv)                 Berani mencuba. – Sifat ini tidak ramai yang ada. Malah pada suatu ketika dahulu yang mempunyai sifat begini ialah Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Kesamaan kedua-dua individu ini sangat ketara dengan tidak pernah berhenti mencuba mana-mana lagu berat dan genre baru yang sedang hit di pasaran.

Jika lihat persembahan CTDK pada Anugerah Juara Lagu, 2010 yang mana CTDK membawa lagu yang berjudul Lagu Untukmu bersama Azlan Typewriter yang mana sungguh memukau hadirin sama ada di rumah ataupun di pentas utama ketika itu. Jika dilihat, CTDK tidak pernah mendapat keyakinan kita semua untuk membawa lagu rock kerana suaranya yang cukup lembut dan sungguh bersantun, tetapi malam itu beliau memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia.

v)                  Keperibadian tinggi. – Setiap kali digasak dengan pertanyaan populis atau mahukan gossip ‘rating’ tinggi, beliau sentiasa mengambil pendekatan ‘tiga saat’. Tiga saat ini diperlukan untuk beliau berfikir dan mengambil jalan paling bertenang untuk menjawab apa sahaja soalan yang datang dari para wartawan. 

CTDK dilihat sangat matang berada dihadapan soalan-soalan yang sensitive malah boleh mengguris hatinya sendiri. Tetapi kematangan yang kerendahan budi yang beliau ada menyebabkan wartawan juga amat menyantuni beliau. Lihat sahaja mana-mana video yang memaparkan mana-mana sesi soal jawab bersama beliau, beliau akan mengambil masa beberapa saat untuk berfikir sebelum menjawab soalan-soalan tersebut, itulah ‘tiga saat’ emas yang dipraktikkan oleh beliau untuk memasarkan diri secara tidak sengaja kepada umum.


Lima perkara ini kita boleh belajar dengan baik. Malah, dalam dunia pemasaran hari ini, ikon-ikon seperti ini sememangnya dikejar-kejar oleh peminat dari beberapa aspek. Antaranya mereka mahu membeli album, ada juga yang mahu CTDK berada dihadapan mereka untuk mendapat persembahan secara live, dan kami pula mahu belajar bagaimana ikon hebat ini menjadi kekaguman seluruh para usahawan yang mahu membina empayar perniagaan seperti beliau. 


Buat para blogger, juga mana-mana rakan lain yang sukakan kisah sensasi, ambillah pendekatan yang baik dalam menyampaikan perkara yang baik-baik. Saya bukan fan CTDK, tetapi ada banyak perkara yang boleh kita pelajari dalam dunia blog juga dunia perniagaan hari ini.


Sememangnya CTDK mungkin tidak sempat untuk membaca penulisan ini, tetapi saya amat berharap mana-mana rakan niaga yang lain dapat memberi perhatian sewajarnya dalam mana kita belajar bagaimana mahu membina empayar dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang kita sendiri ada.


Kekuatan CTDK ialah keluarganya, Pengurusnya, Suaminya, malah semua peminatnya. Maka, dunia pemasaran beliau memang nampak mudah, tetapi beliau sebenarnya sudah menyemai lima perkara diatas untuk membina SimplySiti yang sudahpun melebar jauh keseluruh negara.


Tahniah CTDK, Kesayangan Rakyat Malaysia.

Terima kasih. Wassalam.

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)