Khamis, 25 Jun 2015

3 Jenis Seleksi Pizza


Antara masakan barat yang disukai oleh anak-anak kita ialah pizza. Betul kan? Anak saya juga begitu, yang sebenarnya menyediakan pizza ini cabarannya ialah semasa menyediakan doh. Kawan-kawan boleh tukarkan doh ini kepada roti gardinea, capati, parata, atau mana-mana jenis roti yang siap sedia dijual di mana-mana kedai. Kemudian hanya perlu sapukan sos dan letakkan bahan-bahan yang kita gemari, bakar sekejap bersama keju, aha sudah siap. Mudah kan? Baiklah, hari ini saya akan kongsikan cara menyediakan doh pizza juga beberapa seleksi pizza kegemaran kami sekeluarga.

Bahan-Bahan Doh Pizza

500gm tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 cawan air suam
1 cawan minyak masak
2 sudu  gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil penaik roti (bread improver)

Cara-caranya ialah:

Dengan menggunakan mangkuk yang agak besar, masukkan bahan basah terlebih dahulu (air dan minyak) kemudian diikuti dengan gula, garam dan tepung. Masukkan yis dan bread improver. (Boleh juga masukkan air yis ke dalam air suam dan biarkan sekitar 10 minit dan masukkan kembali ke dalam mangkuk). 

Kemudian gaul rata sehingga mendapat adunan doh yang sebenar. Cara nak mengetahui doh itu sudah jadi atau tidak ialah, ia tidak melekat di tangan kita dan kita mudah untuk canaikan. Jika masih lembik, tambahkan sedikit demi sedikit tepung. 

Kemudian biarkan doh di dalam mangkuk tersebut dan tutup dengan kain bersih yang dibasahkan. Biar lebih kurang setengah jam. 

Selepas itu, ambil doh tadi dan canaikan mengikut size dulang pizza. Ikut suka hati mahu tebal yang bagaimana.Untuk adunan 500gm tepung ini, biasanya boleh mendapat 3-5 pizza berukuran 9 inci.




Bahan-bahan topping pizza sosej dan cendawan.

1 tin cendawan butang
3-5 batang sosej ayam ayamas
1/2 biji lada benggali
sedikit nanas
1 cawan sayur campur (kacang pis, jagung dan lobak merah)
1 cawan sos tomato
1/2 cawan keju mozarella
1/2 cawan keju parmesan

Cara-caranya ialah:

Sapu rata sos tomato di atas doh pizza, kemudian taburkan separuh keju parmesan. Kemudian cincang cendawan dan sosej dan taburkan diatas doh, kemudian taburkan juga lada benggala dan nanas. Taburkan sekali lagi keju parmesan dan diikuti keju mozarella. Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit dengan suhu 180'. Sudah siap masak semasa panas-panas, paipkan mayonis. Sedia untuk dihidang.


Bahan-Bahan Untuk Pizza Ikan dan Nanas

1 cawan isi ikan yang telah dimasak (rebus) - Saya guna ikan kembung.
1 cawan sos tomato
1 cawan isi nanas yang separuh masak
1/2 cawan keju mozarella
1/2 cawan keju parmesan
1 biji lada benggala
1 buku bawang besar holland

Cara-caranya ialah:

Cincang halus bawang besar, lada benggala dan nanas dan ketepikan. Kemudian sapukan sos tomato diatas doh yang telah dicanai, kemudian taburkan sedikit keju parmesan. Kemudian taburkan bawang dan isi ikan. Kemudian taburkan sedikit lagi keju parmesan dan diikuti dengan lada benggala, isi nanas dan keju mozarella. Bakar dengan suhu 180' selama 20-25 minit. Sudah masak, paipkan sos cili diatasnya.


Bahan-bahan untuk Pizza Kaya dan Pisang

1 cawan gula perang
5-7 biji pisang berangan yang sudah masak ranum
1 cawan kaya pandan
1 cawan gula aising
1/2 cawan keju mozarella

Cara-caranya ialah:

Sapukan kaya pandan ke seluruh doh yang telah dicanaikan. Kemudian taburkan gula perang ke atas doh. Kemudian diikuti dengan keju morazella dan pisang. Pastikan semuanya rata. Bakar dengan suhu 180' selama 20-25 minit. Sudah siap, taburkan gula aising menggunakan tapis diatas pizza. Siap.

Selamat mencuba kawan-kawan!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)