Selasa, 23 Jun 2015

10 Tips Juadah Mudah Untuk Sahur Tetapi Kenyang


Ada banyak jenis masakan yang menjadi idaman sewaktu sahur. Tetapi masa sentiasa mencemburui malah kepenatan seharian bekerja dengan berkejar-kejar menyiapkan berbuka, kemudian bertarawih dan menguruskan rumah tangga kadang-kadang sampai tak terkejar mahu menyediakan juadah sahur. Ada beberapa perkara yang amat mudah untuk dibuat, antaranya ialah:

1. Masak agak lebih semasa berbuka dan kemudian simpan untuk dimakan semasa bersahur. Ini sangat praktikal kerana mengelak berlakunya kepenatan untuk menyediakan juadah sahur.

2. Jika ada nasi yang lebih, selepas bertarawih terus sahaja goreng dan simpan di dalam periuk nasi. Biarkan bertutup sehingga waktu sahur dan panaskan.

3. Sediakan sambal yang telah dibuat lebih awal kemudian isi dalam balang, jika mahu bersahur, ceduk sahaja.

4. Cari serunding, dan gunakannya sebagai lauk untuk bersahur.

5. Goreng telur dadar disamping dimakan bersama nasi panas dan sambal yang telah disediakan lebih awal.

6. Goreng ikan atau ayam kemudian simpankan dan esoknya semasa mahu menyediakan juadah sahur, hanya perlu tuang sos / sambal yang telah dibuat lebih awal.

7. Memasak sambal hancur sardin. Gunakan teknik membuat sambal, kemudian masukkan sardin dan hancur-hancurkan, cuba makan bersama nasi panas, bertambah-tambah!

8. Sediakan oat dan buah-buahan - Ambil 1 balang bersize balang nescafe, letakkan 1 cawan oat, kemudian masukkan 1/2 cawan susu segar, buah-buahan dan 1 sudu kecil madu. Simpan dalam peti sejuk dan makan semasa sahur. Kenyang!

9. Buat sandwich dengan kepingan daging berger, daun salad, tomato, kepingan keju cheddar, timun dan sos.

10. Sediakan oat bars dengan kurma. - ambil 3 cawan oat, kemudian cairkan 3-5 sudu besar mentega kacang dan gaulkan bersama dengan kekacang, kurma yang telah dicincang dan kismis. Letakkan di dalam bekas dan tekankan supaya padat. Simpan dalam peti ais dan makan semasa bersahur. Sedap dan kenyang.

aha, senang kan? tetapi tak akan kita mahu makan perkara yang sama setiap hari? Jadi kalian juga perlu kreatif dalam menyediakan juadah berbuka, supaya sahur nanti tidaklah bosan dengan lauk yang sama setiap hari. 

Khairul Hakimin. Muhammad. 
Abuain Kitchen Studio

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)