Isnin, 18 Mei 2015

Roti Kacang Merah





Kebetulan isteri perlu menyiapkan kek lobak merah tempahan rakan pejabat, saya pun buatkan minum petang untuknya. Kami berdua memang kaki makan roti panas-panas dengan kopi. Subhanallah macam baru kahwin, menikmati minum petang bersama di studio tatkala itu pula hujan turun, he he he. Waduh jangan difikir yang bukan-bukan. Kami pun menyambung menyiapkan tempahan. He he he.

Yang sebenarnya kami sekarang agak kurang menerima tempahan, memberi fokus kepada kelas-kelas yang diadakan. Jika ada tempahan, hanya datang dari keluarga dan kenalan rapat sahaja. Alhamdulillah.

Baiklah, bagi roti kacang merah dan roti kaya (esok resipinya) saya sediakan dengan resipi mudah ini. Resipi ini saya ambil dari isteri saya, saya tak pasti dia ambil dari mana. Cuma saya olah sedikit untuk rasa lebih manis. 

Bahan-bahannya ialah:

500gm tepung gandum
50ml minyak masak
1 paket yis mauripan
3 sudu besar gula
1 sudu kecil 'bread improver'
250ml air
(saya tidak guna garam kerana Nurul 'Ain masih tidak boleh makanan masin, jika kalian mahu boleh masukkan 1 sudu kecil).

Inti kacang merah beli di kedai bakeri.
1 biji telur kuning (dipukul) untuk disapu diatas roti.
Sedikit bijan.

Cara-caranya ialah:

Gunakan mangkuk yang agak besar, masukkan bahan cecair dahulu seperti minyak masak dan air. Kemudian masukkan tepung gandum, gula dan bread improver, gaulkan menggunakan senduk terlebih dahulu, kemudian masukkan yis. Baru gaul dengan tangan. Adunan akan menjadi melekit pada awalnya dan teruskan menguli sehingga adunan menjadi cantik dan tidak melekat di jari.

Kemudian biarkan adunan dalam bekas tersebut dan di sapu dengan 1 sudu besar minyak masak dan ditutup dengan kain basah. Biarkan selama 20-30 minit.

Buka penutup kain basah tersebut dan kembali menguli di atas meja. Gunakan penggelek untuk menorak adunan. 

Jika mahu buat seperti ban, bulatkan sebesar piring cawan, sapukan sedikit air di atas adunan yang telah di torak dan baru letakkan inti kacang merah (lebih kurang 1 sudu besar - ha ha ha suka sangat inti kacang merah). Kemudian bulat-bulatkan.

Jika mahu buat seperti hirisan diatas pula, isikan inti seperti meletakkan jem diroti, kemudian gulung dan buatkan bentuk separa bulatan. Ambil pisau dan hiris, jangan sampai terputus pula.

Sapu telur kuning diatas semua roti dan taburkan sedikit bijan.

Bakar dengan suhu 180' selama 20 minit. Sedia untuk dihidang bersama kopi panas atau teh o panas. Subhanallah sedapnya!

Selamat mencuba!.

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)