Sabtu, 16 Mei 2015

Mudahnya Memasak Rendang Dendeng dan Rendang Minang



Aha, sejak ada Pes Salwa ini, saya memang rasa tersangat mudah untuk memasak hidangan yang sedap-sedap. Nyata Pes ini sangat bermutu tinggi kerana saya sudah cuba beberapa jenis masakan, dan ia memang menjadi. Alhamdulillah.

Jika dahulu mahu menyediakan Dendeng atau Rendang Minang memang agak mencabar. Lebih-lebih lagi jika mahu sediakan kepada kaum keluarga yang memang tahap sifu memasak semua juadah ini. Jika kalian adalah ibu-ibu yang memang sibuk tetapi suami nak juga masakan dari tangan kalian, maka inilah jawapannya. Memang bagus dan sedap!

Bahan-bahannya ialah:

1 kilogram daging lembu / kerbau
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
8 sudu besar kicap pekat manis (untuk tumisan)
5 sudu besar kicap pekat manis (untuk gorengan)
2 batang cili merah
250gm Pes Rendang Salwa
1 cawan air

Cara-caranya ialah:

Daging dipotong senipis 1/2 centimeter setiap satu kemudian bersihkan dan toskan.  Rebus daging sehingga separa empuk. Toskan. Kemudian ketuk daging supaya kelihatan agak leper. Kemudian gaulkan daging bersama dengan 5 sudu besar kicap pekat manis.  Goreng dalam minyak panas sehingga betul-betul empuk.

Racik halus bawang besar dan bawang putih, kemudian ketuk halia dan serai. Tumiskan bawang besar dan bawang putih kemudian dimasukkan Pes Rendang Salwa sehingga naik bau baru dimasukkan kicap pekat manis dan cili merah.

Kemudian masukkan halia dan serai dan masukkan daging. Kacau sebati sehingga daging  dan bahan lain sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit jika terlalu pekat. Kacau sehingga daging empuk dan sedia untuk dihidang. 

Bagi Resipi Rendang Minang pula ialah:

Bahan-bahannya ialah:

1 kilogram daging lembu / kerbau
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
3 inci kunyit hidup
20 biji cili padi
250gm Pes Rendang Salwa
1 cawan air

Cara-caranya ialah:

Racik halus bawang besar dan bawang putih, Tumiskan bawang besar dan bawang putih kemudian dimasukkan Pes Rendang Salwa sehingga naik bau baru dimasukkan kicap pekat manis dan cili merah.

Kemudian masukkan halia, kunyit hidup, cili padi yang telah  ditumbuk dan serai dan masukkan daging. Kacau sebati sehingga      daging  dan bahan lain sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit jika terlalu pekat. Kacau sehingga daging empuk dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba! Jika kalian mahu mendapatkan Pes Rendang Salwa ini, terus klik disini


Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)