Jumaat, 22 Mei 2015

10 Fakta Lelaki Yang Suka Dapur


Mutakhir ini semakin ramai lelaki yang mahu mendedahkan diri dalam dunia kulinari. Seperti biasa di Malaysia, perkara ini menjadi semakin seimbang antara positif dan negatif dalam hal penerimaan netizen juga seluruh masyarakat. Antaranya sebab dunia memasak dan dunia dapur ini semakin mendapat perhatian kaum lelaki malah yang sudah menjadi suami ialah kerana dapat menenangkan diri selepas seharian bekerja. 

Rata-rata semua lelaki di Malaysia sama ada yang masih belajar atau pun sudah bekerja melalui hari 'stress' yang panjang, oleh itu mereka mahu masuk ke dapur untuk menenteramkan jiwa dengan terapi masakan dan makanan. Berikut adalah 10 fakta yang dilalui oleh Pengasas Abuain Kitchen Studio (seorang lelaki yang kacak juga suami orang).

1. Biasanya lelaki yang suka memasak ialah lelaki yang tahu membeli belah di pasar. Tahu jenis ikan, jenis ayam, kualiti bahan mentah, jenis sayur dan rempah dan sangat senang untuk diminta bantuan membeli belah di pasar. Bakal isteri, 'take note' untuk cari jodoh seperti lelaki ini.

2. Lelaki yang suka memasak juga ialah lelaki yang sukakan kebersihan. Rata-rata mereka ini akan menyediakan juadah yang sangat bersih untuk diri sendiri. Jika diminta oleh anak-anak ataupun rakan-rakan, mereka akan menyediakan dengan sebersih mungkin. 

3. Sifat orang lelaki memang sukakan ke-enakan dalam masakan, tetapi mereka ini juga seorang yang suka menjaga isi perut ahli keluarga (bertanggungjawab). Oleh yang demikian, mereka akan memasak mengikut siapa yang akan menjamah masaan tersebut. Bukannya tunas rasa diri sendiri.

4. Lelaki yang suka ke dapur sudah semestinya lelaki yang romantik dan penyayang. Mereka ini sudah pasti sangat suka bekerjasama dengan isteri untuk membantu menyiapkan hidangan kegemaran masing-masing. Malah, waktu inilah mereka dapat bergosip tentang kehidupan anak-anak.

5. Selain itu juga, lelaki jenis ini ialah mereka yang sukakan kekemasan. Rata-rata mereka akan membantu menyusun bahan mentah, rempah ratus dan bahan-bahan lain dengan keadaan tersusun dan mudah untuk diambil. Isteri dan ahli keluarga pasti seronok.

6. Lebih cepat memasak. Rata-rata orang lelaki yang sukakan dapur boleh memasak dengan sangat cepat. Malah, mereka ini yakin dan percaya masakan mereka itu sedap dan boleh diterima oleh ahli keluarga. Lebih-lebih lagi jika anak memberi pujian, cepatnya abah masak! sedap pula itu!

7. Suka mencuba masakan baru. Lelaki yang sukakan dapur juga tidak kisah malah sangat berani mencuba masakan baru yang dijumpai dalam buku resipi. Mereka ini meletakkan segala percubaan itu sebagai cabaran baru dalam dunia masakan.

8. Lelaki jenis ini juga sangat boleh diharap. Jika isteri kesibukan dan lelaki jenis ini yang perlu menjaga anak, maka kalian diharapkan tidak risau kerana pastinya anak-anak tidak akan kelaparan.

9. Isteri atau emak juga tidak akan risau kerana lelaki jenis ini pandai menjaga diri sendiri. Biasanya mereka sangat pandai berjimat cermat kerana suka memasak masakan sendiri dari membeli makanan di luar.

10. Lelaki jenis ini juga sangat penyabar dan tidak memilih, mereka boleh makan apa sahaja yang dimasak oleh orang lain terutama isteri mereka sendiri. Kerana mereka tahu kesusahan memasak di dapur, jadi menghargai isteri yang memasak ini sudah menjadi suatu kepuasan kepada suami. Syurga untukmu wahai isteri. 

10 Fakta ini adalah kepada lelaki yang sukakan dapur. Jika kalian antara yang masuk dapur, buka peti ais dan ambil makanan kemudian masak meggi dan bersepah-sepah, mereka ini bukan suka dapur, tetapi suka makan. Ha ada beza.

Kepada lelaki yang suka dapur, saya ucapkan tahniah. Yang tidak suka, tetapi suka  makan, juga saya ucapkan tahniah. Selagi anda boleh makan makanan yang keluar dari dapur, maka anda tetap terbaik. Setiap manusia diberi kelebihan berbeza yang mana semuanya boleh mencantikkan perjalanan kita untuk menuju syurga.

Berbeza boleh jadi kita makin suka, makin cinta, makin belajar menerima antara satu sama lain. Insya-Allah. 

Sekian dari lelaki yang suka dapur.

Terima kasih.

Wassalam.

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)