Khamis, 23 April 2015

Lamb Stew (Stu Kambing)




Sebut sahaja kambing, terus terfikir sama ada bakar atau kari, kan? Atau sup kambing, slrruuuppp. Subhanallah sedapnya. He he he, saya sengaja menyiapkan stew kali ini kerana saya sendiri merasakan sudah lama tidak menjamah kemasaman stew bersama daging kambing. Aroma dan rasanya yang cukup berbeza berbanding stew daging lembu. Subhanallah sedap jangan ceritalah. He he he. 

Menyiapkannya agak lama dan leceh, malah ada beberapa bahan yang agak sukar didapati di kedai runcit biasa. Tetapi jika kalian memang biasa memasak masakan barat seperti ini, bahan-bahannya tentu sudah ada di kabinet dapur masing-masing.

Bahan-bahan bagi stew ini ialah:

1 kilo daging kambing (bercampur dengan sedikit tulang kambing)
1 inci halia (digunakan hanya semasa membasuh kambing sahaja).
5 biji tomato
2 biji buah oren
2 batang lobak merah
5-7 biji kentang
2 batang saderi
250gm tomato puree
1 sudu kecil daun thyme
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk oregano
1 helai daun bay
1 biji perahan lemon
1 sudu besar gula merah
3-5 cawan air 
1-2 sudu kecil garam.

Cara-caranya ialah basuh kambing dengan halia yang diketuk (ramas-ramaskan daging bersama halia) kemudian bilas dan toskan.

Kemudian masukkan tomato puree, buah tomato yang telah dipotong empat diikuti dengan kambing. Gunakan api kecil supaya air kambing dapat keluar dengan baik. Kemudian masukkan 1 cawan air terlebih dahulu bersama dengan serbuk ketumbar, serbuk oregano dan daun thyme. Kacau sebati.

Ambil dua biji buah oren, sagat semua kulitnya dan masukkan ke dalam periuk kambing tadi. Perah ke dua-dua limau bersama buah lemon dan masukkan semua perahan ke dalam periuk. Kacau sebati. Kemudian besarkan sedikit api dan biarkan mendidih. 

Apabila sudah mendidih, masukkan daun saderi, lobak merah dan kentang. Kacau sebati dan masukkan daun bay bersama gula merah. Waktu ini biasanya akan timbul sedikit minyak dipermukaan masakan ini. Minyak tersebut adalah dari lelemak kambing. Biarkan sahaja dan terus kacau. Kecilkan semula api sehingga kentang masak baru dimasukkan garam (sekiranya semakin pekat, tambah  satu cawan air lagi).

Jika kentang sudah masak, tutup api kemudian masukkan dalam caserol atau periuk oven untuk dibakar di dalam oven selama satu jam dengan suhu 150'.

Jika sudah masak, keluarkan dan siap untuk dihidang bersama roti bakar yang di salut dengan sapuan bawang putih. Subhanallah. Sedapnya!.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad.
Abuain Kitchen Studio.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)