Ahad, 15 Mac 2015

Tips Mudah Berniaga Secara Online


Semalam saya sempat bersembang dengan seorang rakan yang sangat mahu berniaga. Seperti biasa, gaji zaman ini tidak ‘kena’ dengan perbelanjaan harian. Cara paling seronok mencari wang ialah dengan berniaga.

Saya kongsikan beberapa tips yang saya sendiri lakukan dan Alhamdulillah setakat ini ia amat berkesan. Sebagai contoh, pada tahun lepas saya cuba menulis e-book travel yang pertama, Tips Mengembara ke Krabi. Bagi orang yang langsung tidak popular,kawan di Facebook hanya ada sekitar 1,000 orang sahaja. Tetapi jualan e-book tersebut mencecah 800 naskah dalam tempoh kurang 2 minggu. Subhanallah. Hanya jual di Facebook dan Blog. Dan saya mula menyusun langkah supaya lebih teratur. Dan hasilnya juga Alhamdulillah sangat baik.

Baik kawan-kawan, saya mahu berkongsi serba sedikit pengetahuan saya mengenai etika dan kaedah menjual beli di laman maya. Begini,

i)                    Gunakan Bahasa Melayu dengan ejaan penuh dan bahasa yang tertib. Menggunakan Bahasa ibunda ini sangat-sangat digalakkan kerana ia menaikkan kredibiliti peniaga. Peniaga yang serius perlu ada kredibiliti dan kalian (juga saya) perlu beringat, menjalankan perniagaan di alam maya berbeza dengan alam reality.

Di alam realiti, kita berhadapan dengan pembeli. Pembeli wajar membuat keputusan barang apa mahu dibeli dan dimana kedainya. Tetapi di alam maya, semuanya tidak nampak, tidak tahu dan tidak sahih jualannya betul atau tidak. Tetapi menggunakan perkataan penuh akan memberi kepercayaan lebih kepada bakal pembeli.

ii)                   Tidak memujuk-mujuk pelanggan. Hanya beri maklumat dan fakta. Sebagai contoh, kita menjual Brownies Coklat dengan Mentega Kacang, Hanya beri ayat seperti dibawah:

Brownies Coklat dengan Mentega Kacang, diadun dengan coklat susu bersama walnut dan dibakar sehingga ada rasa  ‘chewy’. Satu bekas RM10, penghantaran RM6’.

Gunakan teknik ini di Instagram (pastikan sudah link ke Facebook). Dan lihat bagaimana jualan mencanak naik selepas itu.

Teknik mengambil gambar juga perlu ada pada semua peniaga. Mohon kalian tidak mengambil mudah dengan gambar yang diambil. Gunakan teknik asas ‘Rules of Third’. Gambar wajib ‘sharp’ dan se-eloknya gambar milik kita sendiri. (Saya sendiri kadang-kadang hanya gunakan gambar dari telefon bimbit).

iii)                 Buat undang-undang dengan hemah. Sebagai contoh: Penghantaran hanya pada rabu. Sms dan WhatsApp sahaja, semua barang yang di jual tidak boleh di tukar ganti. Semua undang-undang ini kita perlu semaikan dalam diri. Lihat kepada diri sendiri, adakah selesa dengan undang-undang ini jika kita mahu membuat belian barang secara ‘online’. Jika tidak, susunlah ayat dengan lebih baik supaya lebih hemah dan lebih hormat kepada pelanggan.

Jadi peniaga bukan menyebabkan kasta kita lebih tinggi. Jadi pelanggan pula bukan menjadikan kita raja.

Jika kesemua perkara di atas dibuat dengan baik. Maka perlu ada strategi untuk menyusun ‘post’ supaya tugas memasarkan produk lebih mudah dan senang untuk menarik perhatian para pelanggan.

i)                    ‘Post’ pada waktu yang kita sendiri suka lihat Facebook, Instagram, Blog. Sebagai contoh, kita sangat suka mengadap Facebook sebelum memulakan kerja. Kerja di pejabat bermula jam 8.00 pagi, maka buat posting 10-15 minit sebelum jam 8.00 pagi.

Antara waktu yang saya suka juga ialah pada 10.00 pagi (waktu rehat pertama pejabat). Maka buat posting pada waktu itu juga.

Kemudian pada 1.00 tengah hari, 5.30 petang dan selepas waktu solat isyak dan berakhir pada 10.00 malam.

ii)                   Pastikan ada ‘kedai’. Maksud kedai tersebut ialah Blog atau Web. Jika kita sudah gunakan platform Facebook dan Instagram sebagai ‘salesman’ maka Blog dan Web pula kita boleh jadikan sebagai kedai (atau dengan kata lebih mudah sebagai pusat rujukan produk).

iii)                 Tidak menjadi ‘salesman’ sepenuh masa. Jika kalian mahu kawan di Facebook dan Instagram yang mahukan produk-produk kita dibeli dengan baik. Maka jadilah ‘kawan’ bukan ‘salesman’ sepenuh masa. Jika kalian mahu beriklan dengan produk kalian, maka nisbah posting iklan dan kehidupan ialah 1:5 (I iklan, 5 posting kehidupan). Posting kehidupan bermaksud apa yang dibuat hari-hari, mengambil tahu dunia luar, memberi maklum balas kepada sesuatu isu.

iv)                 Tidak mengambil pusing hal-hal politik. Tidak sama sekali menyertai mana-mana kem politik di dalam posting facebook dan Instagram. Jika di alam realiti, silakan. Di dunia alam maya, kebanyakkan posting mengenai politik akan menyebabkan pergaduhan dan pertengkaran yang tiada penghujung. Elakkan.

v)                  Menjawab semua soalan dan memberi maklum balas di komen setiap posting sama ada cepat atau lambat. Sekiranya kita sedang sibuk, hanya ‘like’ komen-komen dan ambil masa luang untuk membalas satu demi satu. Bina hubungan baik antara kawan-kawan di mana-mana media sosial supaya ada ikatan cantik di situ.

vi)                 Tidak tag kawan-kawan dengan gambar iklan. Jika kalian ada kedai atau rumah, sukakah kalian jiran sebelah menampal poster di pagar rumah kalian? (elok pula cakap, tak suka sila untag). Wah sedapnya dia, sudah tampal di rumah orang, tuan rumah pula perlu bersihkan.

Kesemua ini saya sendiri telah lakukan. Alhamdulillah hasilnya sangat baik. Memang benar, kadang-kadang ada juga jualan tidak memberansangkan. Tetapi itu semua lumrah dunia perniagaan. Saya hanya berkongsi ilmu Allah ini moga-moga ada manfaatnya untuk kalian, jika menjadi, syukur Alhamdulillah. Jika tidak, cubalah lagi dan susun kembali satu demi satu. Lihat siapa kawan-kawan yang ada di dalam senarai rakan di facebook dan Instagram. Dari situ kita dapat lihat bagaimana produk boleh berjalan atau tidak.

Untuk berniaga memang tidak ada rehat waktu malam. Tidak ada juga hari rehat sabtu dan ahad. Semuanya perlu dijalankan dengan sebaik mungkin walaupun perniagaan sudah pun sangat baik. Jika sudah berjaya, tolong pula orang lain. Susun masa untuk bersama keluarga, bersama ibu ayah dan rakan-rakan dengan baik.

Susun juga untuk mengemaskini facebook dan Instagram supaya berguna kepada orang lain. Mahu kaya dunia juga kaya juga di hadapan Allah SWT nanti.

Masa kita susah, banyak-banyak bersabar.
Masa kita senang, banyak-banyak bersyukur.

Khairul Hakimin. Muhammad
Belajar Kongi ilmu Tuhan.




Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)