Jumaat, 27 Februari 2015

Tips Membuat Aduan



Tips Membuat Aduan

Kes 1.

Kami makan di sebuah café kek bertaraf ‘mahal’. Sesudah dua kali memesan minuman, minuman masih belum sampai. Masuk kali ke tiga, pelayan datang kepada kami mengatakan minuman tersebut tidak ada, dan kami menukar pilihan minuman. Kami bertanya mana pula kek? Jawabnya sekejap lagi.

30 minit berlalu, kek dan minuman masih belum sampai. Saya menuju ke kaunter dan bertanya kenapa makanan dan minuman kami belum sampai. Jawabnya kami kekurangan staf dan dia berharap saya bersabar.

Minuman pun sampai, tetapi yang sampai ialah minuman yang dikatakan tidak ada tersebut. Sekali lagi saya bertanya kepada kaunter apa yang terjadi. Pihaknya jawab, Encik Boleh Sabar Tak???!! Dengan nada marah.

Saya terus buat bayaran dan keluar.

Sampai di rumah, saya menghantar emel ke pusat (HQ) syarikat ini. Memaklumkan dengan terperinci kejadian seperti itu berlaku di café mereka yang bertaraf dunia. Saya amat-amat kesal dengan kejadian seperti itu dan amat berharap pihak mereka menyiasat dan memperbaiki perkhidmatan.

Belum cukup seminggu, saya dihubungi oleh mereka dan saya dihadiahkan kek dan bunga. Kes selesai dan tutup tanpa media dan media sosial. Dan kami juga selesa untuk pergi kembali ke sana.

Kes 2.

Jiran-jiran kerap kali bercakap mengenai longkang sumbat (saya juga). Oleh yang demikian banyaklah anasir tidak elok berlaku. Berlaku juga longkang yang punya air bersih bertakung, denggi pula merebak-rebak.

Rakan sekerja memaklumkan yang kita boleh membuat aduan kepada Majlis Perbandaran. Oleh yang demikian saya terus membuat aduan melalui online.

Aduan diterima kurang 24 jam, semua lorong yang punya longkang tersumbat dicuci bersih dan semua jiran seronok dengan tindakan mereka (Majlis Perbandaran).

Sekali lagi tidak guna media dan tidak guna media sosial. Guna jalan yang betul.

Kes 3.

Sedang enak makan nasi campur di sebuah kedai makan, tiba-tiba terjumpa plaster luka. Elok sahaja melekat di sebalik ayam goreng.

Saya cepat-cepat membawa pinggan ke kaunter dan memaklumkan kepada pemiliknya. Pemiliknya memohon maaf berkali-kali dan merayu supaya tidak dihebahkan. Saya tidak kata apa-apa cuma senyum kelat. Untuk ambil nasi baru juga sudah tidak ada selera. Saya pulang dengan berat hati yang amat sangat (nak sangat cerita di media sosial masa ini).

Tiba-tiba saya berfikir yang abang saya juga punya restoran di kampung. Saya juga dalam industry makanan. Banyak factor yang boleh menjadikan plaster tersebut ada di dalam pinggan.

1.       Tukang masak luka. Mungkin plasternya tercabut semasa menggoreng. Mereka jual lauk ayam, bukan plaster ayam. Mereka juga tidak mahu ada plaster dalam lauk ayam
2.       Mungkin juga ada sabotaj kepada tukang masak. Manalah tau mereka bergaduh-gaduh, salah seorang pekerja mensabotaj pekerja lain. Masalah dalaman la katakan.

Ha cukuplah beri dua kemungkinan. Lebih-lebih nanti jadi buruk sangka pula. Oleh yang demikian saya berfikir yang pemilik tadi sudah menerima teguran yang saya berikan. Saya juga diamkan diri dan berharap sangat-sangat perkara itu tidak lagi berlaku.

Dan saya juga berharap keluarga saya dan saya sendiri tidak diperlakukan begitu (dihebahkan ke media / media sosial).

Begini kawan-kawan,

Dalam seharian kehidupan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Courier tak sampai, air paip tiba-tiba hitam, sedang asyik menonton tiba-tiba eletrik tidak ada dan berbagai-bagai lagi musibah moden yang kita terima.

Sebelum bertindak, fikir dahulu bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan dengan baik. Boleh dikatakan semua syarikat menyediakan khidmat pelanggan. Tanya dahulu baik-baik sebelum mahu marah.

Begini:

i)                    Dalam membuat aduan, jangan dahulukan perasaan. Dahulukan ilmu dan pengetahuan. Jika didahulukan perasaan, bimbang-bimbang akan berlaku perkara tidak baik kepada yang di adu. Niat asalnya ialah untuk memaklumkan kesilapan / kesalahan yang dibuat. Bukan untuk menghancurkan terus mereka.

Kadang-kadang kita merasa kita adalah pelanggan, oleh yang demikian, kita adalah raja yang bertakhta kepada peniaga. Perlu beringat yang kita juga manusia yang ada agama. Agama kita tidak mengajar untuk kurang ajar sekiranya kita berhadapan dengan masalah sebegini.

ii)                   Bertenang dan relaks. Ambil nafas panjang dan beredar. Jika perlu terus membuat aduan kepada pemilik, terus buat. Jika nampak situasi tidak mengizinkan, gunakan emel dan talian hayat yang lain. Banyak cara yang boleh dibuat tanpa perlu bertempur di medan peperangan.

Bayangkan, kita ada restoran sendiri. Kita sudah jaga kebersihan sana sini, segala-galanya terkawal. Tiba-tiba suatu hari ada seekor lipas dalam pinggan pelanggan. Adakah kita juga mahu pinggan dan papan tanda restoran kita terpampang di dada akhbar dan facebook? Tak mahu kan? Oleh yang demikian, buatlah tindakan bijak dalam memberi aduan.

iii)                 Memang benar, ada aduan yang memerlukan media seperti kes penipuan umrah, emas dan banyak lagi. Yang itu cerita bab lain, memang diperlukan keluasan media bertapak di minda pelanggan.

Fikir sebelum bertindak. Jangan cepat mahu dapat like dan komen beratus ribu semata-mata berjaya merakam detik kesusahan orang lain.

Orang berniaga tembikai, mahu tembikainya merah dan manis. Tetapi dalam 100 biji yang diniagakan ada 1 biji yang masam dan berwarna pink panter, elok pula orang itu upload di facebook dan habislah perniagaannya. Kasihannya beliau.

Orang berniaga makan memang mahu berniaga makan, bukan menjual lauk lalat. Jika sampai musim banyak lalat, tak usah ke kedainya. Masaklah sendiri dan jangan pula memburuk-burukkan kata kotor dan sebagainya selagi tidak nampak dengan mata sendiri.

Ha begitulah.

Kita ada akal, fikir baik-baik. Zaman ini orang suka marah-marah, lepas tu malu tak sudah. Haih.

Sekian,

Wassalam.

Khairul,
Bukan Hero.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)