Khamis, 5 Februari 2015

Catatan Perjalanan ke Banda Aceh 2015 Bahagian 2




Keesokan harinya, kami menuju ke Perkuburan Syiah Kuala (Sebutannya SYAH, bukan SYIAH). Syiah Kuala ini adalah Ulama Besar Nusantara. Antara kuburan yang betul-betul menghadap pantai tetapi dengan kekuasaan Allah, tidak terkena bencana tsunami.

Selepas itu, kami menuju ke Gunongan. Tempat bersejarah bersatunya Putroe Phang dengan Sultan Iskandar Muda. Putroe Phang adalah Puteri Kerajaan Negeri Pahang, manakala Sultan Iskandar Muda adalah Sultan Banda Aceh. 

Gunongan adalah tempat permainan dan persiraman Putroe Phang kerana Sultan Iskandar bimbang dek kerana kesibukannya Putroe akan sunyi. Oleh sebab itu beliau membina tempat persiraman tersebut. 




Kemudian, kami di bawa ke Kapal di atas Rumah yang telah menyelamatkan 59 orang dan tersangkut di atas sebuah rumah semasa bencana ini berlaku.

Ada kisah yang sangat menarik tentang kapal ini. Pengemudi kapal ini sedang tidur, tetapi kapal ini telah pergi ke arah orang-orang yang melambai meminta pertolongan. Subhanallah!

Sedang semuanya telah berkumpul di atas kapal, dan segala hiruk pikuk telah pun berlalu, pengemudi kapal pun keluar dari biliknya dan terpelik-pelik kenapa ramai orang berada di atas kapalnya. Begitulah, kuasa Allah tiada tolok bandingnya.

Seterusnya kami ke rumah peninggalan Cut Nyak Dien, salah seorang pejuang yang telah melawan pihak Belanda di Banda Aceh. Pejuang ini diangkat kerana keberaniannya dan terus menerus memperjuangankan untuk menghancurkan Belanda. Boleh terus baca disini.





Rumah ini punya 25kaki lebar dan 55 kaki panjang yang mana menempatkan beberapa ruang yang sangat istimewa bagi Cut Nyak Dien. Rumah ini dijadikan markas para pejuangnya, malah perigi yang dibina di luar rumah juga dibangunkan dengan setinggi 10 kaki supaya tidak dapat diracuni oleh pihak Belanda.

Perjuangan dan nama Cut Nyak Dien terus mekar di Bumi Aceh dan sehingga kini beliau terus diangkat sebagai pejuang negara dan bangsa. 

Selepas sahaja mendengar penjelasan dari jurucakap mengenai rumah dan peninggalan Cut Nyak Dien, kami membeli beberapa kerepek dan makanan asli di sekitarnya, menarik! 




Kuih yang dipegang itu namanya kuih gula kelapa, rasanya seperti inti kuih koci. masya-Allah peminat kuih manis memang best! ha ha ha

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Masjid Rahmatullah di persisiran pantai Lampu'uk. Masjid ini adalah binaan kukuh yang satu-satunya terus utuh berdiri selepas pelanggaran air tsunami setinggi 22 meter. Hampir keseluruhan kampung ini terhapus terus malah kebanyakan keluarga terus hilang generasi dan tiada waris.

Kampung Lampu'uk antara kampung yang paling terjejas kerana kedudukannya yang paling hampir dengan pantai. Jurucakap kami bercerita yang mana Pantai Lampu'uk pernah menjadi antara pantai terbersih dan tercantik di Indonesia.  Akibat dari pelanggaran tsunami, ramai masyarakat berfikir ini akan mengubah terus kecantikan yang pernah ada di Pantai Lampu'uk, nyata kekuasaan Allah itu tiada tolok bandingannya. Sesudah semuanya surut, keadaan pantai masih sama! Masih kekal cantik dan tiada perubahan hingga ke hari ini. Subhanallah.









Kami sempat menikmati air kelapa yang bersize agak besar di pesisir pantai ini. Masya-Allah dengan sedikit perahan limau nipis dan tambahan air batu, rupanya rasa air kelapa bertambah-tambah segar.

Kembali mendengar cerita dari jurucakap kami mengenai Masjid Rahmatullah, Kerajaan Turki antara penyumbang terbesar dalam membaik pulih kampung dan masjid ini.


Gambar kecil di atas ini adalah Gambar Masjid Rahmatullah selepas dilanggar badai tsunami. Di ikutkan, sekitar sekeliling masjid ini dipenuhi dengan rumah penduduk kampung. Lihatlah bagaimana air tersebut membawa segalanya hilang terus. Dan lihat kembali pantai, warnanya terus juga kembali biru.

Walau bagaimanapun, ada juga yang masih terselamat dengan memanja pohon kelapa pada waktu kejadian. Lebih mengejutkan, kebanyakan anak-anak sekitar umur 5-12 tahun sempat melarikan diri ke bukit berhampiran dengan secara persendirian tanpa dibawa oleh sesiapapun.

Mengikut jurucakap kami, Tuhan memang sengaja membiarkan ada saksi keatas apa yang berlaku. Supaya peringatan ini kekal dalam kepala semua yang melihat.

Semasa peperangan antara Jakarta dan Aceh yang berlangsung hampir 30 tahun, setiap hari hampir 10 orang terbunuh. Tetapi hanya hampir 10 minit, Allah SWT telah mencabut lebih 280,000 nyawa. Kami menunaikan solat sunat di Masjid Rahmatullah, dengan sedikit peninggalan di belakang masjid untuk diperlihatkan betapa kuatnya pelanggaran air pada waktu itu, kami semua berdiam diri.

Usai sahaja solat, kami sama-sama membaca kisahtsunami  yang di pampang di sekitar belakang masjid. Masya-Allah tiada kuasa yang lebih kuat dari kuasaNya.

Kami meneruskan perjalanan ke Aceh Jaya untuk menyusuri kawasan pantai yang terjejas teruk oleh Tsunami. Sebelum itu sempat juga melalui kawasan sawah yang menghijau, juga pernah dibadai tsunami. Suasana dalam kereta kembali diam, masing-masing hanyut dalam duka nestapa masyarakat kampung yang hingga sekarang tidak mengetahui dimana kubur keluarga masing-masing.




Perancangan asal ialah mahu makan gulei kambing, tetapi semuanya kekenyangan dek penangan buah kelapa yang besar sungguh!. Oleh itu kami terus menyambung ekspedisi menaiki 3 gunung (menggunakan kereta ya, hi hi hi). Iaitu Gunung Paro, Gunung Luku dan Gunung Guerutee untuk melihat kebesaran Allah SWT.

Katanya di kawasan tersebut kita boleh mendapatkan pemandangan ala eropah. Ya sungguh! sesampainya kami, kami terpaki melihat keindahan alam ini. Kami semua tidak membawa sebarang baju untuk mandi manda, oleh yang demikian, kami tengok sahajalah. 



 Kami menuruni bukit ini dengan dengkuran semula jadi dalam kereta. Hinggakan boleh tidak sedar sudah sampai ke pusat bandar. hi hi hi. Kami dibawa ke Wong Solo untuk mendapatkan nasi ayam penyet, heh Malaysia juga sudah banyak, tetapi lapar punya fasal, terus sahaja sapu bersih.

Sesudah makan, terus sahaja solat di Masjid Raya Baiturrahman buat kesekian kalinya. Syahdu sungguh masjid ini. Ruangannya cukup bersih dan nyaman. Kawan-kawan, datanglah kesini dan solatlah. Seronok!

Selepas itu kami membeli sedikit cenderahati di pasar aceh, kemudian dibawa ke toko buku yang berdekatan. Macam biasa, buku adalah entiti wajib dalam pengembaraan saya.




Usai sahaja semua selesai membeli belah. Kami kembali lapar, apa lagi, mee acehlah jawabnya. Alhamdulillah, kami dibawa ke warung makan antara yang tersedap di sini. Masya-Allah mee nya memang sedap bak hang. Tak jumpa lagi di Malaysia. Sempat juga bertanya bagaimana pes dan rempah ini di buat dan di adukkan. Alhamdullillah insya-Allah nanti bolehla jamu keluarga pula ya di Malaysia.
















Mee ini di tumis sempurna dengan beberapa bumbu istimewa. Antara ramuannya ialah terdiri dari bawang aceh, cili aceh, kacang tanah, beberapa jenis sayuran dan sos.

Kita boleh memilih bahan mentah untuk dijadikan bahan penting dalam mee aceh ini. Saya memilih daging, manakala kawan-kawan yang lain memilih cumi-cumi (sotong) dan udang.

Kami menikmati hari terakhir di Aceh dengan menjamah Mee Aceh. Subhanallah. Malam itu, kami hanya berjalan kaki ke kedai kopi berhampiran, melepaskan ketagihan kopi aceh yang super sedap masya-Allah.

Dalam sedap-sedap makan, terpandang tulisan poster yang diletakkan di semua meja di kedai makan ini. Macam-macam jenis makan dari poster teh botol sostro! he he he



Esoknya berpagi-pagian ke lapangan terbang pulang ke Malaysia dengan penerbangan tambang murah terbaik dunia dari Malaysia, Airasia. Penerbangan AK422 sampai di Malaysia tepat pada waktunya dan kami kembali ke keluarga masing-masing. Alhamdulillah.

Jumpa lagi Banda Aceh, insya-Allah saya akan kembali. Destinasi pilihan insya-Allah.

Kembali ke Catatan Perjalanan Banda Aceh Bahagian 1

Khairul Hakimin. Muhammad,
Pengembara.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)