Rabu, 4 Februari 2015

Catatan Perjalanan ke Banda Aceh 2015 Bahagian 1


Sebut sahaja Banda Aceh, mesti terus terbayang Masjid Raya Baitulrahman kan? Keindahan senibina ini sungguh mengagumkan malah sesampai sahaja ke bandarnya, saya terpandang-pandang ke kiri dan kanan untuk melihat objek binaan manusia yang pernah di bakar oleh Belanda satu masa dulu.

Kami menaiki penerbangan AirAsia AK423 dari KLIA2 ke Banda Aceh. Penerbangan mengambil masa 1 jam setengah dengan cuaca yang sangat-sangat baik, Alhamdulillah. Oleh kerana penerbangan ini adalah pada waktu pagi, maka saya telah pun memesan sarapan, mee mamak. Sedap oi! He he he. Kakitangan dan krew penerbangan juga menjalankan tugas dengan baik sekali, malah penerbangan selama 1 jam ini di sulami dengan senyuman mereka yang manis-manis. hi hi hi.

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Muda, kami semua terus diberi borang 'Arrival' dan 'Departure'. Usai, terus sahaja ke kantor imigresen dan di cop oleh petugas. Kami di sambut oleh Ikbar, bekas pelajar Umm Qura dan Maahad Tahfiz di Hulu Kelang, suatu masa lalu. Memasuk perut kereta Suzuki Ertiga beliau sungguh mengasyikkan dengan alunan ayat suci Quran.

Kami terus di bawa ke perkuburan antara yang terbesar di Banda Aceh. Perkuburan ini menempatkan 46,718 jasad yang menjadi mangsa bencana Tsunami pada 26hb Disember 2004. Sesudah itu kami terus dibawa ke sekitar bandar untuk mengetahui beberapa tempat dan terus 'check in' bilik di Hotel Rumoh Palang Merah Indonesia.

Sesudah mengambil angin dan rehat sebentar, kami meneruskan perjalanan semula dengan berjalan kaki ke Masjid Baiturrahman. Oleh kerana pada hari jumaat, kami cuba untuk mendapatkan masa bersolat jumaat. Alhamdulillah, misi tercapai.






Sudah sahaja solat jumaat, kami terus berjalan ke Muzium Tsunami. Dengan panas terik kononlah ala backpackers kan, ambil terus sakit kaki dibuatnya. He he he. Sampai sahaja ke Muzium, masih tutup. Jumaat dibuka pada jam 2.30 petang. Waktu solat zohor di Banda Aceh ialah pada 12.30 tengah hari.

Kami pun mengambil peluang minum teh di dalam kawasan muzium, apa lagi! teruslah membuat pesanan teh botol sostro!


Sesudah sahaja minum, kawan-kawan meletakkan beg yang dibawa ke bahagian simpanan beg dan kami menuju ke dalam muzium. Saya terus ke kaunter dan bertanya sekiranya ada atau tidak jurucakap untuk kami mendapatkan info dan maklumat yang betul.

Tips jika anda ke muzium atau pusat sejarah, mendapatkan jurucakap adalah perkara wajib! Jika tidak, anda hanya akan jadi pelawat yang hanya sekadar datang lihat gambar dan alat yang terpampang tanpa dapat cerita dan perkisahan sebenar.

Wah garang pula cikgu. Baiklah, mari sambung cerita. Kami dibawa oleh  Jurucakap yang bernama Cik Puan Lestari (CPL) masuk ke dalam Muzium. Awal permulaan sahaja terus bertukar menjadi seribu satu perasaan, kami dibawa masuk ke lorong tsunami (lorong yang dibuat seakan-akan gelombang tsunami). Dengan percikan air dan laluan gelap, kami dapat menjiwai suasana pekik dan haru sewaktu berlaku bencana yang maha dasyat tersebut.

Sampai sahaja di hujung lorong, kami memasuki bahagian lohong yang bertulis lebih 3,000 nama mewakili lebih 500,000 orang yang terjejas akibat bencana besar ini. Di bahagian lohong itu pula terukir kemas kalimah ALLAH bagi memperingatkan tentang hubungan manusia dengan Allah adalah hubungan mutlak tanpa ada sebarang bantahan.





Sesudah itu, kami memasuki satu ruang yang mempunyai 29 monitor yang menunjukkan gambar-gambar semasa berlakunya tsunami.

Usai melihat gambar, dengan jiwa yang seribu satu perasaan sedih, kami dibawa melalui lorong bingung iaitu lorong yang dibina dengan beberapa keluk supaya kita dapat merasa kebingungan penduduk Banda Aceh semasa berlakunya tsunami.

Kami terus dibawa ke jambatan damai, yang mana menunjukkan secara simbolik acara kedamaian selepas berlakunya tsunami tiada lagi perang antara Aceh dan Jakarta. Semua senjata dikuburkan, malah semua bendera negara-negara di gantung di sebelah atas menandakan semua negara yang terlibat dalam menghantar bantuan ke Aceh selepas berlakunya tsunami. Malaysia juga ada.

Selepas itu kami di bawa ke bilik video untuk menyaksikan video yang pernah merakam bencana ini. Subhanallah, Allah sahaja yang mengetahui betapa dasyatnya bencana ini. Hampir semua menangisi nasib mereka yang terkorban.

Kami juga dibawa ke galeri gambar, galeri barangan dan peralatan yang musnah serta beberapa simulasi tsunami untuk tontonan dan menambah pengetahuan kami dalam aspek gegaran dan limpahan air. 

Kami sangat beruntung mendapat CPL sebagai jurucakap kami kerana beliau adalah salah seorang saksi hidup semasa kejadian tsunami berlaku. Pada waktu itu, beliau berada di rumah kakaknya. 

Gegaran pertama telah memeranjatkannya dan gegaran ke dua menyebabkan semua barangan dan rumah-rumah mula runtuh. 

Beliau melarikan diri ke luar dan abang iparnya menjerit supaya terus berlari ke rumah sebelah, waktu itu orang-orang sudah menjerit air laut naik! air laut naik! beliau tidak dapat berfikir dan terus naik ke rumah jiran ke tingkat 2. Air setinggi pokok kelapa menghempas ke pantai dan menuju laju ke bandar.

Dalam beberapa minit, terus ada mayat yang menimbul di permukaan air yang hitam pekat. Rupanya air tersebut sangat panas dan menyebabkan jasad yang terkena terus berubah rupa. Mereka menjerit-jerit meminta bantuan tiba-tiba datang seorang jejaka dan beberapa orang lagi bersama dengan mereka, berpaut pada rumah yang masih timbul.

Jejaka tersebut berdoa dan memohon supaya mereka yang seramai 22 orang tidak terkena limpahan air tersebut. Alhamdulillah, kejadian di hadapan mata CPL tidak akan beliau lupakan, air yang sepatutnya mengena mereka, beransur-ansur ke tepi dan tidak mengenai mereka langsung. Sehingga sekarang, CPL tidak kenal dengan jejaka tersebut.

Dengan air gelombang ke-dua, air panas tersebut mula bertenang dan tidak panas lagi. 

Mereka dapat keluar dari rumah tersebut dan mengharungi air tanpa sepatu. Kaki mereka terus tertujah dengan barangan tajam hingga luka teruk, mereka berjalan menuju ke Masjid Baitulrahman dan air pada waktu itu pada paras pinggang. Sampainya di sana mereka di Masjid kelaparan, mereka berdoa dan berzikir beramai-ramai dan tiba-tiba berbondong-bondong buah-buahan terapung-apung diatas air. Masya-Allah, mereka dapat makan buah-buahan tersebut sebelum di bawa ke atas bukit oleh askar-askar. 

Masya-Allah, mendengar cerita CPL buatkan kami menangis..

Selepas itu, kami terus ke Kapal PLTD Apung yang mana sebuah kapal besar yang boleh menjana eletrik kepada Banda Aceh sekiranya berlakunya terputus bekalan. Kapal ini mempunyai berat sebanyak 3,000 tan telah dibawa ke oleh air tsunami sejauh lebih 8km.



Di katakan, terdapat ratusan lagi jasad yang tertanam di bawah kapal ini. Oleh kerana tidak ada jalan untuk membawanya kembali ke laut, maka kapal ini dibiarkan dan dijadikan pusat pelancongan bagi memperingati bencana ini.

Terdapat 7 orang yang berada di kapal ini semasa berlakunya tsunami. 6 daripadanya telah terjun dan menyelamatkan diri, 3 daripadanya hidup, 3 daripadanya lagi meninggal dunia. Seorang lagi? ya seorang lagi masih hidup dan masih berada di atas kapal pada waktu tersebut kerana telah tidur semasa kejadian ini berlaku.

Malam itu kami cuba mahu keluar menikmati pemandangan malam Masjid Baitulrahman, tetapi hujan lebat. Akibatnya kami makan di warung sepuas-puasnya. Hujan berhenti barulah balik dan berehat.

Bersambung...

Khairul Hakimin. Muhammad
Pengembara.
instagram.com/kh4irulh4kimin


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)