Sabtu, 31 Januari 2015

Masala Ikan Original




Di Malaysia, masak Masala ini masih tidak berapa popular seperti masakan kari. Sebenarnya masakan ini lebih kurang sahaja dengan kari ikan, cuma rasanya sedikit manis disamping rasa rempah yang serba serbi cukup dan enak.

Masala ini lebih terkenal di beberapa daerah di India dan Pakistan. Malah, cara penyediaan mereka agak teliti berbanding cara memasak kari. Jom sama-sama kita ke dapur.

Bahan-bahannya ialah:

1 ekor Ikan Merah
3 Biji tomato segar
2 tangkai daun ketumbar
3 biji cili hijau (besar) 
2 tangkai daun kari
2 helai daun limau purut
1 biji bawang besar (di kisar)
2 ulas bawang putih (di kisar)
1 ulas bawang merah (di kisar)
1 inci halia  (di kisar)
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil halba
1 batang kayu manis
2 sudu besar air perahan asam jawa.
2 sudu besar rempah kari ikan

Bahan Rempah:
3 batang kayu manis.
1 sudu kecil biji sawi.
1 sudu biji halba.
3 sudu  biji ketumbar.
1 sudu besar Jintan Putih. 
2 sudu besar Jintan manis.
1/2 sudu kecil biji lada putih.
7 tangkai cili kering.
5 kuntum bunga cengkih.
1 sudu besar serbuk kunyit
1 inci halia tua

Cara-caranya ialah:

Dengan minyak yang sedikit (lebih kurang 3-5 sudu besar), tumis semua bahan rempah sehingga biji sawi, ketumbar dan halba meletup-letup. Kemudian angkat dan sejukkan sebentar dan terus kisar dengan air yang sedikit. Kisar sehalus yang boleh. Asingkan.

Kemudian, dengan kuali / periuk berasingan, tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar yang telah pun di kisar bersama dengan biji sawi, kayu manis dan halba. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan 2-3 sudu besar rempah dan terus tumiskan.

Masukkan air asam jawa yang telah di campurkan dengan rempah kari ikan dan masukkan air sedikit demi sedikit, jangan biarkan terlalu cair. Kemudian masukkan tomato yang telah dipotong empat, cili hijau, daun kari, daun limau purut yang telah diracik-racik. Akhir sekali masukkan ikan, biarkan ikan berada diatas dan jangan kacau (bimbang ikan akan hancur). Tutup periuk / kuali dalam 10-15 minit. Biasanya dalam tempoh itu ikan akan masak, lihat sekiranya terlalu pekat, tambah lagi sedikit air. Perasakan dengan garam. Boleh juga ditambah buah mangga / mempelam masam hijau sebagai tambahan. Memang sedap. 

Akhir sekali, racik halus daun ketumbar, dan tabur diatasnya. Enak sekali di makan dengan nasi panas, atau roti beserta dengan salad timun! Masya-Allah!

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad,
Abuain Kitchen Studio.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)