Rabu, 7 Januari 2015

Jadual Perjalanan Kuala Lumpur - Chiang Mai, 3 Hari 2 Malam


Chiang Mai adalah kota ke-2 terbesar di Thailand. Terletak di sebelah Utara dan asalnya ialah Kota Lama Lanathai yang didirikan oleh Raja Mengrai pada tahun 1296 yang menggantikan Chiang Rai sebagai ibu kota. Jika anda ke sana, anda masih boleh lihat tembok-tembok lama Kota Lama Lanathai di pesisir bandar. Boleh terus baca sejarah Chiang Mai disini ya.

Jika anda mahu ke Chiang Mai, penerbangan yang terus dari Kuala Lumpur ialah dari syarikat Airasia. Penerbangan mengambil masa 3 jam setengah. Anda boleh menyemak cuaca untuk ke Chiang Mai kerana pada beberapa waktu, Chiang Mai akan berada di cuaca sejuk yang menggamit suasana. Anda akan dapat menghirup udara segar dan bersih malah semua kawasan dihiasi dengan jualan buahan segar dari kawasan tanaman mereka. Subhanallah.

Waktu kami kesana cuaca 25' degree pada hari siang, dan 14' pada waktu malam. 

Di Chiang Mai juga terdapat dua rumpun Islam yang agak besar. Untuk mencari makanan halal tidaklah sesusah mana. Anda akan dapat lihat wajah Pakistan juga seakan masyarakat Cina di sini. Malah kedai makan India / Pakistan juga banyak!

 Hari Pertama

Ambil penerbangan dari KLIA2 ke Chiang Mai. Saya dan keluarga mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur jam 12 tengah hari. Sampai ke Chiang Mai lebih kurang 3pm (tambah tolak tambahan masa 1 jam). Kami terus 'check in' Hotel Romena. Hotel Romena ini adalah Hotel Muslim. Malah anda akan dapat lihat gambar beberapa tokoh muslim yang pernah menginap disini. Antaranya ialah Duta Malaysia ke Thailand, Dato Nazirah, Bekas Setiausaha Agung ASEAN, HE Dr. Surin Pitsuwan dan ramai lagi. Jadi jangan risau tentang penyediaan makanan untuk sarapan ya!

Harga penginapan ini ialah RM90/ 1 malam. Bilik besar yang dilengkapi dengan pendingin hawa, bilik mandi dengan pemanas, katil 'queen', peti ais, television dan beberapa palam pencucuh untuk mengecas telefon! ha penting kan. he he he.

Usai, kami terus ke Masjid Baan Haw di Kota Chiang Mai. Masjid ini dibina pada kurun ke-19 oleh Masyarakat Yunnan yang berpindah ke Chiang Mai. Jika anda ke masjid ini (solatlah dua rakaat) dan perhatikan senibinanya dan kemudahannya adalah seperti masjid di China. Kami sempat bertemu dengan imamnya dan bersembang seketika. (Imam boleh bercakap dialek Kelantan). Soalan pertama beliau ialah, Teruk banjir di Kelantan? Subhanallah. Mereka cukup mengenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.




Di Masjid ini juga anda akan dapat lihat beberapa rehal yang siap ada kerusi bagi mereka yang ingin mengaji Quran, dikatakan, itulah cara masyarakat China belajar.

Masjid ini terdapat beberapa ruang besar, termasuk dewan kuliah, dewan belajar malah tingkat atas sekali di bangunan sebelahnya mempunyai padang futsal! Masya-Allah!

Selepas itu kami terus ke Royal Park Rajapruek. Di taman yang punya keluasan 600 hektar ini dilengkapi dengan tram dan suasana yang sungguh memikat. Pihak berkuasa Thailand membina taman ini dengan pelbagai tarikan seperti membina taman kecil negara-negara luar di dalam taman ini. Disini kami sudah beli buah strawberry. Hi hi hi macamlah di Malaysia tak ada kan! hi hi hi. Kami berada disini hingga malam! Waktu itu sejuk jangan ceritalah! Orang duk kata macam Cameron Highland, jadi saya tidaklah bersedia dengan baju sejuk bagai. Sekali sejuknya Ya Allah! jauh beza dengan Cameron nak oiii!





Kemudian kami dibawa ke sebuah restoran Muslim yang sangat besar. Apa lagi, tom yam lah! Masakannya subhanallah sedap ya amat! Menariknya ialah kami juga dihidang dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang pastinya buat kami sekejap-sekejap terkebil-kebil. Hebat juga budaya mereka. he he he maaf tak ambil gambar sangat kali ini, asyik makan! ha ha ha


 

Hari ke-2

Kami keluar seawal 8.30 pagi untuk mendaki ke Gunung Doi Suthep. Tak silap, Doi itu bermaksud gunung. hi hi hi. Semasa menaiki gunung ini ada beberapa hentian untuk anda mengambil gambar, laluannya memang berbengkang bengkok, tetapi seronok dan best. Angin luar yang sejuk dengan panorama indah bandar Chiang Mai kelihatan jelas semasa dalam perjalanan.


Kami sampai di hentian akhir van-van dan kemudiannya kami perlu bertukar kenderaan. Bagi menaiki hingga ke puncak Doi Suthep, anda perlu menaiki pacuan 4 roda pula. Waktu ini wajah isteri saya bertukar biru. hi hi hi. 

Sampai sahaja di puncak, udaranya subhanallah sungguh nyaman! sungguh! rasa mahu menginap sahaja disini. Untuk pengetahuan kalian, mereka mengindahkan Doi Suthep dengan menanam sayuran yang menjadi punca pendapatan seperti taman! cantik dan menarik sekali! Tanaman popi juga banyak tau! hu hu hu patutlah 'golden triagle' ini menjadi sebutan setiap manusia! 

Selepas belajar beberapa jenis tanaman, kami pun mendapatkan kopi yang dibuat sendiri oleh peniaga diatas puncak. Masya-Allah dapat merasa kopi yang ditanam sendiri, kemudian dikisar secara manual dan dibancuh dengan air didih dan dihirup dalam suasana segar. Peh! sedap oi!








Kami sempat membeli beberapa cenderahati disini dan kembali ke Bandar Chiang Mai untuk makan tengah hari. Kami makan di sebuah restoran India / Pakistan di sini. Sedap sungguh aroma rempahnya. Walaupun saya fikir mereka ini akan menggunakan seminima mungkin rempah-rempah, rupanya tidak! Langsung tidak! Mereka masak original seperti saya pernah ke India, malah menunya juga tetap ada Ghulab Jamun! Subhanallah! Sedap! Dan seperti biasa juga, walaupun ke kedai masakan India, tom yam tetap ada! ha ha ha




Sebelah petangnya kami menghabiskan masa dengan menziarah gajah-gajah Thailand. Hasrat tidak mahu menunggang haiwan darat terbesar dunia ini kerana banyak pesanan mengenai cangkuk yang digunakan oleh pemilik gajah untuk menjinakkannya itu mencederakan mereka. Kasihan.

Tetapi kawan kami telah pun membuat pesanan untuk menaiki gajah ini, dan saya pun mencubalah! Alhamdulillah kali ini tidak setakut di India, kerana di Chiang Mai ini siap ada kerusi di atas Gajah! Semasa menaiki gajah tersebut saya sempat bertanya kenapa cangkuk tersebut digunakan, tidak sakit kah? Jawapan beliau ialah tidak sakit. Gajah punya kulit yang tebal. Saya tanya lagi, habis tu kenapa ada parut? Beliau diam seketika dan jawab, this elephant is my family, if one time she angry, i will punish her. Terus saya diam. Alamak.

Di taman Gajah ini terdapat 71 ekor gajah asia yang sangat jinak. Lebih kurang 20-30 ekor gajah sudah pun direhatkan untuk membuat persembahan dan menjadi pengangkutan pelancong kerana sudah tua. Kesemua gajah ini pernah bekerja mengangkat kayu balak untuk dihanyutkan ke sungai satu masa dahulu. Oleh yang demikian banyak gajah terdapat parut besar di sekeliling leher mereka kerana diikat dengan tali besi bagi menarik kayu-kayu balak tersebut.

Lihat wajah gajah ini kasihan pun ada. Entahlah.

Selepas itu kami sempat melihat persembahan beberapa ekor monyet. Bijak pula monyet thai ni, siap ada angkat berat, main basikal, main bola, cium dan salam orang (ewww). huhu. 

Selepas itu, kami sempat singgah ke sebuah perkampungan orang asli (long neck). Perkampungan ini terdiri dari beberapa buah keluarga yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Leher mereka panjang oi. Rupanya ada sejarah yang tersendiri.

Asalnya mereka memakai gulungan besi seberat 300gm-1kg setiap 1 gulungan di leher masing-masing (wanita) pada seusia 5 tahun adalah kerana untuk mengelak dari di gigit binatang buas semasa duduk di dalam hutan. Kalungan besi ini akan ditambah satu demi satu dan tidak boleh ditanggal lagi. Masya-Allah. Disini juga anda boleh beli cenderahati. Nurul 'Ain sangat sukakan perkampungan ini kerana ada ayam! wakakaka! Kerja beliau ialah mengejar semua ayam-ayam yang ada. ha ha ha.

Sebelah malamnya, kami sempat ke Night Safari, buat pertama kali dalam hidup saya, saya jadi panik nak mati di hadapan binatang-binatang ini. Mana taknya, saya ingatkan mereka ini masih di dalam kandang! Tidak! Binatang ini dilepaskan begitu sahaja dan mereka terus datang ke tram kami.

Oleh kerana berlagak macho mahu duduk di tepi sekali, ambillah pengalaman hebat dengan semua binatang rapat menghulur mulut. Maaaak! huuuu tak suka! hahahaha habis jadi bahan ketawa semua orang! ha ha ha. Jika anda ke Chiang Mai dan tidak merasa pengalaman ini, anda rugi! serius!

 Malamnya kami makan di sebuah restoran arab di arab street di Chiang Mai. Syok!





 
Hari ke-3

Hari akhir, macam biasalah hari beli belah isteri tercinta. Walaupun beliau ini tidaklah dikategorikan sebagai hantu beli belah, tetapi semasa di Malaysia lagi beliau sangat-sangat mahukan beberapa beg kain untuk dijadikan beg solat. Untuk pengetahuan kalian, di Chiang Mai mempunyai sebuah kilang / kedai beg seakan-akan beg Naraya, namanya Catheleya. Cantik dan sesuai dan yang penting, sesuai digunakan untuk mengisi Quran, sejadah, telekung dan sebagainya! Oh ya, tak kuasa ambil gambar.

Anda juga boleh terus ke kedai-kedai kulit untuk mendapatkan barangan kulit seperi beg tangan, wallet lelaki, tali pinggang, kasut dan sebagainya. Hi hi saya tak kuasa, peminat bata dari azali ini lebih selesa dengan kasut RM39.90 dari Malaysia! wakakaka!

Kami pulang dengan penerbangan ke Bangkok pada jam 4 petang. 

Apapun, Chiang Mai sesuai untuk dibawa keluarga dan sanak saudara. Udaranya bersih, makanan halal senang dijumpai dan paling penting ialah semuanya bersih termasuk tandas awam. Di Chiang Mai tak perlu risau untuk bawa botol air ke tandas kerana semua tandas punya air. Alhamdulillah.

Rancanglah percutian ke sini, keluarga pasti sukakannya! Anda juga boleh merancang untuk ke Chiang Rai dari Chiang Mai, dikatakan suasananya indah-indah juga!.

Jumpa lagi insya-Allah!

Nantikan e-book TIPS MENGEMBARA KE CHIANG MAI ya!

Wassalam.

Khairul Hakimin. Muhammad.


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)