Isnin, 1 Disember 2014

Emak Rindu Mathanga Erissery


'kalian, jika Madam Nimi balas email saya, sudikah kalian belajar memasak bersama? jika tidak, kita kena berpisah sementara saya ke kelas memasak, kalian berjalan sekitar Munnar' Saya menaip mesej di grup whatsapp, lantas seorang demi seorang membalas 'ikut sahaja'.

Perjalanan dari Cheraman Masjid ke Munnar agak mencabar, bagai dalam filem tamil. Di ceruk-ceruk sesak jalan kecil di tepi gunung, kadang-kadang terbayang bagaimana jika ada kemalangan di kawasan sebegini. Masya-Allah takutnya. Kami singgah di beberapa Air Terjun yang sangat indah. Subhanallah. Mengambil gambar, mencuba teh, teh coklat, buahan yang diletak berbagai asam. Subhanallah sedapnya. 

Sesampai di Munnar, kami di sambut oleh Neshal, Pengurus Hotel. Beliau sangat ramah, seronoknya beliau juga muslim, mudahlah kami mendapat arah tunjuk kiblat. Lekas kami berehat seminit dua, terus sahaja keluar untuk berhubung dengan Madam Nimi. Akhirnya jam 5 petang kami tercongok di hadapan rumahnya.

Rumahnya kecil, anaknya dua orang. Bagaimana rumah sekecil ini boleh didatangi manusia seluruh dunia untuk belajar memasak dengannya. Dengan siap ada tanda 'trip advisor' terpampang di pintu rumah, saya fikir beliau bukan sebarang orang. Madam Nimi masih belum sampai, kami di sambut anaknya, mengajak kami masuk, elok sahaja menjengah ke ruang dapur, ada dua rakan baru dari Australia, Eleanor dan Simon. Rupanya mereka juga ingin belajar memasak.

Saya terpelik-pelik dengan ruang rumah Madam Nimi. Mirip betul rumah nenek di Cha'ah, Johor. Oh ya mungkin juga mereka sebangsa, Maliyali. 

'Hello' 

'Haiiii, Saya rasa sayalah yang paling seronok sekali dapat bersua dengannya. Indah sungguh sesuatu pertemuan yang Allah susunkan. Manusia yang saya ikut rentak memasaknya supaya saya dapat belajar memasak seperti emak memasak. Emak banyak bercerita yang beliau tidak dapat belajar memasak dengan ayahnya kerana berpisah setelah berkahwin. Antaranya ialah Erissery. Setahun lebih saya mengikuti perkembangan dan resipi-resipi dari beliau, hari ini kami bersua muka. Seronoknya bukan kepalang. 

Hari itu saya terdiam, kami akan memasak Erissery. Saya berkata kepada Madam Nimi,

'My mother will cry if she know i learn this from you' 

Madam Nimi pula terpelik-pelik dengan nada saya. Sungguh saya rindu emak hari itu. Sungguh. Tuan Fazla, Tuan Palie dan Tuan Muaz terus cergas dengan kelengkapan memasak masing-masing, saya pula teringat-ingat cerita emak. 

Emak berkahwin dengan abah pada umur 15 tahun. Umur itu umur bermanja-manja bagi seorang anak gadis. Mahu kebahagian penuh dari ibu bapa, separuh hati lagi mahu bebas seperti wanita dewasa. Emak meninggalkan rumah, masuk ke agama Islam dan berpindah terus ke Pahang. Dunia baru nyata berbeza.

Kerinduan emak terhadap ayahnya adalah melalui makanan. Sepanjang saya hidup, kali pertama saya mendengar emak rindu terhadap Erissery. Kerinduan ini membuak-buak hingga kerap kali emak bertanya,

'awak belajar tak masa awak pergi India hari tu?' Matanya merah, mukanya sugul. 

Ya mak, ada belajar. Jangan risau nanti aye masakkan untuk emak ya! Dibalas dengan senyum kelat.

'Dahulunya itulah yang atok awak masak, lepas emak tinggalkan rumah, hingga hari ini emak tak makan lagi. Tak rasa lagi, mana-mana pun emak tak jumpa, rindu betul' Emak Menyambung.

Hati saya tersentuh. 

Malamnya tidak berlabuh,

Tidurnya tidak lelap penuh.

Kami belajar bersungguh-sungguh petang itu, mulanya dari 5 petang berakhir pada 9 malam. Berbagai keseronokan semasa belajar, mengetahui dengan terperinci keperluan sesuatu rempah dan cara memasaknya. Pemenang Anugerah Buku Resipi Terbaik Dunia ini memang wajar mendapat tempat di hati juri, beliau tahu serba serbi. Subhanallah, memang tidak salah lagi tempat kami belajar ini. Banyak sungguh ilmunya!

Bersambung...
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)