Jumaat, 26 Disember 2014

Cinnamon Bites



Sudah jadi kegilaan semua orang untuk mendapatkan Cinnamon Rolls. Dan seperti biasa saya suka bereksperimen dengan masakan begini.

Saya cuba sediakan untuk jadikan makanan ini boleh dimakan oleh semua orang dalam 1 adunan. Jadinya saya pun buat potongan kecil dan dicelup dengan sos cinnamon. Peh meletup dalam mulut tau! ha ha ha, baiklah jom kita ke resipinya!

Bahan-bahannya ialah:
3-4 cawan tepung gandum
1 paket yis
1/2 cawan air suam
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan butter
1/4 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Bahan Sos Cinnamon (Sos Kayu Manis)
1/4 cawan butter
1/4 cawan susu segar
3/4 cawan gula perang
1 sudu besar serbuk kayu manis (cinnamon)

Cara-caranya ialah:

Cairkan butter di periuk dengan api sederhana, kemudian masukkan gula perang. Kacau sehingga gula gancur kemudian masukkan susu segar dan serbuk kayu manis. Kacau sebati dan biarkan hingga betul-betul mendidih (berbuih). Kemudian padamkan api dan sejukkan.

Dalam bekas lain, masukkan yis ke dalam air suam dan asingkan.

Kemudian, dalam bekas berasingan, masukkan butter, susu segar, gula dan garam, kacau sebentar menggunakan whisk. Kemudian, masukkan telur dan kacau kembali. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang berderai, kemudian masukkan air suam dan yis tadi, dan terus masukkan baki tepung sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas. Selepas itu biarkan 15 minit (lebih elok ditutup dengan kain basah).

Selepas itu, ambil doh tadi, dan buat jejari. Potong kecil-kecil lebih kurang setengah inci dan celupkan ke dalam sos kayu manis. Dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah di lenser dengan sedikit mentega dan kertas parchment. Susun dan jangan terlalu jarak.  Doh ini akan berkembang lagi semasa dibakar.

Bakar dalam suhu 180' selama 20-30 minit. Setelah masak, sapu lagi sos tadi diatas doh. Sedia untuk dihidang bagi minum petang dan amat sesuai dihidangkan bersama aiskrim vanilla dan kopi panas!

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain,
43000 Kajang.
 

 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)