Isnin, 8 Disember 2014

7 Pokok


7 Pokok


Hari ini abah tanam 7 pokok, setiap hari abah beri baja yang sama, abah siram pada waktu dan jumlah air yang sama.

Semua pokok-pokok hidup dengan baik sekali, biasalah masa yang berlalu kadang-kadang rasa tidak sedar sahaja ada pokok yang dimakan ulat, abah terpaksa letak ubat. Ada juga yang manja, perlu baja lebih, abah letak banyak-banyak, kadang-kadang ada pula yang merendang kemain, abah cantas sedikit.

Sudah lima ke dua puluh tahun, semuanya merendang dengan baik. Dapatlah abah berteduh. Nyaman, ada yang keluarkan buah rambutan, ada juga mangga yang manis-manis, durian yang kadang-kadang berbuah kadang-kadang tidak tetap menggembirakan abah, manggis yang meranum abah tetap tunggu setiap tahun, apa lagi langsat dan dokong yang semestinya dinanti semua orang, jiran abah sangat-sangat bangga, ada juga yang sepokok ini tidak menjadi langsung buahnya. Tetapi abah tetap bergembira, manakan tidak, inilah pokok yang abah buat teduh hari-hari. Emak pun suka hidangkan abah kuih muih dan kami menjamu bersama disini. Indahnya.

Anak-anak, dengan kalian juga abah buat begitu.
Didikan sama,
Asuhan sama,
Tangan ini tangan yang sama mencari rezeki,
Tangan inilah yang menyuap kalian seorang demi seorang,

Tapi kalian membesar berbeza-beza,
Ada yang berjaya mencapai awan,
Ada juga yang jarang-jarang pulang,
Ada yang hari-hari datang,
Ada yang memberi itu ini berdulang-dulang,
Ada pula yang hanya senyum merindu dan bertandang,
Semuanya berbeza-beza,
Tapi abah dan emak tetap ada gembira yang sama.
Sama sahaja semuanya.

Yang penting kalian gembira,
Abah dan emak sudah rasa syurga,
Yang penting kalian berjaya,
Abah dan emak sudah redha,
Yang penting kalian punya agama,
Punya Tuhan punya taubat punya manfaat,

Hiduplah hiduplah,
Moga kita semua ketemu di syurga,
Mogasemua tidak menangis depan yang Maha Esa,
Gembira kita hari ini, moga gembira juga di sana.

Saya terbangun, menyedari sedang mengalir-alir air mata. Entah apa pula mimpi kali ini. Saya terus bangkit ke bilik air. Mengambil wudhuk dan solat 2 rakaat dan terus duduk lama di sejadah. Menangis sepuas-puasnya.

Saya memandang Tuan Fazla yang masih nyenyak tidur, saya pernah melihat beberapa kali post beliau mengenai perjalanan beliau membantu ayahnya di akhir-akhir hayat kesayangannya itu. Dan saya  mengagumi beliau.

Acapkali beliau mencium kain pelikat ayahnya, yang dibawa bersama dalam perjalanan kami di India ini. Sungguh, saya kagum.

Abah dan emak saya masih ada. Alhamdulillah. 
Dan masa yang ada inilah peluang besar untuk bergembira bersama. 

Pada waktu itulah rasa berdosa yang teramat-amat besar. Hanya satu yang saya pohon pada Tuhan. Allah yang Maha Esa dan Maha Segala-galanya.

Berilah saya peluang untuk berjasa pada emak dan abah. Sebaik-baiknya. Jika pengakhirannya hanya sekadar sebatang pokok yang tidak berbuah, berilah saya peluang untuk meneduhkan mereka. 

Berilah..

Bersambung

Khairul Hakimin Muhammad.
Abuain Kitchen Studio,
43000 Kajang.





Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)