Selasa, 11 November 2014

Siakap 3 Rasa


Rasanya lama betul tidak berkongsi resipi. Saya masih lagi sibuk menulis dan cuba menerbitkan beberapa naskah buku untuk kalian. Antaranya ialah:

1. Travelog Kerala bersama Resipi - Hujung 2014
2. Buku Resipi (30 resipi terbaik Abuain) yang asalnya hanya dijual melalui e-book, kini akan dicetak. Hujung 2014.
3. Diari Buat Nurul 'Ain - 2015
4. Belum Berhenti Menangis  - 2015
5. Komik Bersiri (Abuain dan ...) - 6 Judul, 5 siri setiap satu. - 2015
6. Buku Resipi bersama Seorang Chef Popular (3-4 buku) - 2015
7. Novel (bukan ........ pilihan) - 2015
8. Travelog 4 Sekawan: Sem-Bang (Bersama Penulis Tuan Fazla, Tuan Palie dan Tuan Muaz)

Jadinya memang agak sibuk. Dengan program dan kelas masakan serta dikejar oleh penerbit buku dari Singapura, saya jadi tak menang tangan.

Tidur sudah tak jadi keperluan. He he he. Apapun, muda lagi. Masa ini yang Allah beri untuk kita mencuba-cuba, kita menjelajah dan kita meneroka segala isi dunia untuk bawa ke negeri Akhirat nanti. Moga-moga segala usaha kita mendapat saham yang boleh menjana pahala insya-Allah.

Baiklah, jom kita sembang tentang menu kita hari ini.

Siakap 3 Rasa.

Bahan-bahannya ialah:
Untuk Digoreng Garing:
Ikan Siakap - 1 ekor
1 sudu besar serbuk kunyit
1-2 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung

Untuk di kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
1 inci halia
3 ulas bawang putih


Untuk diracik halus
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah

Lain-lain bahan:
2 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 biji buah tomato
sedikit nanas
daun bawang
sedikit gula dan garam bagi perasa.
Cara-caranya ialah:
Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam dan  tepung jagung, kemudian goreng dalam minyak yang betul-betul sudah panas. Goreng sehingga garing.

Kemudian, di kuali yang berasingan, tumis bahan yang sudah diracik halus, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. 

Setelah semuanya naik bau, baru masukkan cili kisar dan biarkan cili sehingga masak. Kemudian masukkan semua sos dan diikuti dengan tomato (yang dipotong dadu) beserta nanas (juga di potong dadu). Kacau sehingga semuanya sebati, masukkan garam dan gula.

Kemudian tuang sos ini ke atas ikan dan taburkan daun bawang.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio
43000 Kajang




Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)