Selasa, 4 November 2014

Pilihan Tuhan






'Saya fikir kali ini saya pergi seorang atau berdua sahaja Tan Sri' 

'Apa? Berdua? Jika begitu kamu akan rugi besar, pergi berlima, lima kepala, lima pengalaman dan sepuluh biji mata! kamu akan belajar dengan lebih banyak'

Tan Sri menerpa dengan perkataan yang saya tidak boleh jawab. Saya diam seribu bahasa. Menunduk dan menggigit bibir sendiri.

'Pergi cari kawan dan bina pengalaman' Beliau menghulur cek dengan tangan kanannya, saya buat-buat segan tapi tangan menyambut baik.

'Alhamdulillah' bisik hati saya.

'Itu untuk tiket dan penginapan kamu semua, pergilah berlima atau berempat, insya-Allah kamu akan banyak belajar, balik nanti usahakan sesuatu, bawalah balik untuk manfaat orang lain pula, buat buku seperti buku ke Thailand, saya suka, guna kelebihan kamu untuk cerita dunia luar yang bukan hanya untuk suka-suka. Kamu ada kelebihan, Tuhan pilih kamu untuk berjumpa dengan saya, dan saya pula bantu kamu selagi saya boleh' Tan Sri menambah.

'Baiklah Tan Sri, insya-Allah, saya beransur dulu ya' Saya menghulur tangan bersalaman, dan keluar dari bilik mewah beliau dengan seribu satu macam perasaan. Saya hanya memberi senyum kepada Puan Setiausaha, dan berlalu menuju ke motorsikal.

'Pergi berlima?, adoi..Baru nak rancang untuk berdua sahaja dengan Tuan Mat, adoi' Saya berbisik sendiri sambil memecut pulang ke rumah.

Malam itu, saya terus membuat iklan, Backpack With Me 2.0 - Enda Amayodei Ishtem, Pulang ke India. Wah tajuknya sudah macam tajuk filem tamil. Ya apa nak buat, sudah mahu ke India, moodnya perlu terding ding ding lah. 

Alhamdulillah, niat saya disambut oleh Tuan Mat, Tuan Fazla, Tuan Muaz dan Tuan Palie. Ke-empat-empat mereka ini sungguh teruja seperti saya juga. Hanya Tuan Mat sahaja yang saya kenal hati budi, kami pernah bersama belajar di KUSZA dulu. Malah ke dua-dua buku saya sebelum ini saya usahakan bersama beliau di Bigboard Printing & Advertising di Kelantan. Lagi 3 orang hanya pernah berjumpa satu kali, seorang berjumpa di Pameran Pengantin di Terengganu, seorang lagi menjadi 'Trainer' di sebuah kilang kami di Nilai, manakala seorang lagi di Konvensyen Penulisan, yang samanya ialah ke tiga-tiga mereka ini teruja untuk ke India bersama saya. Waduh.

Sejak dari itu saya berusaha sebaik mungkin untuk jadi manusia penyabar, mereka ini langsung tidak mengenal saya, yang sudah kenal berpuluh tahun pun tidak sabar dengan kelakuan saya yang pemarah, kuat merajuk, sensitif tidak bertempat, panas baran serta tidak sabar inikan mereka yang hanya nampak luaran saya sahaja di muka buku. Allah, maafkan hambaMu yang serba kekurangan. Janganlah diaibkan semasa jelajah 9 hari nanti.

Tiba-tiba saya di maklumkan oleh Tuan Mat, beliau terpaksa menarik diri dari perjalanan kali ini. Ada kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Allah, ujian apa pula kali ini. Beliau satu-satunya harapan saya untuk saya berjalan dengan manusia yang saya kenal. Allah.. Saya hanya boleh memacu ke perancangan ke-dua, hanya berserah pada Allah dan berdoa semoga pilihan Allah ini adalah pilihan terbaik untuk saya menjelajah kali ini. Insya-Allah.

Sepanjang itu juga saya membaca bacaan travelog, sudah tentunya yang menjadi pilihan ialah buku-buku dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Di Hamparan Shamrock, Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih saya baca berulang-ulang kali. Hanya mahu serap sifat sabar yang tersusun cantik dalam buku tersebut. Saya sangat risau sabar saya hilang dengan kelakuan yang saya tidak boleh terima nanti. Allah. Bahasa Ustaz sangat lunak, malah saya rasa dunia realiti yang sedang saya duduki hilang sementara saya masuk ke dalam dunia buku yang saya baca. Indah. 

Di samping itu juga, isteri saya banyak berpesan, banyakkan berdoa sebelum perjalanan ini, dengan tragedi demi tragedi yang berulang disebabkan kapal terbang, perjalanan empat jam setengah ini membuat saya juga tidak ada rasa selesa seperti perjalanan sebelum ini. Hanya berdebar dan menanti saatnya tiba. 

Alhamdulillah, kami berkumpul di KLIA2 pada waktu yang ditetapkan. Saya disambut Tuan Fazla di hadapan pintu masuk KLIA2, kami bersalaman dan mencari Tuan Muaz, terus kami mendapatkan khidmat membalut beg-beg kami dan Tuan Palie serta Tuan Muaz juga datang menyertai. Alhamdulillah kami berempat sudah bersama. Masing-masing dengan adrenalin teruja untuk memulakan perjalanan 9 hari ini. Subhanallah, segala yang dirancang bakal ditempuhi.

Kami 'drop bag' bersama. Semuanya lancar alhamdulillah, terus menunaikan solat sambil Tuan Muaz terpaksa bergegas berjumpa anak dan isteri sekali lagi dan mengambil barang, kami terus masuk ke perut besar imigresen bagi pemeriksaan passport.

Sesekali dapat mengusik Tuan Fazla yang kali pertama menggunakan mesin passport secara automatik. Beliau ketawa sakan di buli kami. Perjalanan ke pintu 21 sangat menyakitkan, jauhnya Allah sahaja yang tahu. Sedang berdebar dimana Tuan Muaz, elok pula beliau muncul di hadapan kami, kami pula terpelik-pelik bagaimana beliau sudah berada dihadapan. Puas memanggil, beliau terus berjalan laju menuju ke pintu masuk.

Alhamdulillah, kami sama-sama menanti kapal terbang. Sempat berselfie dan mengemaskini muka buku masing-masing, dengan doa dan dapat menelefon keluarga sebelum berangkat, semuanya rasanya selesai dan tidak ada sebarang perkara yang tertinggal di Malaysia, yang ada hanya hati, jiwa dan tubuh yang bakal merindui kami berempat sepanjang 9 hari ini.

Bersambung..


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)