Khamis, 20 November 2014

Penulis Jemputan: Masakan Jepun dari Rai Ourkizuna!





Assalamualaikum
First of all, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Khairul Hakimin pemilik Abuain Kitchen Studio sebab menjemput saya menjadi guest blogger di kuahkari.com ni. Jujurnya, saya sangat sangat terharu menerima jemputan ni. Maklumlah, bukan mudah bagi seorang blogger yang sudah ada "jenama" macam kuahkari.com nak bagi peluang bagi blogger suam suam kuku seperti kami ini.
Ahad baru baru ini, saya telah ke Abuain Kitchen Studio untuk berkongsi beberapa masakan Jepun yang sering saya ketengahkan di Ourkizuna. Antara masakan yang saya kongsikan adalah takoyaki, okonomiyaki dan miso soup.
Hidangan yang pertama adalah miso soup. Miso soup merupakan sejenis sup yang dibuat daripada pes kacang soya. Rasanya agak masin dan lemak. Baunya tidak begitu kuat, tapi ada aroma laut kerana penggunaan dua jenis rumpai laut iaitu konbu ketika menghasilkan stok bagi asas rasa sup dan juga wakame.
Mula-mula, sediakan seaweed stok yang dipanggil "dashi". Dashi yang saya gunakan dalam miso soup ini dipanggil awase dashi iaitu gabungan stok bonito flakes (ikan bonito) dan konbu seaweed. Rendam konbu seaweed kering sebesar saiz tapak tangan ke dalam periuk yang berisi air sejuk lebih kurang 600ml. Biarkan ianya mengembang. Selepas 10 minit, letakkan periuk tersebut ke atas dapur dengan api kecil. Biar sampai mendidih. Bila mula mendidih, segera keluarkan seaweed dan masukkan segenggam bonito flakes ke dalam air rebusan tersebut. Biarkan air mendidih bersama bonito flakes. Apabila bonito flakes tenggelam, matikan api dan tapis airnya. Air tersebut bolehla digunakan untuk membuat miso soup. Dashi ini juga akan digunakan ketika membuat takoyaki dan okonomiyaki.
Seterusnya, masukkan cendawan (kami gunakan shimeji mushroom, tapi apa apa jenis cendawan pun boleh). Masakkan seketika dan masukkan tauhu lembut ke dalam air rebusan. Apabila telah masak. Tutupkan api dan masukkan 2-3 sudu miso paste. Kalau suka boleh tambah lagi. Jangan terlalu banyak nanti rasanya terlalu masin. Dan masukkan wakame kering. Apabila nak dihidangkan, boleh dihias dengan daun bawang yang dihiris halus.
Mudah saja kan...~! Kalau makan di restoren makanan jepun, harga bagi semangkuk miso soup boleh mencecah RM3. Kos membuatnya sendiri pula hanyalah beberapa sen.
Hidangan kedua pula adalah takoyaki. Takoyaki juga adalah antara makanan Jepun yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Bagaimana pun, apa yang saya kurang gemar dengan takoyaki yang banyak dijual di pasaran adalah ianya terlalu diubahsuai dan merosakkan rasanya dan persepsi orang tentang takoyaki sebenar. Tako bermaksud sotong kurita, manakala yaki bermaksud bakar. Takoyaki adalah nama khas bagi bebola yang berintikan sotong kurita. Jadi, tak wajar kalau wujud takoyaki jejari ketam, udang atau sosej. Tapi.. ye lah.. Rakyat Malaysia kan kreatif :)
Resepi Takoyaki (Gambar Paling Atas)

Bahan bahan untuk adunan bebola
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 cawan dashi
2 biji telur bersaiz A
3 sudu kecil kicap jepun (Brand Kikkoman)
Sotong kurita yang dipotong secukupnya
Daun bawang yang dihiris halus
Kobis yang disagat

Bahan Topping

Sos takoyaki
Kewpie Mayonese
Aonori
Bonito flakes
Cara membuatnya :-
Campurkan semua bahan batter. Letakkan dalam peti sejuk selama 30minit. Tak letak pun tak mengapa. Tapi batter lebih rangup diluar kalau letak. Selepas tu boleh la dimasak dalam kuali khas.
Cara-cara menggolek takoyaki boleh rujuk pada entry : http://ourkizuna.blogspot.com/2014/04/takoyaki-party-di-malam-hari.html
Perkongsian yang terakhir adalah resepi okonomiyaki (gambar paling akhir). Okonomiyaki ini rupanya macam lempeng, tetapi mempunyai banyak bahan boleh digabungkan untuk membuatnya..
Terdapat banyak versi membuat takoyaki dan okonomiyaki. Resepi yang saya kongsikan ini adalah yang paling mendapat tempat dihati suami dan anak-anak. Saya juga ada menjual frozen takoyaki menggunakan resepi ini. Bagi yang berminat nak mencuba resepi makanan Jepun ni, tapi tak tau nak dapatkan bahannya di mana, boleh la email kepada saya.
Instagram : @Ourkizuna
Whatsapp : 0126894617
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)