Isnin, 10 November 2014

Menjangka Mengikut Perancangan


Sebelum berangkat, saya terlebih dahulu merancang perjalanan satu demi satu. Harapnya tiada yang terlepas pandang. Malah, ada sahaja waktu terluang, saya akan mencari info yang tepat supaya perjalanan ini tidaklah menjadi perjalanan yang sia-sia bagi kami semua.

Meminati memasak. Mengambil gambar, melihat keletah manusia dan kepelbagaian budaya adalah salah satu cabang dalam perjalanan ini. Jadinya perlulah dihalusi setiap perkara sebelum berangkat.

Kochi,
Kodungalor,
Munnar,
Alleppey.

Empat daerah (mungkin) yang kami akan lawati, setiap satunya mempunyai daya ilmu yang tersendiri. Kochi bertentangan dengan Laut Arab, malah jika diperhati betul-betul, kebanyakan restoran menyediakan shawarma, kebab arab yang biasanya didapati di kedai-kedai masakan arab di Malaysia.

Kodungalor pula tempat letaknya Masjid pertama di dirikan di India. Seribu satu sejarah boleh diungkaikan dengan kisah Perumal dan Keluarga Habib bin Malik. Malah perkisahan ayahnya, Imam Malik bin Dinnar senang sekali didapati di mana-mana carian di google.

Munnar pula kawasan pergunungan tanah tinggi yang hampir menyamai Cameron Highland. Cuma persamaannya ialah pada tahun 70-80an, masih sejuk, masih tidak ditarah dengan kemajuan pesat dan bila bercakap masih boleh mengeluarkan asap. Itu penting. Di Cameron suasana ini sudah lama tiada. Kita hanya berbangga dengan berdiri sebelah manisan merah yang Allah taala cipta supaya kita dapat memakannya dengan penuh rasa kasih sayang. Cantik dan Halus.

Akhirnya Alleppey, kawasan berair yang di curahkan oleh 38 anak sungai ke sebuah 'empangan' air tawar yang dikatakan antara yang terbesar di dunia. Ianya menjadi tempat pelancongan besar bagi negara ini malah seluruh masyarakat India menunjukkan minat yang sangat tinggi untuk menginap di bot-bot rumah yang disediakan. Perjalanan dari satu kampung ke satu kampung mungkin akan menjadi sesuatu yang membosankan, tetapi jika melihat dalam-dalam positifnya sesuatu ciptaan Allah, kita pasti kagum juga.

Dalam semua empat ini, pastinya ada yang menjadi paling diminati. Ya, saya minat semuanya kerana semuanya saya dapat belajar memasak dan mengetahui budaya masakan disini, misi saya tercapai, alhamdulillah. Malah perjalanan 9 hari tidaklah menjadikan saya kecewa kerana terlalu banyak jangkaan saya meleset, tetapi ianya menjadikan saya lebih rasa mahu kesana semula memperbaiki dan menghalusi setiap perkara sebelum berangkat semula nanti.

Kawan,
Penumpang,
Pengemudi,
Pengharap.

Ini empat perkara yang saya perlu serap dalam diri saya sebelum berangkat. Saya dan semuanya akan menyerap perkara tersebut supaya perjalanan ini membawa hasil 'sesuatu' selepas pulang nanti. Seperti biasa saya tidak meletak harapan yang tinggi, yang penting yakin dengan apa yang Allah SWT akan beri jika saya dapat berusaha bersungguh-sungguh nanti. .

Bukan sewenang-wenang dalam perjalanan hidup saya untuk membuat sesuatu keputusan. Jika sesuatu keputusan itu dibuat, ianya perlu kukuh dan stabil untuk jangkamasa yang sangat panjang. Sudah menjadi kebiasaan saya tidak menumpang siapa-siapa, suka mengemudi dan suka mengharap perkara yang baik-baik dari Tuhan.  Tetapi ia mungkin tidak terjadi kepada rakan-rakan, pengharapan yang diberi kepada saya mungkin akan bawa lebih banyak kecewa. Kerana jika mahu bekerja, perlu bekerjasama. Jika mahu bersama, perlulah sehati sejiwa. Jika tidak eloklah masing-masing menjadi teman seperjalanan sahaja. 

Telan segala pahit, kongsi segala yang manis.
Disimpan segala yang perit, di canang segala yang baik.

Bersambung..
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)