Khamis, 30 Oktober 2014

Jadual Perjalanan ke Kochi (21-29hb Oktober 2014)


Sampai sahaja di rumah petang semalam, isteri terus tegur jangan nak mengada pegang telefon bimbit. Layan anak dulu. Saya pun terus menidakkan perbuatan mahu membalas semua 'pm' yang bertanya Jadual Perjalanan kami berempat ke Kochi baru-baru ini. Oleh yang demikian, saya menulis ini pada waktu terbangun awal pagi, lebih kurang 1-2 am, aha! baiklah, kita mulakan dengan urusan pembelian tiket di airasia.com.my.

Saya membeli tiket dengan harga RM399. Tambah tolak jadi lebih RM600. Bagi perjalanan 4 jam setengah, saya lebih suka mendapatkan tempat duduk yang agak selesa, jadi saya ambil 'seat' 12 atau 14. Ke dua-dua seat ini sangat selesa bagi yang mahu membaca buku dengan santai. Jika tidak akan rasa kecil sahaja. Sudahlah badan pun besar, eloklah menyelesakan diri. Kawan-kawan kata, beli lebih awal lagi murah dan berbaloi. Awal macam mana? ha enam bulan sebelum pun boleh!


21hb Oktober 2014 
Penerbangan pada jam 2115 (09.15) waktu Malaysia awal 2 jam setengah, jadi kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kochi pada jam 2250 (10.50). Alhamdulillah.

Pihak imigresen di India memang dikhabarkan sangat tegas. Ada beberapa halangan dan pemeriksaan yang dibuat sebelum mahu sampai ke kaunter teksi. Kami berempat mengambil teksi untuk ke Hotel (Sappire Inn) yang hanya terletak kurang 1km dari Lapangan Terbang. Kos hanya India Rupee 450. Oh lupa, waktu ini covert rate RM1 = IND18.74. Kami bermalam disini.

Harga bilik IND 80 untuk 1 bilik, kami ambil 2 bilik. Bilik selesa, ada ruang untuk solat dan tandas yang sangat bersih.

22hb Oktober 2014 (Kodungalor - Munnar)



Kami bertolak ke Masjid pertama yang didirikan di India, Cheraman Juma Masjid, dibangunkan oleh Habib Bin Malik di Kondugalor. Lebih kurang 30-45 minit perjalanan menaiki kereta dari Kochi. Kami mengambil sebiji kereta untuk memudahkan perjalanan (backpack la sangat) dengan pemandu bernama Paul, wajahnya seakan pelakon filem tamil, Vijay. Oleh kerana saya paling besar, saya dapat duduk di hadapan, tetapi yang kurangnya ialah beg saya perlu di letakkan di atas kereta. huhu asal boleh. 

Oleh kerana saya sangat meminati sejarah, tempat seperti ini adalah tempat wajib untuk saya. Islam telah masuk ke India melalui Fort Kochi dan seterusnya tersebar di bumi penuh rempah ini dengan baik. Jasa Habib bin Malik (anak kepada Imam Malik bin Dinnar) ini tersangat besar dalam dakwah Islam di India.

Kami sempat berbual dengan jemaah masjid dan bercerita tentang keperibadian Habib bin Malik. Malah maqam Habib bin Malik dijaga dengan baik di situ tanpa ada sebarang aktiviti memuja dan menyembah.  Selepas itu kami bersarapan di gerai berhampiran. Makanan pertama yang kami jamah seusai sampai di India adalah disini, waktu ini Tuan Fazla, Tuan Palie dan Tuan Muaz juga saya semuanya berkata 'waaarghhhhhhh sedapnya!' he he he.

Selepas itu, kami terus meneruskan perjalanan ke Kawasan Pergunungan Munnar.

Perjalanan yang mengambil masa 5 jam, dengan jalan yang sangat merbahaya (jika tonton cerita hindustan banyak scene sebegini). Kami lalui di lereng bukit yang disinya gaung yang curam. Mengucap sahajalah, kadang-kadang mahu saja menghadap ke hadapan tak mahu melihat apa yang ada disisi, hehe. Dan kami singgah beberapa kali di beberapa air terjun yang sangat bersih dan indah. Best.

Menariknya di Kochi ini ialah, semua tempat adalah tempat yang dijaga rapi. Malah papan tanda menjaga kebersihan ada dimana-mana, betul-betul adalah India yang 'lain'. Subhanallah.



Sebelum singgah di hotel, kami sempat menaiki gajah India. Masya-Allah saya memang terkenal dengan takut kepada binatang. Wahaha dibuli oleh semua rakan-rakan dan mereka menggelar saya sebagai kayu diatas gajah. huh. Kecoh benar mereka.

Akhirnya kami sampai di Munnar pada lebih kurang jam 3 petang. Dan semuanya terus kecewa kerana hotel tersebut sedang ada masalah dengan talian wifi. kah kah kah.

Saya terus menghubungi Madam Nimi Sunilkumar untuk kelas masakan yang dijadualkan pada jam 5 petang. Alhamdulillah, semuanya seperti yang dirancang. 





Saya telah mengikuti perkembangan dunia masakan Madam Nimi sejak setahun yang lalu, dan saya juga baru sahaja dikhabarkan beliau adalah pemenang buku resipi terbaik dunia pada tahun 2013 dalam Gourmand World CookBook Award di Beijing pada bulan May lepas. Subhanallah, beliau memang terbaik.

Kami sempat belajar beberapa resipi masakan dan menariknya ialah teknik menggunakan rempah dalam masakan. Teknik masakan ini merangkumi cara tumis, penggunaan rempah, penggunaan rempah bersama dan bagaimana ingin menyedapkan makanan tanpa menggunakan perasa. Ahah, mahu tahu lebih? Nantikan kelas saya ya! kikiki sempat lagi promote.

Kelas bersama Madam Nimi berakhir agak lewat, kami seterusnya dibawa ke kedai rempah beliau dan kami melontar disitu, dapatlah bawa balik pelbagai rempah masakan yang memang tiada disini (agaknya).

Oh ya, harga kelas masakan ini dengan buku beliau ialah IND1500 seorang. Bersama dengan kami yang belajar pada waktu itu ialah Elanor yang cun melecun bersama teman lelakinya Simon dari Australia. Tuan Palie belajar tidak memandang rempah, tapi asik-asik mengambil gambar Elanor. Kemah boh.

Malam itu kami tidur dalam kesejukan Munnar. Udahlah selimut hanya sehelai. Tuan Fazla pula bergulung-gulung dalam selimut tersebut. Masya-Allah saya yang sihat seperti badak air ini terpaksa mengerekot sudah macam ikan duyung yang kekurangan air. Ya ikan duyung lelaki. Jangan dibayang yang lain-lain. 

23hb Oktober 2014 (Munnar)











Pagi itu kami bersuka ria dengan menghembus asap-asap yang keluar dari mulut. Ya jangan salah faham, kami semua tidak merokok, tetapi cuaca sejuk yang menjadikan kami sedikit 'jakun' apabila sambil bercakap keluar asap yang sungguh menyeronokkan, Tuan Muaz suka benar menghembusnya kuat-kuat. ha kau ada?

Kami dibawa ke kawasan pergunungan ini satu demi satu. Awalnya ialah melihat beberapa kawasan yang pernah dijadikan sebagai kawasan pengambaran filem. Ya filem bollywood. Oleh sebab itu juga Tuan Muaz membeli cermin mata hitam bagi mendapatkan mood tersebut, kasihannya ialah mana-mana beliau pergi, beliau akan ditanya, 'u from China?' kah kah kah. 

Antara tempat yang kami lalui ialah Echo Points (gambar kelapa), yang mana jika kalian menjerit suara kalian akan bergema beberapa kali. Tuan Fazla sangat mahir disini. Kami layan beliau sahaja, mungkin beliau sudah biasa menjerit dengan askar-askarnya di rumah yang seramai empat orang itu. 

Kami dibawa lagi oleh pemandu auto yang bernama Encik Mani ke kawasan sekitar yang sangat indah. Kadang-kadang terfikir juga keindahan dan kesejukan ini pastinya lebih menarik jika dibawa keluarga bersama. Pastinya lebih meriah kan? 

Selepas itu kami dibawa beberapa empangan yang menggamit suasana. Langitnya bersih dan tanahnya ialah tanah lembut dan sejuk. Subhanallah kawasan ini tersangat nyaman dan damai. Kami kagum dengan kekuasaan Allah disini. Disini juga kami dapat merasa buah-buahan manis seperti buah markisa (yang super manis), buah nanas, dan menariknya ialah cili hijau celup tepung! Sedap oi! Alhamdulillah. Dan masing-masing juga mencuba menembak senapang angin. Cartanya ialah

Juara - Tuan Fazla 5/5
Naib Juara - Tuan Hakimin Khan 4/5
Kalah terus - Tuan Muaz & Tuan Palie (2-3/5) kah kah kah sekali lagi.

Malamnya kami meronda kawasan ini, oh ya. Hotel disini berharga IND 85 semalam untuk 2 orang sebilik. Biliknya lebih luas dari hotel sebelum ini.

Kami mencuba street food, oleh kerana di Kerala ini sangat ramai muslim, jadi kami tidaklah takut-takut mahu merasa makanan disini, tambah pula dengan kebersihan yang dijaga rapi oleh semua masyarakat. Malam itu kami mencuba coklat panas dan paanipoori. Best!

24hb Oktober 2014 - 27hb Oktober 2014 (Munnar - Alleppey)

















Kami mengambil 'houseboat' dari syarikat Bright Water. Dengan dilengkapi 2 bilik berhawa dingin (ada bilik air di dalamnya), ruang tamu dan dapur. Kosnya ialah IND10,000 1 malam. Kami ambil 3 malam (jangan buat seperti kami, nanti mabuk dan boring, cukup 1-2 malam sahaja).

Perjalanan dari Munnar ke Alleppey (jetty houseboat) selama lebih 6 jam. Kerala Backwater atau Tasik atau Paya yang dikenali dunia ini disalurkan oleh 38 anak sungai ke lima buah empangan semula jadi disini. Anda akan lihat perkampungan yang kedudukannya lebih rendah dari air (menakjubkan) dan semuanya tersusun dengan baik. 

Selain itu juga, kehidupan disini yang tiada di tempat lain ialah ternakan itik yang jumlahnya beribu-ribu. Mereka akan dibawa oleh pengembala itik diatas sungai merentasi tasik demi tasik, sungguh meriah sekali. Tersangatlah comel mereka ini. Rasa geram sahaja mahu sembelih (ele ye ye je kan). 

Selain itu juga, bot yang anda naiki dilengkapi dengan tukang masak. Pernah digelar sebagai 'the best food in the world juga tau! Saya juga sempat belajar lebih 50 resipi diatas bot ini. Tunggu ya saya akan cuba dan postkan di sini.

Kami mengambil pakej 3 malam = 4 hari. Masya-Allah masuk hari ke 3 memang tersangatlah boring, kau pandang aku, aku pandang engkau. Kami menghabiskan masa dengan pilo toq dan mengambil gambar, tak kurang juga melelapkan mata. hihihihi.

Di malam yang terakhir saya membuat keputusan untuk memasak sendiri dan menjamu semua yang berada diatas kapal termasuk kapten, pembantu dan chef. Saya dibantu oleh kawan-kawan. Oleh kerana perhentian kami malam itu sebuah kampung yang punya pasar basah menjual ikan dan udang segar, kami membeli udang galah yang bersize sederhana, menunya ialah udang masak lemak cili api dan udang sambal kering kari. Mereka menjamu dengan penuh selera, alhamdulillah.

27hb Oktober - 29hb Oktober 2014 (Alleppey - Kochi)












Hari-hari terakhir, kami terpaksa menaiki sebuah kereta dari Alleppey ke Kochi. Agak mahal, asalnya hanya IND1800 tapi entah kenapa, beliau kata jaraknya agak jauh dan menambah lagi IND 1000, kami pun bayar sahaja tanpa banyak soal. Dengan masih terasa terumbang ambing (katanya mabuk darat), kami layankan sahaja. Mungkin kereta ini kereta 'sedap', 7 seater dan aircond dia sejuk hihihihi.

Sampai sahaja di Sappire Inn, Kochi, kawan-kawan terus menerpa ke dalam bilik rehat untuk mendapatkan wifi, ya wifi, bukan wife. Alhamdulillah masing-masing dapat kemaskini semua media sosial yang ada. Ya lah, semua rakan-rakan saya adalah selebriti dalam dunia masing-masing, saya ini siapalah kan. Berdiri seorang-seorang di hadapan kaunter resepsi untuk mendaftar masuk hotel. -_-

Petang itu kami di kejutkan dengan pemandu kami, ianya Paul! Pemandu kami yang membawa kami ke Cheraman Juma Masjid dan Munnar, alhamdulillah! Beliau memang nampak sangat ikhlas dengan kami, beliau membawa kami menaiki feri ala-ala zaman 80an di Penang, masya-Allah waktu ini kami peroleh nikmat berbackpack. Kereta yang kami naiki mengalami kerosakan, dan kami terpaksa menolaknya. Saya sebenarnya tak adalah menolak sangat, gaya saja lebih, kawan-kawan yang menolak bagai nak rak. Untung sungguh saya berjalan bersama mereka. Mereka idola saya sepanjang zaman. 

Selepas itu kami ke Fort Kochi, bagi seorang yang mencintai dunia sejarah, Fort Kochi ini sangat besar harganya kepada seluruh Muslim di India. Oleh kerana Fort Kochi ini bertentangan dengan Laut Arab, maka sebab itulah Islam hadir di bumi India. (Ayat ini macam kurang sesuatu kan?). Keindahan 'sunset' di Fort Kochi memang tidak disangkal lagi, subhanallah. Waktu ini adalah waktu emas bagi Tuan Palie. Beliau memang pengejar suasana begini.

Sebelum itu, kami sempat menaiki auto dan di bawa ke Museum Company untuk membeli belah. Kami tidak membeli apa-apa kerana harganya sangat mahal. Dan kami juga sempat minum air biru yang ohsem seperti dalam gambar. Di sini terdapat lebih 24 jenis air limau nipis yang dicampur dengan soda. Ya soda, bukan arkohol ya. Jangan risau, halal.

Oleh kerana Paul terpaksa membawa kereta ke bengkel, maka kami melayan perasaan di Fort Kochi lebih lama. Untungnya ada rakan seperti Tuan Fazla, beliau yang 'happy go lucky' amat menyenangkan kami semua. Habis disuruhnya kami semua melompat dan Tuan Palie mengambil gambar kami semua. Senak jugalah perut semasa melompat, habis pusat kami ditonton oleh semua orang disitu. ish aurat. 

Selepas itu kami pulang ke bilik dan tiada sesi pilo toq, hanya ada sesi memberi laporan kepada isteri masing-masing mengunakan wifi yang ada.

Hari paling akhir kami dibawa oleh Paul ke beberapa air terjun terbesar di Kochi. Masya-Allah gergasi-gergasi ini sungguh menggerunkan. Terbayang saya bagaimanalah Allah boleh menghancurkan sesebuah kampung hanya dengan air dengan hanya satu pukulan. Subhanallah. Air terjun yang pertama ialah Athirappally yang mana air terjun ini memang menjadi tumpuan pelancong ke Kochi, selepas itu kami terus ke air terjun Vazhachal yang tidak jauh dari situ. Yang ini juga dari sungai yang sama, cuma jeramnya lebih menakutkan.

Akhir sekali, kami mencari 'souvenir'.  Cukup kecewa wajah kami apabila mencari dalam Lulu Mall tapi tiada satu pun, yang ada hanya sari dan pakaian anak-anak untuk dibawa balik. Huhuhu sedih oi. Kami membeli belah saree disini. Satu tips yang saya kongsi bersama rakan ialah beli lebih dan jual di Malaysia, untungnya berkali ganda. Hihihi Tuan Fazla sungguh hangin dengan saya waktu ini kerana saya tidak berkongsi tips ini lebih awal. hihihihi Maaf ya tuan!

Kami pulang malam itu dan sempat singgah makan di Malabar Restoran. Semua hanya makan shawarma kerana kekenyangan menjamah 'test food' di sebuah kedai 'chips'. Kami membeli belah sungguh-sungguh di kedai kerepek tersebut. Semuanya ada termasuk manisan India dan Arab! Sedap!

Akhirnya pada 29hb, Jam 5am kami sudah pun keluar dari Hotel menuju ke Lapangan terbang. Kawan-kawan yang ingin ke sini perlu pastikan semua beg di letakkan tag, termasuk 'hand luggage'. Hand luggage ini akan di chop oleh pegawai imigresen semasa pemeriksaan dilakukan. 

Selepas itu semasa mahu masuk ke perut kapal terbang, pihak polis akan melakukan pemeriksaan sekali lagi terhadap beg-beg yang ingin dibawa ke atas kapal, waktu ini jika tiada chop tersebut, anda akan nahas. Hati-hati ya.

Kami sampai di KLIA2 sekitar jam 2.40 petang Alhamdulillah.

Rasa amat seronok dapat berjumpa anak dan isteri. Yang lebih penting dapat balik ke tanah air yang sangat dicintai ini. Alhamdulillah.

Buat Tuan Fazla, Tuan Palie dan Tuan Muaz, anda memang kawan-kawan yang best dan ohsem, maafkan segala kekurangan yang kesilapan yang ada dalam diri saya, saya manusia biasa yang tidak ada apa-apa kelebihan sendiri melainkan atas apa yang Allah berikan kepada saya untuk matlamat sama, membantu semua yang memerlukan. Apapun, saya sangat seronok berjalan dengan kalian, dan insya-Allah jika ada peluang dan ruang, saya akan meletakkan kalian dalam senarai paling atas untuk kita mengembara bersama lagi. 


Terima kasih banyak-banyak atas bantuan, pertolongan, perkongsian dan semua yang telah diberi. Halalkan semuanya! Moga kita berjumpa lagi insya-Allah. 

Wassalam.

Khairul Hakimin Khan.
2.34am, 30hb Oktober 2014.
Bandar Baru Bangi.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)