Isnin, 22 September 2014

Cinnamon Rolls!! Oyeah!







Seperti biasa, jika sudah membuat 'posting' di facebook, saya bakal dihujani dengan mesej, whatsapp dan PM dengan soalan ini,

'nak resipi!'

hua haha. Kadang-kadang terasa menjengkelkan juga, lebih-lebih lagi orang yang sama di PM, bila beliau lihat saya tidak balas, beliau akan whatsapp, dan kemudiannya beliau akan mesej pula, jika lambat juga jawab semuanya beliau akan telefon terus. Ha sungguh berusaha keras mereka ini. hihihi. Tak apalah, begitulah hidup kan. Saya kongsi juga untuk kalian. 

Sebenarnya gulungan kayu manis ini sangat sedap. Beberapa kali saya mencubanya, betul. Memang sedap. Dan seperti biasa, saya mencari resipi dan mencuba mana yang terbaik. Kemudian olah supaya roti dan intinya menjadi lebih gebu, luarnya sedikit garing dan intinya tidak terlalu kontra dengan rasa roti. Alhamdulillah menjadi. Berikut adalah resipi yang sudah diolah dan menjadi resipi sendiri,


Bahan-bahan roti:
 
4 cawan tepung gandum
1 paket yis 
1 cawan air suam
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam cincang yang telah disangai

Bahan-bahan inti:

3 sudu besar gula perang
2 sudu besar serbuk kayu manis (saya guna ground  cinnamon)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan mentega / butter

Cara-cara membuat roti:

Buka peket yis dan campurkan dalam air suam. Asingkan sebentar. Kemudian 2 cawan tepung gandum dan diadun bersama telur, gula, susu segar, minyak masak dan garam. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan melekit. Kemudian masukkan air suam bersama yis tadi. Adunan akan menjadi lebih kenyal dan senang diuli. Uli lebih kurang 10-15 minit dan biarkan adunan tersebut mengembang sedikit. (Jangan kembang sepenuhnya, eloknya adunan ini mengembang semasa dibakar, baru ohsem).

Cara-cara membuat inti:

Gunakan kaedah 'double boiler'. Ambil mentega dan masukkan semua bahan. Kacau sehingga gula menjadi halus dan semuanya sebati.

Cara-cara membuat gulungan:

Ambil adunan roti tadi kemudian uli diatas pemukaan yang sesuai. Terus leperkan adunan menjadi segi empat tepat, jangan terlalu tebal kerana roti ini akan mengembang semasa dibakar nanti. Sesudah dileperkan, curah sedikit demi sedikit inti dan sapu sama rata diatas roti, taburkan kismis dan badam, kemudian gulung!.

Siap gulung, potong roti tadi lebih kurang 1 inci setiap 1 dan masukkan dalam bekas pembakar. Bakar dengan suhu 170-190' dalam masa 20-30 minit.

Siap sedia untuk dihidang bersama sos kastard, atau jem epal, atau susu pekat manis dan disesuaikan dengan kopi-o panas. Wah! Selamat mencuba semua!

Khairul Hakimin. Muhammad
Abuain Kitchen Studio
43000 Kajang.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)