Jumaat, 26 September 2014

Bab 28: 9 Hari Sebelum Melahirkanmu



Bab 28: 9 Hari Sebelum Melahirkanmu.



‘Abang, saya rasa sakit sangat’ Isteri saya memalingkan badan dan tangannya menunjukkan poin di tulang belakang. ‘Anak kita ni mesti aktif kan, tak berhenti-henti bergerak’ Saya mengusap perlahan belakang badannya, kemudian beliau menyambut dan memegang tangan saya.

‘Alhamdulillah, seminggu sahaja lagi anak kita akan keluar, saya dah mula tak sabar, muka saya ke muka abang ke, dia anak kita’ Air matanya bergenang. Kemudian beliau bangun duduk sambil belakangnya bersandarkan kepala katil. Dengan muka masih menahan sakit, beliau mengusap-usap perutnya. Air mata mula jatuh.

'Mama tunggu dah lama tau, lama sangat’

‘Nanti keluar terus nakal-nakal tau, jangan duduk diam’ saya memotong emosi, cuba mengusik. Isteri saya senyum, masih melayan perasaan dengan sesekali terkeluar di kulit perut, tangan dan kaki si kecil bergerak-gerak. Sungguh, aktif sungguh.

Malam berlalu, sekitar jam tiga pagi saya bangun melihat isteri, saya hanya baring dan memandangnya sahaja. Kebetulan, beliau juga bangun duduk. Saya memerhatikan. Dan tiba-tiba beliau bangun berdiri, sambil-sambil masih mengusap perutnya.

‘Kenapa Huda?’ Tanya saya.
‘Eh abang tak tidur? Tak ada apa, Cuma rasa sakit sangat ‘contraction’ ni, si kecil ni tak reti tidur agaknya, nak main aja, asik bergerak, doktor kata kalau dah besar susah nak bergerak dah, dah sempit, tapi ni bergerak je’ . Beliau mengukir senyum kelat. Menanggung sakit seorang. Saya hanya diam membisu membalas senyum.

Mengurut dan mengusap tulang belakang sepanjang malam. Beberapa hari berlalu begitu, akhirnya mendaftarkan diri ke wad. Sakit terus berpanjangan. Makin sakit. Si kecil makin melasak didalam, di luar pula menanggung segala kesusahan.

Berat bertambah sebulan demi sebulan, membawa perut ke hulu, ke hilir. Membawa muatan besar kesana sini, hendak duduk salah, hendak berdiri juga salah, hendak berlari tak mungin terjadi, hendak meniarap jangan dicuba-cuba, hendak makan itu kena tegur, hendak menjamah ini juga kena ceramah, bagai-bagai ujiannya.

Beri segala,
Darah yang ada, kau beri semua,
Tulang yang sekerat, kau mahu kikis berikan pada dia,
Gigi yang sedikit, kau cuba beri juga,
Air kau minum, kau beri segala,
Makan yang kau suap, kau jaga belaka,
Langkahmu hati-hati,
Tuturmu dengar-dengar,
Pandanganmu hanya pada perlu,
Bacaanmu yang baik-baik,
Dengarmu hanya keperluan,
Selisih apa segala kau elak,
Tangismu hanya pada Tuhan,
Semua untuk kamu bila kamu keluar nanti,

Selagi kamu ada dalam perut ibu mu, selagi itu moga kamu dapat lihat segala kebaikan, selagi itu juga moga kamu dapat rasa indahnya berbaik-baik. Indahnya yang elok-elok. Hati kamu itu paling penting untuk dijaga,

Kamu bersandar melihat jantung ibumu berdegup,
Kamu berpusing-pusing melihat hati ibumu semakin lembut sejak ada kamu,
Kamu bermain-main dengan tali perut yang menyalur makanan ke tubuhmu,
Kamu rasa segala apa yang ibumu rasa,
Kamu ketawa setiap kali ibumu gembira,
Kamu menangis juga bersama-sama bila ibumu bersedih,
Semuanya dengan satu rasa, satu perasaan..

Indahnya Ya Allah.. Indahnya..
Dan anakku..
Moga kamu dapat lihat kebaikan ibumu,
Juga dapat ikut segala perbuatan baik darah dagingmu,
Hari ini lagi 9 hari abah akan dilahirkan ke dunia 33 tahun dulu. Inilah apa yang emak abah rasa. Sama. Tiada beza.

[Moga bila kamu sudah bersuami, kamu mencontohi isteriku, Dan waktu kamu sudah punya anak, kamu contohilah ibuku.]

Akan Datang, 2015.
Diari Buat Nurul ‘Ain
Khairul Hakimin Muhammad.
24-09-2014.


 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)