Isnin, 11 Ogos 2014

Sedikit Kisah Hari Raya 2014












Kami bertiga balik ke Mentakab, Pahang pada sabtu, 26hb Julai. Bak kata pepatah zaman sekarang, jika tidak melalui kesesakan, bukan balik rayalah namanya. 

Kami melihat kesesakan melalui waze dan akhirnya menggunakan jalan lama Gombak - Bentong sebagai alternatif. Walaupun kereta tetap juga banyak tetapi semuanya masih boleh melalui jalan tersebut tanpa ada henti-henti. Biasanya balik ke Mentakab hanya 2 jam, kali ini hampir 4 jam. Tak apa, janji balik raya. 

Tahun ini sedikit lain, biasanya pada tahun-tahun sebelumnya emak masih lagi menyiapkan kuih raya tempahan kawan-kawannya, tahun ini emak sudah mula mengemas dan menyiapkan juadah. Malam raya kami sudah boleh makan berbagai juadah, alhamdulillah.

Pada 1hb Syawal, kami menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Taman Saga, Mentakab. Selepas sahaja solat sunat, macam biasa bersalaman dan bermaafan sambil menghulur duit raya. Selepas itu, sambung mengemas. kikikiki. Al-Maklum tahun ini agak besar renovasi di rumah emak, jadi sesi mengemas tidak siap-siap hinggalah raya. 

Dalam jam 1 tengah hari, kami sekeluarga besar menuju ke Kuala Lipis. Menjadi kebiasaan keluarga untuk menziarahi pusara Almarhum Tok Telang (Ayah kepada Abah) dan Almarhumah Wan Relong (Ibu kepada Abah). Selesai sahaja tahlil di Kampung Telang, kami menuju ke adik kepada abah, Almarhum Ayah Nan. Disini terdapat gambar-gambar lama malah rumah yang mereka duduki itu adalah rumah asal keluarga Tok Telang. 

Selepas itu kami berangkat ke Kampung Relong bagi tahlil disini pula. Dan kemudiannya menziarahi keluarga Mak Anjang (adik kepada abah) dan Pak Awe (abang kepada abah). Kemudian terus balik ke Mentakab malamnya. 

Raya kami berterusan ke rumah Wan Bawah (satu-satunya ibu saudara kepada abah yang masih ada) di Kampung Penak, Mentakab. Kemudiannya ke rumah Acik (Kakak kepada Abah) di Kampung Sungai Gau Baru, Temerloh. Alhamdulillah.

Masuk sahaja raya ke-4, rumah dibuka pula untuk para tetamu. Masya-Allah penuh tidak putus-putus. Syukur alhamdulillah. Saya sempat membantu emak menyiapkan Nasi Minyak, Kari Kambing, Ayam Goreng Merah, dan Acar (oleh adik). Manakala emak meneruskan tradisi menyiapkan nasi briyani pada hari-hari seterusnya.

Kami pulang ke Bangi pada raya ke-5, Jumaat. Tahun ini memang tahun keluarga. Dapat jumpa kawan-kawan pun sekejapan sahaja. Alhamdulillah, janji dapat jumpa. 
Kami menyambung raya di Bangi bersama keluarga Mertua, kebetulan pula pada sabtu mertua pula pulang ke Kuala Lipis dan Temerloh, jadi kami menyambung beraya dengan mereka pada semalam dan kelmarin. Alhamdulillah. Semua ada bahagiannya. Syukur.

Syukurlah, masih sempat beraya bersama keluarga, tahun hadapan belum tahu lagi bagaimana. Apapun, raya penuh dengan keseronokan dan kebaikan bekeluarga. Alhamdulillah. Nurul 'Ain antara yang paling seronok, sekarang asal sahaja mahu keluar berjalan, dialognya pasti begini,

'Abah nak pergi raya lagi ke?

He he he. Comel kan?

Alhamdulillah. Selamat Menunaikan Puasa Enam! saya ada lagi 5 hari. kikikiki.

Khairul Hakimin. Muhammad
43650 Bandar Baru Bangi.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)