Isnin, 30 Jun 2014

#tulis2014







Hendak pergi ke tidak. 
Hendak pergi ke tidak,
Hendak pergi ke tidak.

Ah, bermain-main bagai sedang mencabut helaian kelopak bunga. Pagi itu selepas subuh saya masih termenung, mahu turut serta dalam #tulis2014 atau tidak. Program ini berlangsung satu hari penuh dari jam 9 pagi hinggalah 6.30 petang. Yang menjadi gusar ialah persediaan majlis bersama media pada keesokan harinya. Masih terlalu banyak yang belum siap.

'Pergi saja bang, rugi nanti. Tahun lepas dah tak dapat, tahun ini pergi. Allah dah aturkan, jangan menyesal nanti' Kata Isteri saya.

Saya mengambil beberapa naskah Enam Puluh Liter, memasukkan satu persatu ke dalam beg. Brownies juga sudah tersedia. 'Hah, memang kena pergi, dah berjanji mahu beri semua ini', bisik hati sendiri. 

Saya menunggang motorsikal menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sampai sedikit awal, berpusing-pusing sekitar masjid untuk menunaikan janji berTuhan terlebih dahulu. Seterusnya terus meletakkan motorsikal di tempat letak di sekitar bangunan yang telah ditetapkan. Kelihatan waktu itu seorang jejaka kacak sedang tersengih-sengih ke arah saya. Kikiki Ustaz Zhafran Zainuldin. 

Kami bersalaman dan menuju ke AIKOL. Hah, sebelum tu, (mari 'flashback') semasa sampai di pintu UIAM, saya bertanya kepada abang pengawal,

'Bang, AUKOL kat mana?

'AUKOL? AIKOL lah! pandai-pandai kau ubah, ada program apa?'

'Aaa... Konvensyen Penulisan'

'Nak menulis, tulis fakta! AIKOL! - Sambil beliau menunjukkan jalan ke sana. Aduh sentap.

Kami mengambil posisi terbaik untuk mendapat ilmu besar hari ini. Alhamdulillah sebelum masuk dapat berjumpa dengan Cikgu Azzah Abdul Rahman dan Tuan Zamri. Dua-dua orang hebat yang merancang #tulis2014 berjalan dengan baik. Seronoknya dapat goodie beg. Kalau pergi kenduri kahwin saya mesti nak dapatkan beg seperti ini. Koleksi. hihihihi. Jangan marah eh.

Banyak sesi, padat dengan ilmu, meluas mata, membidang dada, hanya tinggal mahu menadah. Seterusnya tindakan. Saya sangat seronok dapat turut serta kali ini. Banyak sungguh perkara yang saya tidak tahu rupanya. Bak kata pepatah, lagi banyak belajar, lagi banyak yang kita tidak tahu.

Saya sangat terkesan dengan sesi Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Sesi beliau boleh dicadangkan sebagai sesi wajib setiap kali Konvensyen diadakan. Membuka minda yang selama ini hanya mahu tulis. Penulisan yang sudah dicetak sebenarnya boleh bawa ke syurga, tulis yang baik-baik, natijahnya juga akan baik. 

Menaikkan nama penulis tidak penting, tetapi menaikkan isi yang ditulis itu penting. Itu dakwah. Dakwah bukan sekadar perbuatan baik, tapi termasuk juga dalam penulisan yang baik, jika tidak, manakan ada pepatah, mata pena lebih tajam dari mata pedang. Eh betul ke pepatah tu.

Baiklah, banyak sesi yang mengagumkan saya, antaranya ialah sesi paling awal Tuan Syaizul, seterusnya En.Helmy, Sesi perkongsian Alumni Konvensyen yang sudah berjaya menerbitkan buku dan sesi bersama otai-otai penulisan dari syarikat penerbitan. Semuanya penuh dengan pengetahuan baru yang saya inginkan sangat.

Apapun, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh jentera #tulis2014. Kalian merancang dengan baik, segala persiapan memang sangat rapi, itu memang sangat perlu dalam menjalankan program seperti ini. Teruskan nilai seperti ini. Saya kagum. Tahniah Tuan Zamri, Cikgu Azzah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Tahniah dan tabik spring!

Alhamdulillah, selepas #tulis2014. Saya sendiri menubuhkan AKS Publika. He he. Nantikan enam naskah buku resepi dan 2 naskah buku 'surprise', insya-Allah semuanya dalam 2014. Syukur. Syukran ALLAH Walhamdulillah menemukan saya dengan orang-orang hebat di #tulis2014. Mari sujud syukur! 

Wassalam!

Khairul Hakimin Muhammad,
Semua orang berbakat. 
 43650 Bandar Baru Bangi. 



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)