Khamis, 26 Jun 2014

Terima Sijil dan Hadiah dari Adu Amran Management & Services!








Masih ingat Cabaran Memasak 106 resepi dalam masa 70 hari?

he he, saya sendiri terkejut dengan 'surprise' dari Chef Adu dan rakan-rakan. Selepas saya diminta bercerita sedikit pengalaman memasak semua resepi dalam dua buku (Cerita Rasa oleh Chef Izyan Hani dan Ikan di Laut, Asam di Darat oleh Chef Adu Amran), tiba-tiba Chef Adu mengatakan ada sesuatu yang istimewa. Mereka berikan saya sijil penghargaan! Masya-Allah memang saya sangat terharu.

Saya hampir menangis apabila diumumkan hadiah seterusnya. 

Pada bulan Februari lepas semasa Masak-Masak Blogger 2014, saya sendiri kagum melihat 'Chopping Board' yang digunakan oleh Chef Adu, merata saya mencari, malah saya juga membuat pencarian di laman-laman web. Ada yang hampir sama, tetapi harganya mencecah ribuan ringgit. Saya terus menyimpan hajat untuk mendapatkan 'Chopping Board' ini. 

Hinggalah setiap kali berjumpa Chef Adu, ada sahaja yang timbul di kepala saya nak bertanya mengenai 'Chopping Board' tersebut. Masya-Allah, Chef hadiahkan saya barang yang saya mahukan sangat-sangat. Rasa mahu sujud syukur waktu itu juga. Syukur ya Allah. Alhamdulillah.

Terima kasih Chef Adu,
Terima kasih Chef Izyan Hani
Terima kasih En. Razak,
Terima kasih Kak Nori,

kalian mewarnai hidup saya, yang saya tidak pernah jangka perkara sebegini akan berlaku dalam hidup saya. Satu demi satu yang kita rancang sedang berjalan dengan sangat baik, moga semuanya juga terus berjalan dengan baik. Amin.

Saya doakan kita semua sentiasa dalam kasih sayang Allah dan sentiasa merindui kasih sayang Rasulullah kepada kita semua. Sekali lagi saya ingatkan diri saya sendiri, saya tidak memilih jalan populis. Segala yang terbentang untuk saya, saya cuba untuk jadi diri sendiri dimana sahaja pun. 

3 prinsip yang sentiasa saya pegang,

1. Merendah diri dimana-mana dan dengan sesiapa pun.
2. Belajarlah dan jangan sesekali berhenti belajar apa ilmu baik sekalipun.
3. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, semua kejadian dan setiap keadaan, dan teruslah berbuat baik dengan sesiapapun.

Alhamdulillah. Moga semua sinar yang sedang menyuluh terang kepada saya boleh menampakkan jalan bagi mereka yang sedang cari jalan bagaimana mahu memasarkan produk, menimbulkan idea dan ilham berniaga, mahu terus berniaga dan mahu terus berjaya. Jangan segan mahu bertanya, jangan segan mahu berkawan, insya-Allah saya cuba dengan segala upaya yang ada untuk membantu kalian.

Setiap orang ada jalannya sendiri, bila duduk, mereka duduk di kerusinya yang tersendiri. Saya sangat risau dengan hidup populis. Sungguh, saya tidak mahu menuju kearah itu. Jika ada yang memandang hebatnya kita itu ini, itulah hebatnya Allah. Jika ada yang memandang dia ini bagusnya itu ini, sebenarnya itulah hebatnya Allah.

Sehebat-hebat kita, kita tetap hamba.
Sebagus-bagus kita, kita tetap hamba.
Dan sebaik-baik hamba adalah yang membantu hamba yang lain. Sebahagia hamba adalah yang melihat hamba lain bahagia. 

Wah macam pakar pemasaran pula dah. Kah kah kah. Apapun, alhamdulillah. Terima kasih buat Isteri tersayang yang sangat sabar melayan suami yang sangat sibuk kebelakangan ini, juga kepada emak dan abah yang juga sangat-sangat sabar melihat karenah pelbagai anak ke-lima ini yang sedang sangat susah mendaki gunung tinggi. Jazakallah!

Juga akhirnya terima kasih buat kawan-kawan blogger yang sentiasa mengusik semasa hari kejadian. Mohon juga dengan izin gambar-gambar dari Cik Gadis Bunga ini saya 'publish'kan disini. Terima kasih banyak-banyak GB, DZ, Kak Hamidah, Fiza dan Azreen! Kalian memang terbaik! Jazakallah!

Wassalam. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Abuain Kitchen Studio
43000 Kajang
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)