Isnin, 2 Jun 2014

Sensitif Hanya Satu






Hai Orang Malaysia,
Assalamualaikum Orang Islam,
Semua orang ingat tarikh 24 haribulan lima,
Hingga lupa tarikh 8 haribulan tiga,
Fu Wa dan Feng Yi juga hampir-hampir dilupakan,
Semuanya ingat pada halal-haram  dalam cokelat.

Hai Orang Malaysia,
Assalamualaikum Orang Islam,
Yang memuji Melayu,
Perjuangkan Melayu,
Yang perlu cuci darah, menangis bagai sudah hilang iman tidak boleh sentuh sejadah,
Kamu orang makan Cadbury macam makan nasi ke apa?
Kata Melayu, yang makan cokelat orang putih tu kenapa?

Hai Orang Malaysia,
Assalamualaikum Orang Islam,
Hari ini Cadbury sudah tidak ada babi,
Sudah dijelaskan kenapa ada DNA babi,
Habis kenapa pula mahu jadi babi?
Tidak pasal-pasal menuduh JAKIM terima suapan,
Kamu ingat ini makan nasi kedai mak limah nak suap-suap suruh halal-haram?

Hai Orang Malaysia,
Assalamualaikum Orang Islam,
Tidak mahu makan Cadbury,
Jangan makan,
Duduk diam-diam makan din dang,
Bising-bising halal-haram,
Kamu pegang awek keliling taman itu halal?
Kamu marahkan ibu kamu hari-hari itu halal?
Kamu bergosip mengutuk kawan sebelah meja itu halal?
Kamu mengata jiran, anak jiran, mak pak jiran itu halal?
Kamu ambil pen, kertas, pensil  pejabat siap bawa balik kerumah jadi mainan anak itu halal?

Hai Orang Malaysia,
Assalamualaikum Orang Islam,
Jika Cadbury difitnah,
Maka kita semua juga sedang memfitnah syarikat ini,
Jika Cadbury disabotaj,
Maka kita semua juga sedang sabotaj syarikat ini,
Dan Jika Cadbury memang jahat meletakkan DNA babi sekecil nano nano itu,
Maka dengan itu mereka perlu jelaskan dan perlu tarik balik semuanya,
Senang. Nak boikot bagai tu kau punya pasal. Tak payah nak nangis-nangis.

Sudahlah.
Orang Malaysia ini sensitifnya hanya satu.

Minumlah arak bertogok-togok,
Tak apa, minumlah, nanti taubat.

Mainlah perempuan sampai tembus dinding rumah,
Tak apa, mainlah, nanti taubat.

Bergaduhla dengan mak ayah sampai putus keluarga,
Bergaduhlah, bergaduhlah, semua tidak apa, nanti taubat.

Sihirlah orang sampai sakit dan mati,
Sihirlah sihir, tak apa, nanti taubat.

Fitnahlah orang itu sampai hilang maruah,
Fitnahlah fitnah, tak apa, nanti taubat.

Tak payah solat, tak apa, sempat lagi taubat,
Eh tak pernah puasa, penat bagai semuanya,
tak apa- tak apa, nantilah taubat,

Tapi bab babi jangan main-main,
Haram tau, babi itu haram tau!
Eii haram tau tak!

Khairul Hakimin Muhammad,
Babi makan najis sendiri menyebab haiwan ini sangat hina dan kotor,
Kita pula jangan hinakan diri sendiri dengan meluah apa yang tidak sepatutnya tanpa guna akal dan ilmu. Segala apa yang dimulakan dengan marah, akan berakhir dengan malu.
43650 Bandar Baru Bangi.


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)